Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Ikon Hartanah – Mohd Ali Pelelong Hartanah

Buku pertama yang ditulis oleh Mohd Ali yang bertajuk “Ikon Hartanah – One More Round” telah diterbitkan oleh Aliy Net Sdn Bhd, syarikat penerbitan milik Mohd Ali sendiri. Buku ini lebih berbentuk motivasi kerana secara keseluruhan buku ini menceritakan mengenai perjalanan Mohd Ali dalam pelaburan hartanah sehinggalah beliau menjadi seorang ikon hartanah.

 

Ikon Hartanah – One More Round

Apa yang cuba beliau sampaikan dalam buku ini ?

Sebenarnya Ali dan saya telah berkawan lama memandangkan beliau merupakan seorang pelelong hartanah yang terkenal sejak dulu lagi. Dan dari dulu lagi beliau telah menyuarakan keinginan untuk menulis buku mengenai perjalanan hidup beliau terutamanya dalam pelaburan hartanah.

Oleh itu buku Ikon Hartanah – One More Round merupakan satu kisah perjalanan hidup beliau terutamanya dalam pelaburan hartanah.

 

200 Hartanah  3 Tahun

Saya cukup tertarik dengan strategi yang beliau bongkar dalam buku Ikon Hartanah ini. Beliau menceritakan bagaimana beliau berjaya memiliki 200 hartanah ketika usia muda. Ali ni masih lagi muda …. tengok gaya dia pun memang orang muda punya style…stylo lebih..

 

Nak tengok gambar dia ?

Ikon Hartanah Mohd Ali

 

Baru baru ni pula buku Ikon Hartanah – One More Round ini akan dimasukkan ke dalam buku Malaysian Book Of Records apabila Ali berjaya melelong buku tersebut pada harga RM27,000…wow wee…terbaik!

Terkejut aku dengar harga jualan lelong buku tersebut.

Lelongan tersebut dilakukan di program Azizan Osman dan dimenangi oleh seorang wanita.

 

Apa lagi yang Ali kongsikan dalam buku Ikon Hartanah – One More Round ini?

 

7 Formula Ikon Hartanah

Ali menceritakan 7 Formula Ikon Hartanah yang beliau garap sendiri hasil daripada pengalaman beliau sebagai seorang pelabur hartanah tegar.

Sila tonton Video “7 Formula Ikon Hartanah” ini :

 

Berminat untuk memilik buku Ikon Hartanah – One More Round ?

Harga Pasaran RM57, Harga PROMO RM50 (tidak termasuk RM10 poslaju)

Sila SMS : Buku (jarak) Nama (Negeri) ke –> 010.250.9115

 

Ikon Hartanah

Ilmu Dan Wang adalah unsur penting dalam menentukan halatuju kejayaan dalam pelaburan – Mohd Ali, 2014.

Ingat tu!

Teknik Pemaju Cina Manipulasi Harga ?

Teknik Pemaju Cina Manipulasi Harga Rumah yang kini menjadi VIRAL di media sosial termasuk kawan kawan saya. Adakah ini satu berita yang betul ? Adakah Pemaju Cina boleh memanipulasi harga Rumah sesuka hati ?

Ini adalah petikan artikel tersebut yang kian tersebar di Facebook dan Whatsapp.

Teknik syarikat developer cina manipulasi harga rumah diskaun unit Melayu Bumiputera.

 1. Went to i Property Fair @ Subang Parade today.

Interested with with one development overseeing the sea @ Tanjung Puteri developed by one chinese owned developer.

They offer Bumi discount for bumi unit @ 15% and for non bumi discount @ 6%.

Bunyi interesting tapi see the CATCH.

Pemaju Cina Manipulasi

Apa Catch Tersebut ?

Harga Rumah Naik

Utk bumi discount, bumi buyer kena bayar 10% deposit upon signing SPA and bayar sendiri all cost

(SPA legal fee, MOT stamp duty, Loan legal fee, Loan stamp duty etc) which sy calculate total to about $42k.

Utk non bumi, buyer cuma perlu bayar 4% upon signing SPA and all cost absorb by the developer

(i.e. the $42k cost will be absorbed by the developer). The unit is priced slightly above $1m for a unit sized approx. 700 sq ft.

2. They don’t expect I do my own calculation… Nak tengok ke apa kiraan tersebut ?

i.e. utk bumi to buy bumi unit, the entry cost would be 10% of the Bumi price (after discounted 15%) i.e. dalam $90k.

Campur dgn kos2 yg developer tak cover dlm $42k, total entry cost for bumi to buy this development is about $135k.

3. Banding dgn non bumi, tjeir entry cost is just 4% of purchase price, i.e. approximate dlm $45k sahaja. All other cost absorbed by the developer.

4.Kalau dikira beza discount antara bumi price (15% discount) dgn non bumi price (6% discount) is around $104k. Tapi kalau bumi has to pay own cost & non bumicost absorbed, tu bermakna non bumi will enjoy additional benefit of $42k. Bermakna walau harga bumi murah by $104k, the real diffrence is only about $60k je. Utk discount sebanyak $60k, bumi buyer will have to pay aboun $135k sedangkan non bumi only have to pay dlm $45k sahaja.

5.Then this developer will apply to uplift bumi quota… alasan bumi unit takde buyer. Mcmana nak ada buyer kalau entry cost 3 kali lebih tinggi dari non bumi.

6.They look like they offer benefit to bumi, follow NEP, but in reality, they bypass it and make it less competitive for bumi to buy. Also bear in mind bumi unit usually less appreciate compared to non bumi unit.

7.Free2 jer dorang kene free lecture dari saya pasal entry cost, how to calculate costing, NEP, economy, current social and political scenario in Malaysia, etc. Told them to bring the matter up to their higher management before I bring it up to higher attention.

8. You know what they replied “Every chinese developer companies are doing this just to make sure every Melayu Bumiputera wont have any new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung”

9.Please please please share and kongsi this article so it will spread among the Malays for the sake of our future.

 

SOALAN SAYA ?

1. Siapa penulis artikel ini (BUKAN saya pastinya!)
2. Expo hartanah tu belum start pun lagi.. seperti gambar di bawah, esok
(Mungkin ada ekspo hartanah yang lain kat sini…atau artikel ini artikel lama)

Property Fair Subang Parade

Apa Ulasan Anda ?

Tinggalkan komen anda di bawah untuk kita sama sama berdiskusi…

Betul ke Pemaju Developer Cina buat benda ni ?
KLik SHARE .

** RALAT**

Actual Cost Beli Rumah ialah RM998,250, bukan RM914,250 seperti dalam grafik
(bagi BUMI, tetapi TIADA perubahan bagi RM95,325)

 

 

p.s. : Nak join Seminar Hartanah KHAS untuk orang islam ?
layari www.SeminarHartanah.net sekarang.

Asas Aliran Tunai (Cashflow 101)

Ramai yang terlepas pandang akan kepentingan asas aliran tunai dalam kehidupan kita seharian. Ramai yang menyangka aliran tunai hanya untuk mereka yang terlibat dalam pelaburan atau perniagaan sahaja. Bahkan ramai yang lansung tidak ambik peduli dan tiada penyata aliran tunai peribadi.

 

Apa itu aliran tunai (Cashflow) ?

Dalam permainan Cashflow 101 yang dicipta oleh Robert Kiyosaki, beliau menerangkan akan kepentingan aliran tunai dalam kehidupan kita.

 

Aliran tu ada yang masuk dan ada yang keluar.

Duit MASUK   – Aliran Masuk

Duit KELUAR – Aliran Keluar

 

Duit MASUK

Contoh duit masuk (aliran tunai masuk) ialah seperti gaji, elaun, upah dan sebagainya.

 

Duit KELUAR

Contoh duit keluar (aliran tunai keluar) ialah seperti bayar hutang bank, hutang rumah, hutang bank, tol dan minyak dan sebagainya.

Jadi dalam permainan Cashflow 101 ini, anda akan diberi sekeping kertas akaun peribadi, di mana atas kertas ini anda akan tulis semua duit MASUK dan duit KELUAR. Seperti contoh, duit bayar kad kredit, duit bayar loan rumah dan tak lupa juga gaji yang anda terima setiap bulan, bergantung kepada pekerjaan anda.

20140830_232744 20140830_232818  20140830_232916

Kelab Hartawan Hartanah akan sentiasa menganjurkan Program “Cashflow 101” khas untuk ahli-ahlinya.

Secara tradisi bagi beberapa tahun yang lalu, kami akan bermain Cashflow 101 pada malam Merdeka dan juga pada malam Tahun Baru. Kami menggalakkan perjumpaan yang bernas, yang mengubah hidup, yang mempunyai pengisian anjakan paradigma. Tak percaya ? Turun la kalau berani.

 

 

 

Cashflow Merdeka Satu Solution

Cashflow Merdeka Satu Solution

Cashflow Merdeka Satu Solution

Bagi mereka yang ingin turut serta dalam permainan yang seterusnya, anda bolehla SMS ke 010.250.9115

dengan format berikut :

CASHFLOW (jarak) Nama (jarak) negeri

dan hantarkan ke 010.250.9115

 

Kami akan menghubungi anda sekiranya ada lagi program sebegini.

 

Majulah Aliran Tunai Anda untuk Kebahagiaan Hidup Sekeluarga

 

RumahKu Lubuk Duit Siri 3

RumahKu Lubuk Duit adalah satu program anjuran bersama

Tuanbri Dot Com dan Karangkraf di mana telah berlansung 2 siri sebelum ini.

 

Apa yang dimaksudkan dengan “Rumahku Lubuk Duit” ?

Ramai yang mempunyai rumah sendiri tetapi tidak ada idea atau pandangan

bagaimana hendak menjana pendapatan dengan rumah sendiri.

 

Bagaimana nak buat duit dengan rumah ?

Ini adalah antara perkara yang akan dibincangkan di dalam

Seminar RumahKu Lubuk Duit.

 

Klik Video di bawah untuk menonton RumahKu Lubuk Duit siri 1

 

Antara yang akan dikongsi ialah :

– Asas Pelaburan Hartanah

– Cara Jana Duit Dari Rumah

– Panduan Pelaburan Hartanah yang Betul

– Kaedah Mudah Dapat Pinjaman Perumahan

– U-Turn Sebelum Terlambat!

 

Seminar ini akan berlansung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang.

 

RumahKu Lubuk Duit Siri ke -3

Tarikh : 6 September 2014 (Sabtu)

Masa   : 9am – 430pm

Lokasi : Auditorium Karangkraf, Shah Alam Selangor

Penceramah : Tuanbri daripada Tuanbri.com

Yuran : RM250 / seorang ATAU RM500 / 3 orang

 

Berminat untuk turut serta ?

SMS :- Karangkraf (jarak) Nama (jarak) Negeri (jarak) No peserta

ke  010.250.9115

 

RumahKu Lubuk Duit

ANDA sepatutnya hadir sekiranya anda adalah :-

– Pelabur Hartanah yang baru berjinak-jinak dalam pelaburan hartanah

– Lansung “0” pasal hartanah

– Pengikut Tuanbri.com selama ini

– Ingin tahu pasal kelebihan pelaburan hartanah

– Saja ingin ber”networking”

 

Tempat Adalah Terhad!

Jumpa di Sana pada 6 September 2014.

 

IMG_4838

20140215_095122

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 kepada semua pembaca blog hartanah tuanbri Dot Com. Semoga anda semua selamat tiba di destinasi. Balik kampung nanti jangan terburu buru. Takut nanti tak dapat pula nak beraya.   aidilfitri1

Saya Tuanbri, pengasas Kelab Hartawan Hartanah dan juga penulis blog Tuanbri.Com ingin mengucapkan ” Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan ” Maaf Zahir dan Batin” . Saya mohon maaf atas segala kesilapan yang saya lakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak.   Sekiranya anda ada ucapan untuk saya atau untuk pembaca Tuanbri.com, sila tinggalkan komen anda di bawah.   “Berhati hati di jalan raya”

BLR Naik 2014

Tak ramai yang terkejut apabila OPR naik tahun 2014 ni sebab dah 2 tahun lebih BLR tak naik. Hari ini 10 Julai 2014 keluar berita mengatakan BNM telah menaikkan OPR (Overnight Policy Rate) sebanyak 25 mata. Bila OPR naik, BLR naik juga ke untuk 2014 ?

Esok kita tengok bank mana yang akan keluarkan kenyataan dulu mengenai sebarang kenaikan BLR di bank masing-masing. Seperti yang kita tahu, selalunya Maybank yang akan announce dulu. Sebabnya?
_____________

BLR Naik 2014

Setakat 10 Julai 2014, majoriti bank meletakkan BLR mereka pada 6.60%, berkemungkinan naik ke 6.85% selepas ini. Mungkin sahaja. Dah lama tak naik, janganlah buat buat terkejut pula dan bayar balik kat bank ikut rate lama.

Apa yang akan berlaku jika BLR anda naik ?

Kita ambik contoh kalau rumah RM100,000.

Ambik pembiayaan bank 90% pada kadar BLR minus 1.8 dan tenure sepanjang 30 tahun.

Bayaran Bank pada tahun 2014 (Sebelum naik) = RM472
Bayaran Bank pada tahun 2014 (Selepas NAIK) = RM486

Tambahan Bayaran Bulanan Sebanyak RM14
….untuk setiap RM100,000 harga rumah anda.

Selepas dah kira, datang pula soalan lain.
“Tuanbri, patut ke saya naikkan sewa rumah saya?
BLR Naik, sewa pun naik lah juga”
“Up to you…saya bukan tuan rumah awak” – semudah itu je jawapan saya.

Korang rasa patut ke owner naikkan harga sewa untuk tampung BLR Naik 2014 yang menyebabkan kenaikan pembayaran pembiayaan rumah tersebut kepada bank ?
Tinggalkan komen anda di bawah.

Kalau rajin nak baca pasal BLR NAIK 2011, ini artikel yang saya tulis pasal BLR dulu ialah yang bertajuk – BLR Naik Lagi Tahun 20111

Kalau rajin lagi nak baca pasal sejarah kenaikan dan keturunan??? BLR, sila klik sini Sejarah BLR.

Semoga kita berjumpa lagi…

BLR Bank Negara

Kembara Sydney Hartawan Hartanah Part 2

Kembara Sydney Hartawan Hartanah bersambung kembali… di mana Tuanbri meneruskan pengembaraan di bumi Aussie (o-zie) dan melengkapkan misi Codename “Sydney”.

Hari Pertama penuh dengan aktiviti. Macam rugi lah kalau datang jauh jauh tapi tidur je atau terperap dalam bilik disebabkan cuaca sejuk. Rujuk Artikel #1

Kami sempat melawat University Of New South Wales di mana salah seorang pemandu pelancong kami, belajar di situ. Sebab utama singgah di situ ialah untuk mereka solat asar. Sambil mereka solat asar, kami menonton perlawan Ragbi Antara U yang sedang berlansung ketika itu di Padang U yang berbentuk Oval.

UNSW Sydney Rugby

Sambil tu jalan jalan menikmati pemandangan UNSW yang agak besar.
UNSW Sydney

Dah settle semua, kami terus dihantar ke Malaysian Hall Sydney yang terletak di Allison Road, Radwick. Ramai juga rupanya student malaysia di situ ketika kami datang…seolah olah menyambut kedatangan kami di sana (perasan sendiri je).

Majlis Iftar Sydney Malaysian Hall

“Rezeki Allah Bagi”
Wow! – akan saya ceritakan di posting yang lain…
Bagaimana mudahnya menjemput rezeki di bumi asing.
Sungguh tidak disangka perkara ini akan berlaku.
Nak tahu ke? Kalau nak tahu, komenlah kat bawah.
Ada je 5 komen, saya akan kongsikan rahsia ini dengan anda.

Sementara itu, kami pun memeriahkan Majlis Iftar tersebut. Menu hari tersebut adalah nasi Ayam Quater!

Buka Puasa Sydney

Kami berjumpa dengan beberapa orang Penting di sini.
Iftar Malaysian Hall
Buka puasa Malaysian Hall
Hari ke 2 di Sydney
Kami masih lagi kepenatan sebenarnya. Dengan perubahan cuaca dan penerbangan yang makan masa lebih daripada 8 jam. Cuaca di sini lebih kurang 8 Celcius ke 15 Celcius. Matahari akan memancarkan sinarnya pada waktu tengahari dan kadang-kadang akan semakin terik apabila tiba waktu petang. Yang tak tahan adalah tiupan angin sepoi sepoi bahasa.

Aku cakap “Macam ada orang simbah air sejuk kat muka, pada waktu Subuh dan kemudiannya dia tiup perlahan lahan muka kita yang basah itu tadi”.

Wow! Sejuknya sehingga pipi menjadi keras. Sebab tu kadang kadang mamat OZ pakai sarung muka, nak tahan angin daripada kena muka dan leher.

Kembara Australia Sydney Part 1

Kembara Australia Sydney bermula pada 4 Julai 2014. Bagaimana trip ke Sydney ini boleh bermula ?
Saya akan kongsikan kemudian di blog Tuanbri.com ini. Posting kali ini lebih menceritakan pengalaman hari pertama melancong ke Sydney ala backpackers.

Alhamdulillah hari pertama kami di Sydney bermula daripada jam 6 pagi lagi. Pendaratan yang kemas daripada pilot Malaysian Airline System (MAS) di lapangan terbang Kingsford Smith Sydney selepas penerbangan yang mengambil masa lebih daripada 8 jam daripada KLIA, Malaysia. Kami berlepas pada jam 7.50 malam, sempat berbuka puasa sekejap di Gate dan kena makan laju-laju…..

Ujian pertama Allah bagi dalam Kembara Sydney Hartawan Hartanah ialah nikmat suara ditarik sekejap. Suara saya hilang. Dalam flight dah tak boleh nak cakap. Siap dengan minta ubat sakit tekak lagi daripada stewardess MAS. Mungkin kurang tidur atau kejutan cuaca panas sejuk.

Tiba sahaja di airport Kingsford Smith Sydney, imigresen di sana agak ketat. Makanan tidak dibenarkan masuk ke sini..
so jangan nak ngada ngada bawa makanan kalau nak mudah masuk…(maksuda saya kat sini, kalau nak bawa masuk gak kena declare). Masa kita lepas je imigresen, akan kena masuk tempat checking kastam lak. Masa ni diaorang akan random pilih “mangsa” untuk ujian Hidu oleh anjing terlatih. Aku hampir-hampir kena selepas anjing tu memasukkan hidungnya ke dalam pouch bag aku….fuuhh..goyang beb! Sebab apa tau? Kat sini kalau terkantoi, depa akan denda terus. Tak ada dah nak bagi alasan terlupa. Sebab diaorang dah banyak kali inform supaya check beg dan bagasi sebelum masuk Australia. Dalam flight pun dah bagitau Warning!

Alhamdulillah lepas kesemuanya dan kami terus ke tempat letak kereta “Pick Up 15 minutes”. Kereta yang kawan bawa untuk jemput kami hanya boleh parking kat situ selama 15 minit je. Macammana diaorang tau masa tu? Dah macam masuk parking berbayar, korang kena ambik parking ticket bila masuk dan bila keluar pula kena masukkan tiket tu ke dalam mesin palang tu. Siapla korang kalau lebih 15 minit.

Kami terus di bawa ke rumah sewa pelajar Malaysia di sini. Lokasi rumah mereka nanti saya update. Masih lagi lost kat sini. Cuaca pada masa kitaorang sampai adlaah dalam lebih kurang 12 celcius. Taklah sejuk sangat TETAPI berangin….angin tu menyebabkan muka dan bahagian korang yang terdedah tu macam kena sengat dengan kesejukan.

Kembara Sydney disambung pula selepas……

kami tidur kejap la lepas sampai ke rumah sewa student malasia. Penat beb naik flight 8 jam lebih. Boleh keras kaki korang.

Lepas tidur kejap tu, kitaorang pun naik kereta mereka terus ke Pantai Coogee.
Dalam 15 minit drive. Laut depan mata terbentang luas. Allahuakbar. Cantik. Terpukau mata memandang. Ini mengingatkan saya kepada pantai Kuta di Bali. Pantai yang penuh dengan pasir putih…bersih ….dengan air laut yang kebiruan.

Melancong Ke Sydney
C360_2014-07-05-15-29-43-571[1]
Kami lepak kat sana lebih kurang sejam lebih. hari dah semakin senja. Eh, dah nak masuk waktu berbuka la.
Huh? korang biar benar ni? ni baru nak masuk pukul 4.. Ye la…kan kat sini buka puasa pukul 530 petang ?

Owh..gitu ke? Rupanya mamat ni tak solat asar lagi. Kami Pengembara yang Berjasa ni solat jamak, memudahkan bagi orang yang bermusafir.
Sydney Australia

Kita pun dibawa ke NSW University. Sementara diaorang pergi solat, aku menonton perlawanan Footy Aussie yang mereka main atas padang berbentuk OVAL…peliks aa..lepas tu siap ada The Messenger yang berlati kat tengah tenah padang tu, bagi arahan yang diterima daripada Coach kat tepi padang.

Kembara Sydney part 1.

Panduan Melancong ke Sydney (mungkin saya buat kalau rajin)

Seminar Hartanah Laman Impiana Bulan Jun 2014

Pada 15 Februari 2014, satu seminar hartanah telah diadakan di Auditorium, Kompleks Media Karangkraf Shah Alam. Seminar Hartanah yang diberi tajuk “Rumahku Lubuk Duit” mendapat sambutan hangat daripada pembaca majalah Kumpulan Impiana, adalah seminar hartanah yang julung-julung kali dianjurkan oleh Karangkraf dan dijayakan oleh Tuanbri sendiri.
Peserta Seminar

Seminar Hartanah tersebut telah berlansung pada 2 Februari 2014 di Auditorium Karangkraf di Shah Alam dan dihadiri oleh lebih kurang 40 orang yang datang daripada Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Terengganu dan lain-lain tempat lagi. Alhamdulillah mereka semua telah hadir dengan semangat yang berkobar-kobar ingin menimba ilmu serta teknik-teknik yang dibongkarkan dalam menjadikan “RumahKu Lubuk Duit” .

Apa yang dimaksudkan dengan RumahKu Lubuk Duit ?
– Rumah yang kita duduki boleh dijadikan lubuk duit
– Rumah orang lain pun kita boleh jadikan lubuk duit

Antara yang dikongsikan dalam seminar Hartanah ini adalah :
– Asas Pelaburan Hartanah
– Susunatur Pembiayaan Hartanah
– Risiko yang bakal dihadapi oleh Pelabur Hartanah
– Pasukan yang perlu diwujudkan
– Nak beli Lelong atau beli dengan Pemaju Perumahan ?

Berikut adalah Kolaj gambar yang diambil sepanjang seminar hartanah Karangkraf berlansung.
Seminar Hartanah Karangkraf
Seminar Hartanah Impiana

Dengan kejayaan menganjurkan seminar bersama-sama dengan Tuanbri.Com, pihak Kumpulan Impiana telah bersetuju untuk mengadakan SIRI “RumahKu Lubuk DUIT” dan yang terdekat adalah pada bulan Jun 2014 ini.

Maklumat Seminar Hartanah “RumahKu Lubuk Duit”

Tarikh : 7 Jun 2014 (sabtu)
Masa : 9am – 5 pm
Tempat : Auditorium Komplek Media Karangkraf, Shah Alam, Selangor
Yuran : RM250 sahaja! (Terhad kepada 23 orang sahaja)

Bagaimana untuk menyertai seminar hartanah “RumahKu Lubuk Duit” ini ?

SMS :
“DUIT jarak Nama jarak Negeri”
kepada 010.250.9115
untuk mendapat maklumat lanjut

Jumpa anda di seminar hartanah RumahKu Lubuk Duit pada 7 Jun 2014 ini.

Misteri Kehilangan MH370 dan Pemergian Ayahanda

Masih lagi menjadi satu misteri kehilangan MH370 pada masa ini. Walaubagaimanapun, pemergian Ayahanda tidak menjadi misteri. Pada masa yang sama MH370 terputus hubungan dengan dunia luar, pada masa itulah Ayahandaku pulang ke Rahmatullah dalam sebuah rumah di lorong Haji Lembang, Semenyih. Alhamdulillah pemergian beliau dipermudahkan Allah.

 

Al-Fatihah buat ayahandaku, Hashim bin Haji Lembang (Rajo Muaro Paiti).

 

Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum kejadian tersebut.

Pada hari Jumaat 7 Mac 2014, hati ini tergerak untuk pergi melawat Ayahanda. Diberitakan ayahanda pada waktu itu demam sedikit. Maka diri ini berhajat untuk belanja Ayahanda makan. Amat jarang sekali aku akan pergi melawat ayahanda pada hari Jumaat. Kebiasaannya akan pergi hari minggu kerana terikat dengan kerja dan komitmen lain.

Bila tiba di rumah ayahanda pada petang Jumaat, aku tengok keadaan ayahanda seperti biasa. Beliau tiada penyakit kronik seperti sakit jantung atau kencing manis. Maka bolehlah dianggap demam panas yang beliau sedang alami adalah demam biasa seperti orang lain. Bercakap seketika dengan ayahanda dan bertanya kepada beliau “nak makan apa malam ni? “. Beliau menjawab “Nak makan sup ayam la”.

Dengan hati gembira aku menyahut “OK!”

Pergi ke pekan membeli barang-barang rumah di samping lauk-pauk untuk dimakan bersama pada makan malam nanti. Singgah di restoran pakcik ku.

Memang banyak la lauk pada malam tu. Ikan bakar, sup tulang, nasi goreng, tauhu bakar dan lain lain lagi. Dah macam kenduri mini je. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Saya sempat melihat Ayahanda sempat minum sup ayam yang telah aku belikan di pekan petang tadi. Tapi tak banyak…sebab beliau agak keletihan dan tak lalu sangat nak makan. Demam beliau beransur pulih. Dah kurang demam pada malam itu. Anak aku pula mengurut tangan beliau yang lenguh. Dipicit picitnya seperti yang biasa dilakukan.

Jam telah menunjukkan hampir pukul 11 malam. Maka telah tiba nak beransur pulang.

Namun aku melihat Ayahanda bernafas dengan cara yang tak pernah lagi aku lihat.

Dalam hati aku terdetik “Adakah masa beliau telah hampir tiba?”

Aku masih lagi teringat soalan yang aku tanya pada mak aku…”Selalunya ke macam ni?”

“Tak pernah lagi” …… “Baliklah dulu…Semua dah penat je tu”

 

Aku dan keluarga pun berangkat pulang ke rumah ku di Kuala Lumpur.

*masa tu belum tahu lagi MH370 telah hilang dari radar

 

Sampai je di rumah, aku pesan pada bini aku “Keluarkan telefon daripada beg, nanti ada orang call kang tak dengar pula”

Tiba di rumah lebih kurang dalam jam 12 lebih. Keluargaku semua bersiap untuk melayari bahtera malam. Aku masih lagi tercegat di hadapan komputer. Hati ini tergerak untuk berjaga pada malam itu. Buat kerja sikit macam biasa, namun telefon diletakkan di hadapan aku just in case kalau ada orang call ke. Sambil melayari internet, jam mula melangkah ke pukul 1 pagi. Eh, kenapa tak mengantuk lagi ni? – detik hati aku. Tengok keluarga aku syok je tidur dengan nyenyak. Ahh, tak apa lah, Biarkan mereka. Aku teruskan dengan kerja aku.

Tiba tiba…..

telefon aku berbunyi, dah pukul 1 pagi lebih ni…siapa pula yang telefon pagi pagi buta ni ?

Bila ku lihat nama mak di skrin telefon tersebut, aku dah TAHU.

“Allahuakbar” kata hati ku.

Aku jawab telefon tersebut…

Namun apa yang aku dengar di hujung talian lagi satu adalah bunyi tangisan….

Dalam bunyi tangisan tersebut ada cubaan …cuba menyampaikan sesuatu…tetapi cubaan tersebut ditenggelami oleh bunyi tangisan.

 

Apa yang aku cuma boleh jawab ialah “OK”.

 

Letak je telefon, aku termanggu.

Apa sebenarnya yang telah berlaku?

>