Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah (No 2)

Sambungan daripada artikel 5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah yang telah diterbitkan sebelum ini :

Artikel no 1

Artikel no 2

 

Seterusnya kita proceed kepada langkah yang ke 2.

5 LANGKAH UNTUK MELABUR DALAM HARTANAH

  1. Pilih Strategi Pelaburan Yang Sesuai
  2. Pilih Strategi Pembiayaan dan Bank Yang Sesuai
  3. Pilih Jenis Hartanah dan Lokasi Yang Dikenalpasti
  4. Pilih Corong Jualan Yang Sesuai dengan Hartanah
  5. Pilih Penyewa Yang Setuju dengan Terma Anda

 

Langkah ke 2 dalam 5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah ialah :

Pilih Strategi Pembiayaan dan Bank yang Sesuai.

*********************************************

 

Pembiayaan dan pinjaman perumahan adalah 2 perkara yang berbeza. Ramai yang tidak sedar akan perbezaan yang agak ketara di sini. Bagi semua yang pernah belajar daripada saya atau yang hadir di “Seminar Asas Pelaburan Hartanah” , memang saya tekankan untuk mereka menggunakan alat Pembiayaan.

Secara mudahnya, Pembiayaan – Islamik dan Pinjaman – Konventional.

Senang cerita. Jangan ada lagi yang datang bertanya kepada saya, “tuanbri, saya nak ambik yang mana lagi bagus? islamik ke atau konventional? ”

No question about that. Ambik Islamik.

 

Hartanah

Apa strategi pembiayaan yang disediakan oleh pihak Bank yang ada pada masa ini di pasaran ?

Bergantung kepada bank itu sendiri, bagaimana mereka menjalankan perniagaan dan sektor mana yang mereka sasarkan untuk menarik pelanggan mereka.

Antara yang ada di pasaran untuk pembiayaan perumahan adalah :

1. Full Flexi – Ambank Flexi Home Financing / Public Bank Home Term

2. Semi Flexi – Maybank MaxiHome i

3. Non Flexi – CIMB Ijarah Financing

4. Fixed –  AIA. Dulu saya buat dengan CIMB. So bayar amount yang sama sahaja selama 15 tahun. Tiada perubahan dalam bayaran balik walaupun kadar interest (keuntungan) berubah.

So ini anda kenalah rajin buat kerja sikit. Kata nak jadi seorang pelabur hartanah yang berjaya. Dah kenalah mulakan langkah anda. Setakat nak baca semua info kat sini je baik tak payah. Buang masa anda je..hehehehe..

Ada banyak juga laman sesawang yang berkongsikan produk produk terkini pihak bank seperti :

1. RinggitPlus

2. LoanStreet.com

3.

4.

5.

6.

 

Saya akan cuba carikan lagi….

Anda pun kenalah carikan juga. Kalau jumpa, sila komen di bawah. Kita kongsikan ramai ramai.

 

p.s. : Anda sudah JOIN Seminar Asas Pelaburan Hartanah ?

Daftar sekarang –> www.SeminarHartanah.net

 

 

 

5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah – (No 1)

Ni yang saya nak kongsikan “5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah di Malaysia”.

(SAMBUNGAN…..)

Masih ingat lagi ke kesemua 5 ni ?

5 Langkah untuk Melabur Hartanah

  1. Pilih Strategi Pelaburan Yang Sesuai
  2. Pilih Strategi Pembiayaan dan Bank Yang Sesuai
  3. Pilih Jenis Hartanah dan Lokasi Yang Dikenalpasti
  4. Pilih Corong Jualan Yang Sesuai dengan Hartanah
  5. Pilih Penyewa Yang Setuju dengan Terma Anda

 

kita go 1 by 1…ok ?

 

langkah pertama hartanah

PILIH STRATEGI PELABURAN YANG SESUAI

  • kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa pelaburan hartanah adalah sesuai untuk kita. Maksud saya di sini ialah penekanan yang saya selalu bagi kepada mereka yang menghadiri Seminar Hartanah saya iaitu Pelaburan Hartanah bukanlah untuk semua orang. Kita kena cari yang mana sesuai dengan jiwa kita. Janganlah asyik terikut-ikut je dengan orang lain. Dia nak beli EMAS, kita pun beli EMAS. Dia nak beli rumah, kita pun nak beli rumah. Bila daaa nak habis ?
  • Timbang tara terlebih dahulu kebaikan dan keburukan pelaburan hartanah. Senaraikan seberapa banyak yang boleh. Cuba cari merata-rata. Sure banyak orang dah share kat blog hartanah diaorang, Bukumuka diaorang, komen komen yang ditinggalkan, forum-forum yang sering menjadi medan perbincangan suatu masa dahulu dan tanya orang keliling kita.
  • Ukur Baju di Badan Sendiri. Inilah salah satu nasihat saya dalam Ebook Pelaburan Hartanah Percuma saya. Kita tengok balik apa kemampuan kita, setakat mana kita boleh pergi sekarang dan jika tiada, kita akan cuba cari apa jalan yang membolehkan baju itu dipakai. Faham ke ?
  • Buat kira-kira kesemua perbelanjaan yang mungkin dan akan berlaku dalam pelaburan hartanah. Seperti yuran Peguam dalam pembelian rumah, fi ejen hartanah, cukai tanah, fi pengurusan bangunan, duit bayar iklan dan sebagainya.
  • Anda juga harus ambilkira Holding Power Cost (HPC). Dah cuba kira ?

 

Ini adalah Langkah Pertama untuk Melabur dalam Hartanah di Malaysia. Saya akan cuba untuk berkongsi dengan anda langkah seterusnya dalam 5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah.

Saya pun dah lama tak berkongsi dengan pembaca Blog Tuanbri.Com, di mana saya banyak membuat perkongsian secara LIVE atau Face to Face. Lagi senang. Lagi boleh ada interaktif. Boleh terus tanya soalan kalau tak faham. Namun anda juga boleh bertanya di sini, tinggalkan komen anda di bawah.

 

Jumpa di Artikel seterusnya!

 

Majulah Pelaburan Hartanah Untuk Ummah.

 

5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah di Malaysia

Ramai yang berminat untuk melabur dalam hartanah di Malaysia sejak kebelakangan ini tetapi apa yang saya nampak, mereka tiada arah dalam pelaburan hartanah. Apa langkah yang perlu diambil dalam membeli hartanah yang ingin dilabur. Oleh itu saya sediakan 5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah di Malaysia.

Antara soalan yang pernah ditujukan kepada saya ialah :

melabur dalam hartanah

“assalamualaikum tn bri

boleh share tips care jual tanah n rumah

ape 1st step yg perlu  dibuat”

 

JAWAPAN :

– bagi saya, jawapan kepada soalan yang mudah ini ialah……..

ikut kata nabi kita iaitu

“timbalah ilmu sehingga ke Negara China”

 

Apa yang saya maksudkan dengan jawapan ini ?

Langkah PERTAMA untuk memulakan pelaburan hartanah ialah timba ilmu pelaburan hartanah.

Atau saya suka tegaskan timba ilmu asas pelaburan. Tak semestinya ilmu tu mesti ada kena mengena hartanah. Ramai yang tertinggal asas apabila memulakan langkah dalam pelaburan hartanah.

 

Macammana Nak Timba Ilmu Hartanah ?
1. Baca Buku Pelaburan Hartanah

2. Baca Blog mereka yang berkecimpung dalam hartanah

3. Berkawan dengan orang yang selalu atau dalam circle hartanah

4. Baca artikel surat khabar, majalah mengenai pelaburan

5. Bertanya kepada mereka yang mempunyai pengalaman dalam pelaburan hartanah

6. Gunakan Uncle Google, Makcik Yahoo dan Anak Sedara Bing.

7. Pergi seminar hartanah seperti yang www.SeminarHartanah.net yang dikendalikan oleh Tuanbri sendiri.

8. Buat kajian sendiri.

9. Cari ejen hartanah dan belanja makan.

10. Jangan Kedekut.

 

9 tips pun dah cukup kot ??

ada lagi ? Tolong lah kasi SHARE kat bawah ni.

Remember! , “Jangan Kedekut”

 

Nak melabur dalam hartanah bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main. Benda serius ni kot. Semua orang tahu, Semua orang aware. Semua orang sedar. Tapi bila saya buat seminar hartanah, mesti ramai yang beli rumah TANPA buat 1st step dulu. Main sssiiiigggnnnn aje. Lantak korang la. Dah besar panjang kot.

 

Nak join Seminar Melabur Dalma Hartanah yang saya akan anjurkan untuk tahun 2015 ?

Kalau anda berminat, komen di bawah dan team saya akan contact tuan/puan secara email.

Kita nak cari orang yang nak belajar sahaja. Dah malas nak promote sangat sebab ramai yang datang kata seminar hartanah ni bagus, tapi lepas tu tak ada movement pun, tak ada action pun, tak ada tindakan pun. Buat masa ni, seminar hartanah akan dianjurkan di sekitar kuala lumpur, bangi, shah alam dan johor bahru. Saya juga berhajat untuk ke utara juga dalam masa terdekat ini. Kalau ada orang nak la..

 

Langkah PERTAMA adalah langkah yang PALING penting sekali.

Kalau salah, salahlah langkah langkah yang seterusnya…..

 

melabur dalam hartanah

Ni yang saya nak kongsikan “5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah di Malaysia”.

 

  1. Pilih Strategi Pelaburan Yang Sesuai
  2. Pilih Strategi Pembiayaan dan Bank Yang Sesuai
  3. Pilih Jenis Hartanah dan Lokasi Yang Dikenalpasti
  4. Pilih Corong Jualan Yang Sesuai dengan Hartanah
  5. Pilih Penyewa Yang Setuju dengan Terma Anda

Mudah kan ?

GoPro HERO4: The Adventure of Life in 4K

All around the world GoPro users are capturing incredible experiences, from the heart-stopping to the heartfelt. Into the caldron of an active volcano, the neon streets of Japan, a refuge for wild mustangs, scaling an iceberg, the world’s biggest dance party, or a whale rescue mission, GoPros have documented every moment. See how GoPro’s new line of our most advanced cameras ever allow you to beautifully and authentically capture and share the experiences that bring purpose, adventure, and joy to your life.

Gallery Showcase

Aliquam eget metus tempus, vestibulum sapien nec, volutpat lacus. In consequat at neque ut rhoncus. Phasellus porta metus ut sagittis dictum. Nullam pretium posuere dui, non tincidunt dui. Duis ornare lorem et ante suscipit, rutrum tincidunt quam volutpat. Praesent id sapien vel sapien suscipit aliquam sed ac mauris. Donec aliquet sit amet eros eu cursus.

Base Rate Ganti BLR – Kadar Asas Pembiayaan

Base Rate ganti BLR dalam tahun 2015 di mana Base Rate ataupun Kadar Asas telah berkuatkuasa 2 Januari 2015 Jumaat yang lepas, yang mana menggantikan Base Lending Rate (BLR) atau Base Financing Rate (BFR) yang digunapakai oleh pihak bank dalam segala urusan pembiayaan dan pinjaman. Bank Negara telahpun mengumumkan penggunaan Base Rate ini dalam tahun 2014 lagi.

 

Banyak persoalan yang timbul mengenai base rate ini. Base Rate atau Kadar Asas adalah benchmark atau kadar rujukan baharu yang akan digunakan untuk semua kemudahan pembiayaan dan pinjaman yang menggunakan kadar terapung….contoh macam pembiayaan rumah yang kita beli, samada untuk pelaburan hartanah ataupun nak tinggal sendiri.

 

Kalau dah ambik pembiayaan tetap, sebarang perubahan daripada BLR ke BR tak ada kesan pun.

Kalau yang ambik pembiayaan terapung tu ada kesan ke akibat pertukaran dari Base Lending Rate kepada Base Rate ?

Kenapa Bank Negara nak Base Rate ganti BLR atau BFR ?

Apa kesan ke atas penggantian BLR dengan Base Rate ?

Cuba agak ?

 

Anda setuju ke Base Rate ganti BLR ni ?

base rate

 

Apa itu Base Rate ?

Base Rate adalah Kadar Asas yang menggantikan BLR/BFR, dan penukaran ini langsung tidak membawa kesan ke atas Kadar Pinjaman Efektif.

 

Tabung Mangsa Banjir 2014 TuanbriDotCom

Salam kepada semua pembaca blog Tuanbri.com. Anda berada di mana pada ketika anda membaca artikel ini ? Semoga anda dan keluarga anda berada dalam keadaan sihat walafiat.

Dalam artikel ini, saya cuma ingin berkongsi dengan anda mengenai keadaan mangsa banjir di Kelantan. Saban hari sejak 2 minggu lepas kita dihujani dengan berita kebanjiran di Pantai Timur dan keadaan yang semakin lama semakin runcing.

Ada juga beberapa berita yang tidak benar disebarkan pada masa yang runcing ini. Penyebaran dilakukan melalui laman sosial yang sering disalahgunakan oleh kita tanpa menyemak akan kebenaran sesuatu berita sebelum dikongsikan dengan orang lain.

Saya mendapat info direct daripada mangsa banjir yang berada di kelantan sekarang, menghadapi masalah banjir dengan hati yang pasrah.

Melalui Wasap yang kami gunapakai dalam berhubung, beliau menyatakan keadaan yang sebenar di sana.

 

“Nape xsah tn bri? ” – wasap yang pertama saya terima daripada beliau.

– ini merujuk kepada pertanyaan saya kepada berita yang disebarkan menyatakan ramai yang mati kat atas bukit kelaparan kesejukan. Banyak mayat bergelimpangan.

mangsa banjir

mangsa banjir

mangsa banjir

mangsa banjir

mangsa banjir

Isteri Nizam pula beranak dalam keadaan yang tidak seperti biasa.

Cadangnya nak bawa bersalin di hospital tetapi perancangan Allah lagi tepat.

mangsa banjir

Bantuan yang disalurkan menggunakan Helikopter adalah terhad dan amat tidak mencukupi.

mangsa banjir

Untuk mengangkut barang-barang, mereka terpaksa menggunakan perahu persendirian yang agak kecil.

mangsa banjir

Barang barang runcit masih lagi dijual pada waktu begini namun mereka terpaksa menggadaikan keselamatan mereka pula untuk meredah banjir dengan menggunakan perahu tambang untuk ke beberapa tempat tinggi.

Mangsa banjir

 

BANTU saya untuk BANTU mereka!

**(Hanya untuk mereka yang percaya pada saya)

**(Saya buat tabung ini atas inisiatif sendiri dan kerjasama Kelab Hartawan Hartanah)

 

Ada 2 cara :

1. Anda menderma mengikut LOT.

1 LOT = RM50 sahaja

Masukkan Duit/Transfer Online ke :

MayBank – 5647 6210 3244  (Satu Solution Corporate Services)
CIMB – 86 0000 7148 (Satu Solution Corporate Services)

Selepas bank in/transfer, sila SMS : BANJIR (jarak) Jumlah Lot

ke : 010.250.9115

 

2. Anda JOIN Program saya sambil menderma!

**100% duit yang anda bayar untuk seminar, akan terus disalurkan ke Tabung  Mangsa Banjir 2014 TuanbriDotCom.

 

Program apa tu ?

10.01.2015 – (RLB) Rumah Ku Lubuk Duit – RM200

11.01.2015 – (ORL) Otai Rumah Lelong – RM299

Lokasi : Dewan Jihad Ilmu, Cheras

Masa : 9 pagi – 5 petang

Penceramah : Tuanbri

 

Jika berminat, SMS : Banjir (jarak) Nama (jarak) RLD/ORL/Combo

ke : 010.250.9115

 

 

Klik SHARE kat bawah ni pun dapat membantu secara tak langsung.

 

Semoga kita sama sama mendapat keberkatan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Saya tengah cuba untuk berkolaboraasi dengan Dewan Perdagangan Islam Malaysia – Biro Kebajikan untuk menarik lagi ramai Dermawan dan Sukarelawan bagi turut serta membantu mangsa bajir 2014.

 

* saya akan update di Facebook saya Jumlah Kutipan dari masa ke masa.

https://www.facebook.com/tuanbriCom

 

Tinggalkan apa apa cadangan anda di bawah.

Seminar Hartanah Penutup 2014

Tahun 2014 semakin hampir ke penamat! Seminar Hartanah yang sering dikendalikan oleh Tuanbri alhamdulillah sentiasa mendapat sambutan. Mungkin sebab ramai dah celik hartanah, dan salah satu cara untuk menimba ilmu ialah menghadiri seminar hartanah.

Antara seminar hartanah yang dikendalikan oleh Tuanbri ialah :

1. Rumahku Lubuk Duit

Satu seminar hartanah asas bagi mereka yang baru ingin bermula atau bagi mereka yang ingin mendalami ilmu hartanah. Dalam Seminar Rumahku Lubuk Duit ini, Tuanbri akan mengupas pelbagai isu yang jarang difahami oleh orang awam dalam pelaburan hartanah, seperti contoh :  Perlu Ke Kita Menyewa Seumur Hidup ?

Seminar ini merupakan kerjasama Tuanbri dengan Karangkraf Impiana yang diadakan setiap 4 bulan.

Alhamdulillah sentiasa SOLD OUT!

Rumahku Lubuk Duit

2. Otai Rumah Lelong

Ramai yang berminat untuk beli rumah lelong tetapi main terjah sahaja. Tanpa mengenalpasti perangkap yang menanti, ramai yang beli rumah lelong terjerumus dalam kancah bahaya rumah lelong. Ada juga yang berkata “Ah, tak perlu pergi seminar pun boleh beli rumah lelong”. Mereka mungkin bernasib baik tetapi….

-Anda pernah dengar kes Owner lama tak nak keluar daripada rumah lelong ?

-Anda pernah dengar kes mayat dijumpai dalam rumah lelong ?

-Anda pernah dengar kes rumah lelong disabotaj oleh owner lama sehingga mengakibatkan rosak teruk ?

 

Dalam seminar Otai Rumah Lelong ini, Tuanbri akan mengupas langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang pelabur hartanah yang ingin membeli rumah lelong. Juga teknik “Ketuk Rumah” yang jarang-jarang diamalkan oleh bakal pembeli rumah lelong. Pengalaman Tuanbri dalam rumah lelong juga akan dikongsi sepenuhnya.

Alhamdulillah sentiasa SOLD OUT!

Otai Rumah Lleong

 

Untuk penutup tahun 2014 ini, Tuanbri dengan kerjasama Akademi Hartawan Hartanah akan melancarkan Promosi Akhir Tahun yang dikenali sebagai Projek Akhir Tahun 2014.

Special-offer

Apa itu Projek Akhir Tahun 2014 ?

-Projek Akhir Tahun adalah gabungan 3 Seminar dalam 1 Projek.

***            Seminar #1             *****

no 1

Seminar “RumahKu Lubuk Duit v2.2”
Tarikh : 6 Disember 2014 (Sabtu)
Masa : 9 pagi – 5 petang
Lokasi : Dewan Jihad Ilmu, Cheras KL
Yuran : RM250/pax

 

***            Seminar #2             *****

no 2

Seminar “Otai Rumah Lelong”
– Apa perangkap rumah lelong?
– Teknik Beli Rumah Lelong Murah
– Ops Masuk Rumah stail Tuanbri
– Cara Mencari “Emas” di dalam tepung
Tarikh : 7 Disember 2014 (Ahad)
Masa : 9 pagi – 5 petang
Lokasi : Dewan Jihad Ilmu, Cheras KL
Yuran : RM299/pax

 

Projek Akhir Tahun :

Anda Cuma perlu BAYAR RM500 jika anda pilih 2 seminar tersebut

dan…

anda akan dapat :

percuma

Anda dapat Kelas Kewangan PERCUMA bernilai RM199 pada hari Jumaat 5 Disember 2014.

(pukul 3 petang sehingga 6 petang) dikendalikan oleh Sifu saya sendiri, Tuan Zaidi Ismail.

 

Nak Daftar ?

SMS “PAT Akademi <jarak> nama anda <jarak> negeri

ke : 010.250.9115

 

Kalau anda cuma berminat untuk join salah satu sahaja

SMS “RumahKu Lubuk Duit” atau “Otai Rumah Lelong”

ke : 010.250.9115

 

OFFER Akhir Tahun ini kepada ANDA!

p.s.: tempat adalah terhad. Mungkin 17 tempat sahaja lagi.

 

Seminar Hartanah oleh Akademi Hartawan Hartanah

Projek Akhir Tahun 2014 – “3 In 1”

Projek Akhir Tahun 2014 oleh Akademi Hartawan Hartanah akan diadakan buat julung kalinya. Ini bersempana penutup tahun 2014 yang penuh dengan pancaroba dan berita dan peristiwa yang melanda Dunia yang secara lansung melibatkan Malaysia.

Apa itu Projek Akhir Tahun 2014 ?

Gabungan 3-in-1 program yang dianjurkan oleh Akademi Hartawan Hartanah.

Gabungan apa ?

Sila Baca Seterusnya….

 

Saya percaya apa yang kita lakukan sekarang adalah tindakan kita untuk masa depan orang lain. Disebabkan kepercayaan itulah, saya sentiasa akan berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam pelaburan hartanah di kalangan orang Islam Melayu terutamanya.

 

Masih RAMAI lagi yang TIDAK melakukan pelaburan tak kira apa jenis pelaburan.

Masih RAMAI lagi yang TIDAK menyimpan untuk masa depan.

Masih RAMAI lagi yang TIDAK mengetahui hala tuju masing masing.

 

BERITA BAIK *** BERITA BAIK *** BERITA BAIK *** BERITA BAIK ***

 

Kalau Baru Bermula atau Nak belajar TERUS…….

PROJEK Akhir Tahun 2014 sesuai untuk anda.

Gabungan 3 dalam 1.

Apa 3 tu ?

1. Asas Kewangan – akan dikendalikan oleh Pakar Manipulasi Kewangan Muslim.

2. Asas Pelaburan Hartanah – “RumahKu Lubuk Duit”

3. Asas Beli Rumah Lelong – “Otai Rumah Lelong

 

Nak JOIN ?

1) Nak Daftar guna SMS ?

Taip PROJEK <jarak> Nama Anda

dan hantarkan ke 010.250.9115

 

2)Nak Daftar Online ?

Klik dan Daftar Sini Sekarang –>> Projek Akhir Tahun 2014

 

Jom join Projek Akhir Tahun 2014 yang dianjurkan oleh Akademi Hartawan Hartanah

yang julung julung kali diadakan dengan kerjasama Satu Solution Corp.

 

KHAS UNTUK BEGINNER!

Tuanbri Pelabur Hartanah

Aliran Tunai 101 – Cashflow 101

Cashflow Deepavali 2014 (Aliran Tunai) adalah nama yang diberi untuk satu aktiviti yang dianjurkan di bawah Akademi Hartawan Hartanah di Dewan Satu Solution.

Apa benda cashflow 101 board game ni ?

Bagus ke main game ni?

Game kan ?

Apa kaitan dengan realiti hidup kita sehari-harian ?

Cashflow 101 Deepavali 1

Cashflow 101

cashflow 101

 

Lokasi : Dewan Jihad Ilmu, SatuSolution

Tarikh : 22 Oktober 2014 (Rabu)

Masa : 10 pagi – 3 petang

 

Jumlah peserta yang terlibat dalam program Cashflow Deepavali 2014 anjuran Akademi Hartawan Hartanah ini berjumlah lebih kurang 12 orang. Alhamdulillah mereka ini dapat dikumpulkan dalam masa terdekat sahaja memandangkan kami di Akademi Hartawan Hartanah tidak membuat sebarang promosi yang meluas, hanya kepada mereka yang terdekat sahaja.

 

Program Cashflow Deepavali 2014 yang dijangka tamat pukul 3 petang terpaksa ditamatkan pukul 4 lebih akibat kesyokkan para peserta bermain Cashflow tersebut. Mereka semua pulang dengan sesuatu perubahan dalam kepala mereka.

 

Saya dapat perhatikan mereka pulang dengan teori masing-masing. Hahaha. Lucu saya dibuatnya. Masing-masing cuba membuktikan teori mereka betul dan cuba diaplikasikan ke dalam gam tersebut.

 

Saya puas hati apabila mereka semua pulang dengan terdapat perubahan dalam cara mereka berfikir mengenai kewangan, walaupun sedikit. Ramai yang pulang hari tu dengan kepala yang dah pening….hahaha. Baru puas hati aku.

 

Kalau ada lagi program Cashflow 101 ni, ada ke yang minat nak main ?

Tinggalkan komen anda di bawah, kami akan follow up dengan anda sekiranya ada lagi.

Kemungkinan besar Akademi Hartawan Hartanah akan anjurkan lagi. Jangan takut!

 

>