Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: jutawan hartanah

Property Investment Talk For MSU Students 2016

Wau! What a day! Penat tak terkira hari ini…selepas semalam berkongsi dengan student Management & Science University di MSU Shah Alam. Saya berharap sangat apa yang saya kongsikan dengan mereka boleh menjadi pedoman untuk hidup mereka sekarang dan masa depan. Ada lebih kurang hampir 20 tips yang saya kongsikan untuk mereka gunapakai dalam hidup mereka sekarang sebagai pelajar dan juga selepas mereka habis belajar.

 

Best ke talk saya semalam tu ?

Hhmmm…tu kenalah tanya pelajar-pelajar MSU Shah Alam yang hadir semalam.

Berdasarkan apa yang saya dapat respon drpd lecturer senior mereka, the students like it very much! And they for sure will invite me again! wow! Hilang sikit penat saya tu…hehehe…

 

Tapi kalau ikutkan saya punya benchmark, saya personally agak kecewa dengan talk saya semalam. Ada beberapa perkara yang saya nak tapi tak dapat. Nak tahu ke ? Nak ke saya share apa perkara tu ? Tak payah la kot yea… cuma siapa yang kenal dan pernah bekerja dengan saya, mesti tahu betapa cerewetnya saya. Saya nak semuanya almost perfect…. bukan perfect 100%. Sebab saya tahu itu ialah mission impossible…kan ?

Ok. Berbalik pada presentation saya tu, ianya bertajuk “How To Be A Real Estate Millionaire”.  Saya agak goyang juga nak share tajuk ini, sebabnya peserta peserta yang hadir adalah pelajar dan mereka belum pun keluar daripada kepompong universiti. Jadi agak sukar untuk mereka melakar jalan hidup mereka sendiri, apatah lagi nak mengorak langkah menjadi seorang Jutawan Hartanah… Kalau ada students MSU Shah Alam yang baca artikel ini, tolong tinggalkan pendapat anda di bawah. TQ!

Namun saya juga mempunyai pendapat, bahawa jalan untuk menjadi Jutawan Hartanah sebenarnya bermula pada hari ini. Ya! Jika anda ada hasrat untuk menjadi seorang jutawan hartanah, mulakan sekarang! Jangan tertangguh tangguh lagi… nak tunggu apa lagi ?  Mulakan dengan apa saja yang ada di tangan.. Faham ke ? Seperti contoh, baca 1 buku hartanah. Ada kan buku yang korang dah beli tapi korang simpan je kat rumah kan ? Tak habis baca lagi kan ?  So, itulah langkah awal yang korang patut ambik untuk menjadi seorang Jutawan Hartanah. Bukannya MESTI hadir ke seminar hartanah anjuran Tuanbri (promote sikit…) walaupun seminar hartanah tersebut telah berjaya mengubah mindset ramai anak anak muda Muslim di Malaysia.
Oklah coretan saya setakat ini. Bulan depan pula ada jemputan lain pula daripada Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Nanti saya bagitau subscibers saya maklumat lengkap di mana dan bila. Saya jemput anda untuk turut hadir bersama.

Anda dah jadi subscriber saya ?
Kalau belum, sila SMS “hartanah” ke 010.250.9115 (No admin SatuSolution)  dan kami akan menghubungi anda untuk sebarang event yang akan diadakan.
Adios guys!

Seorang Jutawan Hartanah bolot rumah lelong

Jutawan Hartanah bolot semua rumah lelong. Apa yang sudah berlaku sebenarnya ?

 

Anda pernah dengar nama  Bill McMachen, seorang usahawan yang berjaya?

Mungkin tidak, kerana beliau menetap di Michigan, Amerika Syarikat.

Secara jujurnya, saya pun tidak mengenali beliau. (GGG – gelak guling-guling)

 

 

Seorang ahli perniagaan yang kaya Michigan telah membeli setiap rumah yang akan dilelong di Macomb County.

Bill McMachen, pernah memiliki perniagaan kapal laayr, berjaya melaksanakan pilihan untuk membuat perjanjian dengan Majlis Daerah (Pihak Berkuasa Tempatan – PBT) untuk membeli kesemua 645 rumah dengan harga HANYA USD 4.9juta. Ini bersamaa USD7,500 untuk setiap unit rumah. Dah macam rumah kat Bukit beruntung, Rawang pula rasanya. Itu pun tak pasti lagi boleh dapat atau tidak harga ini lagi menerusi lelong.

Walaupun Majlis Daerah gembira dengan keputusan itu yang mana PBT dapat mengaut semula cukai yang telah lama tertunggak ke atas rumah-rumah tersebut, beratus-ratus orang pula yang berharap untuk membeli salah satu rumah-rumah yang akan dilelong tersebut bengang dan kecewa.

 

Kira-kira 300 orang yang menghadiri acara lelongan tersebut mengamuk dan marah apabila mengetahui lelongan tersebut dibatalkan pada saat saat akhir.

 

Bill McMachen berkata sesiapa yang masih lagi berminat untuk membeli salahs atu rumah tersebut, bolehlah menghubungi beliau. Beliau dijangka untuk membuat kira-kira USD $ 2juta keuntungan sekiranya rancangan beliau berjaya.

jutawan hartanah Michigan

 

 

Masih ramai lagi orang di Malaysia yang minat dengan pelaburan hartanah lelong.
Kenapa ?

Salah satu sebab ialah pulangan yang TINGGI.

 

*************

rumah lelong shah alam, kuala lumpur, malaysia, auction, PBB, UOB, HSBC, AmBank, MBSB, Auction, sale, bank, finance, bungalow, land, house, apartment, penang, kl, kuala lumpur, johor, rawang, selangor, bidding, bid, pda, propert listing, carnival, low cost, flat, semi, detached, terrace, shop, lot, lots, office, block, landed, tanah, rumah, sewa, jual, beli, harta, pangsar, lelong, lelongan.

Pelaburan hartanah di Malaysia adalah satu pelaburan yang menguntungkan

Ramai lagi yang tidak sedar akan keindahan pelaburan hartanah di Malaysia. Walaupun pendedahan diberikan melalui buku-buku dan ebook hartanah, kewujudan seminar pelaburan hartanah, kelab hartawan hartanah, otai otai rumah lelong dan ebook yang menerangkan pelaburan hartanah sehinggakan diketahui ramai akan pelaburan hartanah tanpa modal.

 

Kenapa ? itu yang masih lagi menjadi persoalan saya.

 

Kenapa saya ingin menggalakkan pelaburan hartanah?  Pelaburan hartanah boleh menjamin masa depan seseorang sekiranya kena pada strategi yang dirancang pada permulaan pelaburan. Sebelum memulakan langkah dalam pelaburan hartanah, kita kena tetapkan matlamat dan strategi yang akan dgunapakai. Ini boleh dirangka dengan bantuan mereka yang telah lama berkecimpung dalam hartanah itu sendiri.

 

Saya agak terkejut kerana ramai yang secara tidak lansung mengetahui kewujudan otai otai hartanah ini tetapi mereka tidak mengambil kesempatan atau peluang yang ada untuk menimba ilmu. Mungkin keegoan atau segan malu ingin bertanya masih lagi menjadi budaya kita. Saya rasa kita sepatutnya beralih daripada sikap sebegitu untuk memajukan umat secara amnya dan diri sendiri secara khususnya.

 

Pelaburan hartanah juga sepatutnya didedahkan awal awal lagi kepada belia belia yang sedang menimba ilmu samaada di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti. Mereka sudah sepatutnya sedar akan potensi pelaburan hartanah ini walaupun mereka masih belum terlibat secara lansung dengan proses pembelian hartanah. Ini kerana jika mereka ingin menggunakan pembiayaan bank, pihak bank memerlukan bukti pendapatan yang kukuh daripada pihak yang dibiayai.

 

Kajian mendapati hampir 80% orang paling kaya dalam dunia terlibat secara lansung atau tidak dengan pelaburan hartanah. Mereka ini tahu akan kepentingan melabur dalam hartanah. Ada seorang sifu saya pernah berkata “barangsiapa yang mengawal hartanah sesebuah negara, mereka sebenarnya mengawal ekonomi negara tersebut”. Seorang jutawan hartanah.

 

 

Oleh itu saya ingin mengajak pembaca-pembaca supaya melibatkan diri dengan pelaburan hartanah sekarang! kerana masih belum terlambat lagi untuk anda memulakan langkah yang pertama. Anda masih lagi boleh menjadi seorang jutawan hartanah dengan menggunakan teknik pelaburan hartanah tanpa modal.

 

Ramai sifu-sifu hartanah di luar sana yang sanggup berkongsi ilmu, tips hartanah, lokasi hot hartanah, teknik beli rumah tanpa modal, sewa atas sewa dan pengalaman mengenai pelaburan hartanah kepada mereka yang betul-betul menunjukkan minat ingin menceburi bidang ini.

 

Anda tunggu apa lagi ?

Bertindaklah Sekarang! Klik Sini —>> –>>Teknik Pelaburan Hartanah

>