Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: melabur dalam hartanah

5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah (No 2)

Sambungan daripada artikel 5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah yang telah diterbitkan sebelum ini :

Artikel no 1

Artikel no 2

 

Seterusnya kita proceed kepada langkah yang ke 2.

5 LANGKAH UNTUK MELABUR DALAM HARTANAH

  1. Pilih Strategi Pelaburan Yang Sesuai
  2. Pilih Strategi Pembiayaan dan Bank Yang Sesuai
  3. Pilih Jenis Hartanah dan Lokasi Yang Dikenalpasti
  4. Pilih Corong Jualan Yang Sesuai dengan Hartanah
  5. Pilih Penyewa Yang Setuju dengan Terma Anda

 

Langkah ke 2 dalam 5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah ialah :

Pilih Strategi Pembiayaan dan Bank yang Sesuai.

*********************************************

 

Pembiayaan dan pinjaman perumahan adalah 2 perkara yang berbeza. Ramai yang tidak sedar akan perbezaan yang agak ketara di sini. Bagi semua yang pernah belajar daripada saya atau yang hadir di “Seminar Asas Pelaburan Hartanah” , memang saya tekankan untuk mereka menggunakan alat Pembiayaan.

Secara mudahnya, Pembiayaan – Islamik dan Pinjaman – Konventional.

Senang cerita. Jangan ada lagi yang datang bertanya kepada saya, “tuanbri, saya nak ambik yang mana lagi bagus? islamik ke atau konventional? ”

No question about that. Ambik Islamik.

 

Hartanah

Apa strategi pembiayaan yang disediakan oleh pihak Bank yang ada pada masa ini di pasaran ?

Bergantung kepada bank itu sendiri, bagaimana mereka menjalankan perniagaan dan sektor mana yang mereka sasarkan untuk menarik pelanggan mereka.

Antara yang ada di pasaran untuk pembiayaan perumahan adalah :

1. Full Flexi – Ambank Flexi Home Financing / Public Bank Home Term

2. Semi Flexi – Maybank MaxiHome i

3. Non Flexi – CIMB Ijarah Financing

4. Fixed –  AIA. Dulu saya buat dengan CIMB. So bayar amount yang sama sahaja selama 15 tahun. Tiada perubahan dalam bayaran balik walaupun kadar interest (keuntungan) berubah.

So ini anda kenalah rajin buat kerja sikit. Kata nak jadi seorang pelabur hartanah yang berjaya. Dah kenalah mulakan langkah anda. Setakat nak baca semua info kat sini je baik tak payah. Buang masa anda je..hehehehe..

Ada banyak juga laman sesawang yang berkongsikan produk produk terkini pihak bank seperti :

1. RinggitPlus

2. LoanStreet.com

3.

4.

5.

6.

 

Saya akan cuba carikan lagi….

Anda pun kenalah carikan juga. Kalau jumpa, sila komen di bawah. Kita kongsikan ramai ramai.

 

p.s. : Anda sudah JOIN Seminar Asas Pelaburan Hartanah ?

Daftar sekarang –> www.SeminarHartanah.net

 

 

 

5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah – (No 1)

Ni yang saya nak kongsikan “5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah di Malaysia”.

(SAMBUNGAN…..)

Masih ingat lagi ke kesemua 5 ni ?

5 Langkah untuk Melabur Hartanah

  1. Pilih Strategi Pelaburan Yang Sesuai
  2. Pilih Strategi Pembiayaan dan Bank Yang Sesuai
  3. Pilih Jenis Hartanah dan Lokasi Yang Dikenalpasti
  4. Pilih Corong Jualan Yang Sesuai dengan Hartanah
  5. Pilih Penyewa Yang Setuju dengan Terma Anda

 

kita go 1 by 1…ok ?

 

langkah pertama hartanah

PILIH STRATEGI PELABURAN YANG SESUAI

  • kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa pelaburan hartanah adalah sesuai untuk kita. Maksud saya di sini ialah penekanan yang saya selalu bagi kepada mereka yang menghadiri Seminar Hartanah saya iaitu Pelaburan Hartanah bukanlah untuk semua orang. Kita kena cari yang mana sesuai dengan jiwa kita. Janganlah asyik terikut-ikut je dengan orang lain. Dia nak beli EMAS, kita pun beli EMAS. Dia nak beli rumah, kita pun nak beli rumah. Bila daaa nak habis ?
  • Timbang tara terlebih dahulu kebaikan dan keburukan pelaburan hartanah. Senaraikan seberapa banyak yang boleh. Cuba cari merata-rata. Sure banyak orang dah share kat blog hartanah diaorang, Bukumuka diaorang, komen komen yang ditinggalkan, forum-forum yang sering menjadi medan perbincangan suatu masa dahulu dan tanya orang keliling kita.
  • Ukur Baju di Badan Sendiri. Inilah salah satu nasihat saya dalam Ebook Pelaburan Hartanah Percuma saya. Kita tengok balik apa kemampuan kita, setakat mana kita boleh pergi sekarang dan jika tiada, kita akan cuba cari apa jalan yang membolehkan baju itu dipakai. Faham ke ?
  • Buat kira-kira kesemua perbelanjaan yang mungkin dan akan berlaku dalam pelaburan hartanah. Seperti yuran Peguam dalam pembelian rumah, fi ejen hartanah, cukai tanah, fi pengurusan bangunan, duit bayar iklan dan sebagainya.
  • Anda juga harus ambilkira Holding Power Cost (HPC). Dah cuba kira ?

 

Ini adalah Langkah Pertama untuk Melabur dalam Hartanah di Malaysia. Saya akan cuba untuk berkongsi dengan anda langkah seterusnya dalam 5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah.

Saya pun dah lama tak berkongsi dengan pembaca Blog Tuanbri.Com, di mana saya banyak membuat perkongsian secara LIVE atau Face to Face. Lagi senang. Lagi boleh ada interaktif. Boleh terus tanya soalan kalau tak faham. Namun anda juga boleh bertanya di sini, tinggalkan komen anda di bawah.

 

Jumpa di Artikel seterusnya!

 

Majulah Pelaburan Hartanah Untuk Ummah.

 

5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah di Malaysia

Ramai yang berminat untuk melabur dalam hartanah di Malaysia sejak kebelakangan ini tetapi apa yang saya nampak, mereka tiada arah dalam pelaburan hartanah. Apa langkah yang perlu diambil dalam membeli hartanah yang ingin dilabur. Oleh itu saya sediakan 5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah di Malaysia.

Antara soalan yang pernah ditujukan kepada saya ialah :

melabur dalam hartanah

“assalamualaikum tn bri

boleh share tips care jual tanah n rumah

ape 1st step yg perlu  dibuat”

 

JAWAPAN :

– bagi saya, jawapan kepada soalan yang mudah ini ialah……..

ikut kata nabi kita iaitu

“timbalah ilmu sehingga ke Negara China”

 

Apa yang saya maksudkan dengan jawapan ini ?

Langkah PERTAMA untuk memulakan pelaburan hartanah ialah timba ilmu pelaburan hartanah.

Atau saya suka tegaskan timba ilmu asas pelaburan. Tak semestinya ilmu tu mesti ada kena mengena hartanah. Ramai yang tertinggal asas apabila memulakan langkah dalam pelaburan hartanah.

 

Macammana Nak Timba Ilmu Hartanah ?
1. Baca Buku Pelaburan Hartanah

2. Baca Blog mereka yang berkecimpung dalam hartanah

3. Berkawan dengan orang yang selalu atau dalam circle hartanah

4. Baca artikel surat khabar, majalah mengenai pelaburan

5. Bertanya kepada mereka yang mempunyai pengalaman dalam pelaburan hartanah

6. Gunakan Uncle Google, Makcik Yahoo dan Anak Sedara Bing.

7. Pergi seminar hartanah seperti yang www.SeminarHartanah.net yang dikendalikan oleh Tuanbri sendiri.

8. Buat kajian sendiri.

9. Cari ejen hartanah dan belanja makan.

10. Jangan Kedekut.

 

9 tips pun dah cukup kot ??

ada lagi ? Tolong lah kasi SHARE kat bawah ni.

Remember! , “Jangan Kedekut”

 

Nak melabur dalam hartanah bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main. Benda serius ni kot. Semua orang tahu, Semua orang aware. Semua orang sedar. Tapi bila saya buat seminar hartanah, mesti ramai yang beli rumah TANPA buat 1st step dulu. Main sssiiiigggnnnn aje. Lantak korang la. Dah besar panjang kot.

 

Nak join Seminar Melabur Dalma Hartanah yang saya akan anjurkan untuk tahun 2015 ?

Kalau anda berminat, komen di bawah dan team saya akan contact tuan/puan secara email.

Kita nak cari orang yang nak belajar sahaja. Dah malas nak promote sangat sebab ramai yang datang kata seminar hartanah ni bagus, tapi lepas tu tak ada movement pun, tak ada action pun, tak ada tindakan pun. Buat masa ni, seminar hartanah akan dianjurkan di sekitar kuala lumpur, bangi, shah alam dan johor bahru. Saya juga berhajat untuk ke utara juga dalam masa terdekat ini. Kalau ada orang nak la..

 

Langkah PERTAMA adalah langkah yang PALING penting sekali.

Kalau salah, salahlah langkah langkah yang seterusnya…..

 

melabur dalam hartanah

Ni yang saya nak kongsikan “5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah di Malaysia”.

 

  1. Pilih Strategi Pelaburan Yang Sesuai
  2. Pilih Strategi Pembiayaan dan Bank Yang Sesuai
  3. Pilih Jenis Hartanah dan Lokasi Yang Dikenalpasti
  4. Pilih Corong Jualan Yang Sesuai dengan Hartanah
  5. Pilih Penyewa Yang Setuju dengan Terma Anda

Mudah kan ?

>