Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: 70%

List Nama Org Yg Nak Bunuh Diri

Sambungan daripada
http://tuanbri.com/blog/2010/11/70-sahaja-bunuh-diri-la-camni/

Salam.

Aku tak berapa faham kenapa masih lagi ramai yang bertanya :

1- Bila 70% loan ni akan dilaksanakan ?
2 – Kalau kita ada 3 bijik rumah tapi 1 je yang masih ada loan, sama jugak ke tertakluk ?
3 – Ape yg dimaksudkan dgn rumah ke 3 tu?
4 – Adakah umah yg ke-3 di beli walaupun 2 buah rumah yg pertama telah dijual?
5 – ataupun 3 buah rumah yg kita hold in one time ?


Jawapan :
1 – Immediate effect. Bank Negara tak pernah buat decision yang ditangguhkan perlaksaannya. Effect ekonomi Negara beb kalau dia lambatkan…Bila dia lambatkan, orang akan susun strategi sebelum perlaksaaan…akhirnya effect dia lagi teruk selepas perlaksaan.

2 – Loan 70% hanya untuk org yang sedang servis 2 housing loan at one time. Kalau ada 50 bijik rumah tetapi semua tak ada loan, maknanya dia still boleh apply 90% MOF.

3 – Maksud rumah ke 3 ialah loan yang ketiga. Sudah ada 2 loan dan bila nak apply loan ke-3, margin hanyalah 70% sahaja.

4 – Rujuk No 2 dan 3.

5 – Rujuk No 2 dan 3.

Mana mana loan yang sedang dalam proses, bank akan menggunakan budibicara mereka untuk memberi margin pinjaman. Tetapi selalunya dia akan lepaskan 90%, sebab bank pun nak buat bisnes.

Yang pening, spekulator.
Lagi pening, bank – sebab tak dapat nak maximise profit dia on Home Mortgage.

Siapa dah ada idea utk cilok ini 70% margin of finance ?

>