Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: beli rumah tanpa modal

Seminar Pelaburan Hartanah – Untuk FRESH sahaja

Kebanyakan mereka yang fresh takut untuk start menyertai seminar pelaburan hartanah. Takutnya mereka jika tersilap langkah dalam pelaburan hartanah. Takutnya mereka jika usaha mereka terus terbantu akibat tiada panduan untuk melabur dalam hartanah. Takutnya mereka jika mereka ditipu sehabis-habisnya oleh orang lain yang lebih berpengalaman.

 

Bila Pelaburan Hartanah Bermula ?

Pelaburan hartanah sebenarnya bermula bukan dengan pelaburan hartanah tersebut. Ianya bermula dengan pelaburan dalam diri kita di mana kita mula sedar akan apa yang kita akan buat dengan pelaburan. Apa yang saya sering galakkan orang yang FRESH ni ….saya galakkan mereka selalu ke seminar-seminar yang sering diadakan di sekitar tempat mereka untuk bukan sahaja belajar daripada mereka yang berpengalaman dalam pelaburan hartanah tetapi berjumpa dengan peserta-peserta seminar yang mungkin mempunyai pengalaman masing masing dalam pelaburan hartanah.

 

Ada ke Seminar Ringkas Pelaburan Hartanah ?

Berminat tak untuk ketahui serba sedikit mengenai pelaburan hartanah dan teknik-teknik yang digunapakai ?

Jom sertai Seminar Hartanah Ringkas yang dianjurkan oleh Tuanbri.Com dan SatuSolution Corp dalam bulan Ogos ini.

Lokasi seminar pelaburan hartanah ini akan diadakan di Cheras Kuala Lumpur, Bangi Selangor, Shah Alam Selangor dan Johor Bahru Johor,

Bila tarikh seminar ini ?

20 Ogos 2013 (Selasa)

7.45 pm Bdr Sri Permaisuri, Cheras

22 Ogos 2013 (Khamis) 

7.45 pm Blkg Warta Bangi, Bangi

23 Ogos 2013 (Jumaat)

7.45 pm Tmn Uni Skudai, Johor

24 Julai 2013 (Sabtu) 

8.30 am Tmn Uni Skudai, Johor
25 Julai 2013 (Ahad)
8.30 am Tmn Uni Skudai, Johor

27 Ogos 2013 (Selasa) 

7.45 pm Bdr Sri Permaisuri, Cheras

29 Ogos 2013 (Khamis) 

7.45 pm Shah Alam, Selangor

30 Ogos 2013 (Jumaat) 

7.45 pm Bdr Sri Permaisuri, Cheras

 

Kami adakan Seminar Hartanah ini di Cheras, Bangi, Shah Alam dan Skudai Johor.

 

Pastikan anda tidak ketinggalan kerana kami tidak tahu bila lagi kami akan adakan seminar yang PANAS dan PADAT dengan info terkini pelaburan hartanah.

 

Klik dan Daftar Seminar Hartanah

 

Alhamdulillah ramai yang telah berjaya.

Anda boleh tonton video testimoni ini.


 

Semoga kita berjumpa nanti di Seminar Hartawan Hartanah!

 

Rumah Tanpa Modal – Duit buat Duit

Beli Rumah Tanpa Modal atau duit buat duit yang tiada….macam dalam cerita dongeng je. Ramai yang tanya soalan kepada saya, boleh ke beli rumah tanpa modal? Apakah orang yang menulis ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal menipu dan scam dan sebagainya? Saya jawab seperti biasa dengan jawapan saya “Ya dan Tidak”.

Bagi orang yang tidak memahami perniagaan atau pelaburan, mereka sering menganggap modal adalah cabaran yang paling tinggi. Bagi orang yang berniaga atau melabur, modal bukanlah penghalang utama. dah konfius? Itu baru sikit je tu. Belum lagi masuk soalan-soalan yang mencabar. Saya ulang kenyataan di atas. Beli Rumah Tanpa Modal bukanlah satu benda yang mustahil. Cuma ianya agak sukar dilakukan oleh orang yang tiada ilmu terutamanya kepada mereka yang ingin membuat pelaburan hartanah tanpa modal.

Jangan terkeliru dengan kenyataan-kenyataan di luar sana…

Kita kaji dan semak semula. Orang selalu kata “Dengan Duit kita Buat DUit” tapi adakah semua orang bermula dengan berDUIT ? Pasti jawapannya ialah TIDAK. Kita kena buat duit dulu, baru lah kita boleh buat duit dengan duit. Sama juga dengan pelaburan hartanah. Kalau nak buat tanpa modal, boleh je. Saya tak kata saya galakkan dan saya juga tak kata saya menghalang anda untuk membuat pelaburan hartanah tanpa modal…atau ada orang gelar PHTM ?? pening…

Cuma apa yang pasti ialah saya MAHU anda, pembaca Blog Tuanbri.com membuat satu kertas kerja mengenai Pelaburan Hartanah anda.  Kenapa anda perlu buat pelaburan hartanah tanpa modal? Adakah pelaburan hartanah tanpa modal ini menjadi tunggak pelaburan anda? Ada tak pelaburan lain yang tidak memerlukan modal? Betul ke wujud pelaburan hartanah tanpa keluarkan duit satu sen pun?

 

Banyak juga soalan yang saya tanyakan?

Sebab falsafah saya senang je, orang yang banyak tanya adalah _________!

Pemenang Pelaburan Hartanah

Pemenang Pelaburan Hartanah

Selamat berekplorasi dengan pelaburan hartanah tanpa modal!

 

—IKLAN AKADEMI HARTAWAN HARTANAH—

Akademi Hartawan Hartanah ditubuhkan oleh Tuanbri.com pada 12.12.12 dalam usaha memertabatkan ekonomi Ummah melalui pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah seperti yang diketahui mampu menjana pendapatan aktif dan pasif.  Akademi Hartawan Hartanah akan menjelajah Malaysia dengan program “Kembara Malaya 2013? yang akan bermula pada bulan Ogos 2013. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk belajar pelaburan hartanah.

Facebook Group : https://www.facebook.com/groups/akade…
Facebook Fanpage : https://www.facebook.com/akademiharta…
Facebook Tuanbri.com : https://www.facebook.com/tuanbriCom
Laman Sesawang : https://www.HartawanHartanah.com
Laman Youtube: http://www.youtube.com/user/Seminarhartanah
SMS info kepada 010.250.9115 utk dapatkan info Akademi Hartawan Hartanah.

 

 

Pelaburan hartanah di Malaysia adalah satu pelaburan yang menguntungkan

Ramai lagi yang tidak sedar akan keindahan pelaburan hartanah di Malaysia. Walaupun pendedahan diberikan melalui buku-buku dan ebook hartanah, kewujudan seminar pelaburan hartanah, kelab hartawan hartanah, otai otai rumah lelong dan ebook yang menerangkan pelaburan hartanah sehinggakan diketahui ramai akan pelaburan hartanah tanpa modal.

 

Kenapa ? itu yang masih lagi menjadi persoalan saya.

 

Kenapa saya ingin menggalakkan pelaburan hartanah?  Pelaburan hartanah boleh menjamin masa depan seseorang sekiranya kena pada strategi yang dirancang pada permulaan pelaburan. Sebelum memulakan langkah dalam pelaburan hartanah, kita kena tetapkan matlamat dan strategi yang akan dgunapakai. Ini boleh dirangka dengan bantuan mereka yang telah lama berkecimpung dalam hartanah itu sendiri.

 

Saya agak terkejut kerana ramai yang secara tidak lansung mengetahui kewujudan otai otai hartanah ini tetapi mereka tidak mengambil kesempatan atau peluang yang ada untuk menimba ilmu. Mungkin keegoan atau segan malu ingin bertanya masih lagi menjadi budaya kita. Saya rasa kita sepatutnya beralih daripada sikap sebegitu untuk memajukan umat secara amnya dan diri sendiri secara khususnya.

 

Pelaburan hartanah juga sepatutnya didedahkan awal awal lagi kepada belia belia yang sedang menimba ilmu samaada di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti. Mereka sudah sepatutnya sedar akan potensi pelaburan hartanah ini walaupun mereka masih belum terlibat secara lansung dengan proses pembelian hartanah. Ini kerana jika mereka ingin menggunakan pembiayaan bank, pihak bank memerlukan bukti pendapatan yang kukuh daripada pihak yang dibiayai.

 

Kajian mendapati hampir 80% orang paling kaya dalam dunia terlibat secara lansung atau tidak dengan pelaburan hartanah. Mereka ini tahu akan kepentingan melabur dalam hartanah. Ada seorang sifu saya pernah berkata “barangsiapa yang mengawal hartanah sesebuah negara, mereka sebenarnya mengawal ekonomi negara tersebut”. Seorang jutawan hartanah.

 

 

Oleh itu saya ingin mengajak pembaca-pembaca supaya melibatkan diri dengan pelaburan hartanah sekarang! kerana masih belum terlambat lagi untuk anda memulakan langkah yang pertama. Anda masih lagi boleh menjadi seorang jutawan hartanah dengan menggunakan teknik pelaburan hartanah tanpa modal.

 

Ramai sifu-sifu hartanah di luar sana yang sanggup berkongsi ilmu, tips hartanah, lokasi hot hartanah, teknik beli rumah tanpa modal, sewa atas sewa dan pengalaman mengenai pelaburan hartanah kepada mereka yang betul-betul menunjukkan minat ingin menceburi bidang ini.

 

Anda tunggu apa lagi ?

Bertindaklah Sekarang! Klik Sini —>> –>>Teknik Pelaburan Hartanah

>