Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Pinjaman Perumahan untuk Lelong

Boleh ke saya beli rumah lelong guna loan govt ?

Saya kerap mendapat soalan ini, disebabkan ramai yang ingin menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan.

Satu, sebab ianya Murah (4% flat rate).
Dua, ini adalah bagi mereka yang telah menggunakan sepenuhnya komitmen dengan bank-bank tempatan.

Pinjaman Kerajaan TIDAK dapat digunapakai untuk membeli rumah yang dilelong secara awam atau di mahkamah atau lelongan pejabat tanah.

Pengecualian :
Lelongan tersebut dibuat oleh Kerajaan Malaysia.

Contoh :
En. A beli rumah guna pinjaman kerajaan. Bila En. A berhenti drpd kerajaan, dia tak bayar dan seterusnya rumah tersebut akan dilelong oleh Kerajaan.

Rumah inilah yang boleh dibeli menggunakan pinjaman kerajaan.

Masih lagi mempunyai persoalan ?
Hubungi pihak yang berkenaan, yang berkaitan dengan pinjaman perumahan kerajaan untuk mendapatkan kepastian.

Deposit kalau kalah

Deposit kalau kalah lelongan, macam mana ?

Deposit yang diletakkan sebelum lelongan (5% atau 10%) akan dipulangkan kepada Penawar-penawar yang TIDAK berjaya dalam lelongan.

Bagi yang menang, (wow! tahniah!) deposit akan dipegang oleh Pelelong sebagai tanda Komitmen pembelian unit lelongan.

Sebarang perbezaan di antara deposit dan 10% drpd harga Kemenangan perlulah dibayar pada hari yang sama kepada Pelelong.

Contoh :

Harga buka : RM80,000

Deposit       :  RM8,000  – (10%)

Harga Menang : RM100,000

Bayaran yang perlu dibuat : RM2,000

Jumlah deposit : 10% drpd RM100,000 (RM8,000 + RM2,000)

Jumlah : RM10,000

Susah ke nak beli rumah lelong ?

Kalau owner duduk rumah tersebut, boleh ke saya halau dia ?

Kalau owner duduk rumah tersebut, boleh ke saya halau dia ?

Soalan ini kerap kali dibangkitkan oleh bakal pembeli rumah lelong. Ini kerana sekiranya pemilik asal menduduki rumah tersebut, ramai yang akan cuba mengelak daripada membeli rumah tersebut.

Sekiranya kita tidak membelinya, pasti akan ada orang lain yang membelinya.

Usaha secara baik boleh dilakukan. Adakan perbincangan dengan pemilik.
Usaha mahkamah adalah jalan terakhir sekiranya pemilik asal tidak mahu berganjak daripada rumah tersebut. Tindakan undang-undang boleh dijalankan. Ini termasuk memanggil pihak polis dan menghalau pemilik tersebut.

Siapa bayar tunggakan cukai tanah, cukai pintu, maintenance fee, telekom ?

Siapa bayar tunggakan cukai tanah, cukai pintu, maintenance fee, telekom ?

Yang ini kita kena tengok syarat-syarat penjualan (Conditions of sales) oleh bank pelelong.
Kebanyakan bank akan bayar Cukai pintu, cukai tanah dan yuran penyelenggaraan (maintenace fee) sahaja. Tetapi ada juga yang lansung tidak mahu menanggung apa-apa bayaran. seperti Affin bank untuk lelongan kali ke-3, Maybank pula hanya menanggung 10% daripada harga jualan.

Bil air, eletrik, pembentungan adalah tanggungan pembeli.

Keadaan Rumah Lelong

Keadaan Rumah Lelong

Saya hanya dilantik oleh pihak bank untuk mencari pembeli-pembeli rumah lelong.

Mereka akan memberi kami lsiting untuk rumah-rumah yang akan dilelong.
Oleh itu,kami tidak dapat mengetahui keadaan rumah tersebut.

Apa yang saya cadangkan ialah dapatkan Khidmat Satu Solution untuk membuat ziarah tapak rumah lelong dan mereka akan memberi satu laporan ringkas mengenai keadaan rumah tersebut.

Gambar rumah tersebut ?
Saya memang tiada gambar rumah tersebut. Cuma terdapat beberapa kes sahaja, yang mana pelelong akan sertakan gambar unit tersebut. Maka saya akan bagi gambar tersebut secara percuma.

Siapa yang tinggal di situ? Pemilik atau penyewa ?
Saya tidak pernah pergi ke rumah tersebut. Saya tidak tahu.

Boleh saya dapat rumah bawah 100k

Boleh saya dapat rumah landed bawah 100k, dekat KL ?

Persoalan ini selalu dikemukakan. Anda harus ingat saya adalah ejen Hartanah Lelong.
Jadi harga rumah yang dilelong, ditentukan oleh Permintaan..kalau ramai orang berminat, maka kemungkinan harga akan naik adalah tinggi.

Buat masa ini, adalah susah (hampir mustahil) untuk mendapatkan rumah teres dalam harga RM100k ke bawah DALAM KL, yang boleh diduduki terus.
Kalau ada unit bawah rm100k, terdapat kerosakan-kerosakan yang perlu dibaikpulih terlebih dahulu.

Contoh hartanah di bawah harga RM100k :

1) Rawang
1. Property Type Double 5torey House
2. Address No. 7 Jalan 3/1, Taman Bukit Rawang Jaya
3. District Rawang
4. 5tate Selangor
S. Property Area 900.00 sI
6. Bumiputra Unknown
7. Reserve Price RM 52,650.00
8. Auction Date 09-11-2009

2) Klang
1. Property Type Single Storey House
2. Address No. 368 Jalan Dato Tahir Manan
3, District Klang
4. State Selangor
5. Property Area 1408.00 sI
6. Bumiputra Unknown
7. Reserve Price RM 70,900.00
8. Auction Date 16-11-2009

3)Cheras
1. Property Type Single Storey House
2. Address No. 9 Jalan Megah 12, Taman Megah Cheras
3. District S,Cheras
4, State Selangor
5. Property Area 121.00 sm
6. Bumiputra Unknown
7. Reserve Price RM 88,700.00
8. Auction Date 12-11-2009

4)Shah Alam
1. Property Type Double Storey House
2. Address No. 21 Jalan Teladan 25/22, Taman Sri Muda
3. District Shah Alam
4. State Selangor
5. Property Area 840.00 sI
6. Bumiputra Unknown
7. Reserve Price RM 80,190.00
8. Auction Date 12-11-2009

Fee termasuk kos lawyer ?

Fee termasuk kos lawyer dan baikpulih rumah ?

Fee yang kami charge dah terlampau rendah.

Cuba anda kira masa yang digunapakai, kos minyak dan kenderaan dan telefon dan sebagainya.

Kos Peguam akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.
Kos baikpulih juga ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.

Kami hanya membantu anda mendapatkan Hartanah yang anda impikan dengan kos yang tidak masuk akal.

Rumah Lelong – Harga Beli

Rumah Lelong – Harga Beli sama dengan harga yang diiklankan ?

Harga yang diiklankan ialaha pada RP, bermaksud “Reserve Price”.

Harga Lelongan akan dibuka pada harga ini. Ini bermaksud harga tidak boleh kurang daripada RP apabila unit tersebut dibuka untuk lelongan.

Kalau cuma ada satu Penawar (bidder), iaitu ANDA, maka ANDA berjaya membeli unit tersebut pada RP.

Kalau ada lebih daripada satu Penawar (Bidders), maka proses lelongan akan dimulakan.

Setiap penawar akan memegang Kipas Bernombor (Bidding Pad) dan setiap kali ianya diangkat, harga akan dinaikkan sebanyak RM1,000 (lazimnya).

Unit tersebut akan dijual kepada orang terakhir yang mengangkat bidding pad, setelah tiada penawar lain yang sanggup menawar harga yang lebih tinggi.

Properties For Sale

Lagoon Perdana Untuk Dijual

With Kitchen Cabinet.

Ceiling Fans for every rooms.

Newly painted.

1st Floor. Not a problem if lift broke down.

best price: RM110k (100% loan can be provided if interested)

Bumi Lot

USJ1 Angsana Untuk Dijual
RM65K
Bumi Lot


Flat Segaria Untuk Dijual
RM65K

Bumi Lot

Sila Hubungi

-tuanbri-

016.310.6500

bri(at)satusolution.com

>