Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: panduan beli rumah

RPGT CKHT 2014 – Apa Kesannya ?

Bajet 2014 yang dibentangkan oleh PM kita baru baru ini menyentuh RPGT CKHT 2014 yang dijangka memberi kesan kepada pelabur hartanah khususnya. Perkara ini telah dijangka oleh ramai pelabur-pelabur tegar hartanah sebelum pembentangan Bajet 2014.

 

Apa Itu RPGT ?

RPGT – Real Property Gain Tax. Dalam bahasa melayu, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

 

Apa Itu CKHT ?

Cukai Keuntungan Harta Tanah ialah cukai yang WAJIB dibayar apabila kita buat untung.
Macammana kita boleh untung? Pastilah selepas kita menjual harta tanah kita.

 

Hasil adalah kata lain untuk UNTUNG. Bagaimana pula sekiranya kita jual harta tanah tetapi rugi?

Jelas sekali apabila kita rugi, tiada cukai dikenakan. Sama sahaja seperti kita berniaga. Kalau rugi, tak ada cukai.

Kalau untung/ada hasil, kena bayar cukai.

 

Bagaimana kiraan CKHT ?

Kiraan Mudah

  1. Harga JUAL (RM_________) – Harga BELI (RM_________) = Hasil/Rugi
  2. Hasil x __% = RM________  Ini adalah berdasarkan tempoh pegangan harta tanah tersebut.

 

Jadual CKHT untuk tahun 2014

CKHT 2014

CKHT 2014

 

Bila tarikh pegangan harta tanah akan diambil kira ?

Adakah tarikh :

  1. Tarikh SPA (Perjanjian JualBeli) ditandatangani ?
  2. Tarikh SPA dimatikan stem hasil ?
  3. Tarikh Pemilikan Kosong ?

Saya buka soalan ini untuk perbincangan. Sila Komen Di Bawah.

 

Apa kesan CKHT 2014 kepada harga hartanah di Malaysia ?

Kalau tanya pendapat saya, harga hartanah di Malaysia akan meningkat juga, tidak akan terjejas teruk dengan peningkatan CKHT dalam tahun 2014. Tetapi ianya akan membuatkan pelabur pelabur hartanah yang baru menceburkan diri dalam pelaburan hartanah akan mula mengkaji dan menyusun strategi yang berlainan. Kemungkinan exit plan yang telah dirancang sebelum ini terpaksa ditukar.

Namun, untuk ianya menyebabkan harga RUMAH turun? Tidak sama sekali.

 

Apa lagi kesan yang ketara akibat pengumuman Bajet 2014 ke atas anda?

 

 

p.s.: Seminar “Otai Rumah Lelong” pada 10 November 2014 di Dewan Jihad Ilmu, Cheras.

p.s.s.: Tempat adalah terhad.

p.s.s.s.: Daftar? KLIK sini –>> www.OtaiRumahLelong.com

Aduan Rakyat (9) Beli Rumah

Tuanbri.com banyak mendapat soalan soalan berbentuk masalah individu yang ingin diselesaikan secara CEPAT dan TEPAT.

Ingin saya maklumkan di sini ,
saya tidak menjalankan apa apa perniagaan Perundingan Penyelesaian Hutang.

Saya hanya membantu apa yang saya rasa boleh bantu.

Oleh itu, cuba hormati masa saya.

Terdapat beberapa orang yang menelefon saya atau menghantar SMS di waktu semua orang tengah tidur.

“Patutlah anda berada dalam MASALAH sekarang ni.
Anda kurang belajar (atau kurang diajar) ? ”
bisik dalam hati kecil saya

Ini adalah antara banyak email yang saya terima, saya utarakan di sini untuk kita bincang apa kemungkinan solusi yang terbaik untuk mereka.

Email ini berbunyi :

“Saya nak tanya soalan2 ni kat tuan. Harap tuan boleh bagi sedikit panduan..

1) Jika saya mempunyai hutang kad kredit 40K dan memiliki rumah yg boleh refinance (tapi baru bayar dalam 3 tahun) di __________.

Patut ke saya refinance rumah saya untuk dapatkan cash utk byr hutang saya?

2) Saya juga memiliki rumah di ___________ yg harganya mungkin tak berapa naik tp setelah saya bayar selama 5 tahun lebih saya dapati yg loan rumah saya berkurangan amat sedikit.

Loan asal 142K, lepas bayar 5 tahun loan dlam 138K wpun saya tak pernah miss bayar. Saya risau nanti lepas 20 tahun jumlah loan masih tak berkurangan.

Adakah saya patut refinance ke loan islamik untuk pastikan rumah ni akan habis bayar?

3) Saya juga merancang untuk berpindah dari __________ memandangkan saya dan suami bekerja di KL. Di samping tu kami juga mencari kawasan yg lebih sesuai utk menyekolahkan anak kami.

Memandangkan kami telah mempunyai rumah sebelum ini, untuk membeli rumah ketiga memerlukan 30% down payment. Tapi duit kami masih belum mencukupi.

Adakah kami patut beli rumah lain di kawasan KL atau menyewa?
Atau menjual salah satu rumah?
Kami juga berminat untuk tinggal di kawasan _________.

Harap tuan dapat beri serba sedikit panduan.

Terima kasih”

Apa pandangan Tuan/Puan yang BIJAKsana ?

>