Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: maybank

Lelong Maybank, Affin & RHB

Tarikh : 26 Oktober 2010

Masa : dari 10 am kepada 3pm

Tempat : Lokasi mengikut pelelong. Megan Avenue Ehsan Auctioneer, Wisma Central Tancorp, JTR Brickfield aka Little India.

Kekalahan demi kekalahan dihadapi oleh Satu Solution.

Plaza Indah lelongan Idaman Auctioneer dimenangi oleh Padang Capaian lagi sekali. Kali ini beliau tidak membawa sekali isterinya yang pregnant. Bagi unit Sri Lavender Sepakat Indah 2 pula, Padang Capaian kalah sekali lagi kepada Pendekar Muda Lavender, Encik Ghazali. Beliau merupakan salah seorang geng “Menara 2”. Setiap musim akan muncul pendekar baru daripada “Menara 2” ini. Adakah perjuangan En. Ghazali ini akan berterusan ? Pada lelongan tersebut juga, aku ada berjumpa dengan silent reader Khairul (Babu G), Drifter Tasik Kesuma. Namun beliau juga menghadapi kekalahan seperti satu solution.

Di JTR pula, aku dah malas nak deal dengan Ulat Gonggok yang semakin mengganas sekarang ini. Di Ehsan, MachaFaris pula berjuang untuk Puncak Alam.

Sri Penara naik sampai 78k. Aku nasihat Redzuan supaya menarik diri daripada persaingan disebabkan unit adalah tingkat teratas sekali. Yang membeli ialah pakcik makcik melayu yg menggunakan agen Cha Ya Nun Alif. En. Redzuan, sila cuba lagi. First timer no luck.

Puncak alam juga tewas apabila terdapat 7 orang pembida…wow wee….rupanya air yang tenang ramai juga buaya….hehehe…En. Najah, sila cuba lagi.

>