Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: pelaburan hartanah malaysia

5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah – (No 1)

Ni yang saya nak kongsikan “5 Langkah Untuk Melabur Dalam Hartanah di Malaysia”.

(SAMBUNGAN…..)

Masih ingat lagi ke kesemua 5 ni ?

5 Langkah untuk Melabur Hartanah

  1. Pilih Strategi Pelaburan Yang Sesuai
  2. Pilih Strategi Pembiayaan dan Bank Yang Sesuai
  3. Pilih Jenis Hartanah dan Lokasi Yang Dikenalpasti
  4. Pilih Corong Jualan Yang Sesuai dengan Hartanah
  5. Pilih Penyewa Yang Setuju dengan Terma Anda

 

kita go 1 by 1…ok ?

 

langkah pertama hartanah

PILIH STRATEGI PELABURAN YANG SESUAI

  • kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa pelaburan hartanah adalah sesuai untuk kita. Maksud saya di sini ialah penekanan yang saya selalu bagi kepada mereka yang menghadiri Seminar Hartanah saya iaitu Pelaburan Hartanah bukanlah untuk semua orang. Kita kena cari yang mana sesuai dengan jiwa kita. Janganlah asyik terikut-ikut je dengan orang lain. Dia nak beli EMAS, kita pun beli EMAS. Dia nak beli rumah, kita pun nak beli rumah. Bila daaa nak habis ?
  • Timbang tara terlebih dahulu kebaikan dan keburukan pelaburan hartanah. Senaraikan seberapa banyak yang boleh. Cuba cari merata-rata. Sure banyak orang dah share kat blog hartanah diaorang, Bukumuka diaorang, komen komen yang ditinggalkan, forum-forum yang sering menjadi medan perbincangan suatu masa dahulu dan tanya orang keliling kita.
  • Ukur Baju di Badan Sendiri. Inilah salah satu nasihat saya dalam Ebook Pelaburan Hartanah Percuma saya. Kita tengok balik apa kemampuan kita, setakat mana kita boleh pergi sekarang dan jika tiada, kita akan cuba cari apa jalan yang membolehkan baju itu dipakai. Faham ke ?
  • Buat kira-kira kesemua perbelanjaan yang mungkin dan akan berlaku dalam pelaburan hartanah. Seperti yuran Peguam dalam pembelian rumah, fi ejen hartanah, cukai tanah, fi pengurusan bangunan, duit bayar iklan dan sebagainya.
  • Anda juga harus ambilkira Holding Power Cost (HPC). Dah cuba kira ?

 

Ini adalah Langkah Pertama untuk Melabur dalam Hartanah di Malaysia. Saya akan cuba untuk berkongsi dengan anda langkah seterusnya dalam 5 Langkah untuk Melabur Dalam Hartanah.

Saya pun dah lama tak berkongsi dengan pembaca Blog Tuanbri.Com, di mana saya banyak membuat perkongsian secara LIVE atau Face to Face. Lagi senang. Lagi boleh ada interaktif. Boleh terus tanya soalan kalau tak faham. Namun anda juga boleh bertanya di sini, tinggalkan komen anda di bawah.

 

Jumpa di Artikel seterusnya!

 

Majulah Pelaburan Hartanah Untuk Ummah.

 

Rumah Tanpa Modal – Duit buat Duit

Beli Rumah Tanpa Modal atau duit buat duit yang tiada….macam dalam cerita dongeng je. Ramai yang tanya soalan kepada saya, boleh ke beli rumah tanpa modal? Apakah orang yang menulis ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal menipu dan scam dan sebagainya? Saya jawab seperti biasa dengan jawapan saya “Ya dan Tidak”.

Bagi orang yang tidak memahami perniagaan atau pelaburan, mereka sering menganggap modal adalah cabaran yang paling tinggi. Bagi orang yang berniaga atau melabur, modal bukanlah penghalang utama. dah konfius? Itu baru sikit je tu. Belum lagi masuk soalan-soalan yang mencabar. Saya ulang kenyataan di atas. Beli Rumah Tanpa Modal bukanlah satu benda yang mustahil. Cuma ianya agak sukar dilakukan oleh orang yang tiada ilmu terutamanya kepada mereka yang ingin membuat pelaburan hartanah tanpa modal.

Jangan terkeliru dengan kenyataan-kenyataan di luar sana…

Kita kaji dan semak semula. Orang selalu kata “Dengan Duit kita Buat DUit” tapi adakah semua orang bermula dengan berDUIT ? Pasti jawapannya ialah TIDAK. Kita kena buat duit dulu, baru lah kita boleh buat duit dengan duit. Sama juga dengan pelaburan hartanah. Kalau nak buat tanpa modal, boleh je. Saya tak kata saya galakkan dan saya juga tak kata saya menghalang anda untuk membuat pelaburan hartanah tanpa modal…atau ada orang gelar PHTM ?? pening…

Cuma apa yang pasti ialah saya MAHU anda, pembaca Blog Tuanbri.com membuat satu kertas kerja mengenai Pelaburan Hartanah anda.  Kenapa anda perlu buat pelaburan hartanah tanpa modal? Adakah pelaburan hartanah tanpa modal ini menjadi tunggak pelaburan anda? Ada tak pelaburan lain yang tidak memerlukan modal? Betul ke wujud pelaburan hartanah tanpa keluarkan duit satu sen pun?

 

Banyak juga soalan yang saya tanyakan?

Sebab falsafah saya senang je, orang yang banyak tanya adalah _________!

Pemenang Pelaburan Hartanah

Pemenang Pelaburan Hartanah

Selamat berekplorasi dengan pelaburan hartanah tanpa modal!

 

—IKLAN AKADEMI HARTAWAN HARTANAH—

Akademi Hartawan Hartanah ditubuhkan oleh Tuanbri.com pada 12.12.12 dalam usaha memertabatkan ekonomi Ummah melalui pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah seperti yang diketahui mampu menjana pendapatan aktif dan pasif.  Akademi Hartawan Hartanah akan menjelajah Malaysia dengan program “Kembara Malaya 2013? yang akan bermula pada bulan Ogos 2013. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk belajar pelaburan hartanah.

Facebook Group : https://www.facebook.com/groups/akade…
Facebook Fanpage : https://www.facebook.com/akademiharta…
Facebook Tuanbri.com : https://www.facebook.com/tuanbriCom
Laman Sesawang : https://www.HartawanHartanah.com
Laman Youtube: http://www.youtube.com/user/Seminarhartanah
SMS info kepada 010.250.9115 utk dapatkan info Akademi Hartawan Hartanah.

 

 

Testimoni Peserta Seminar Pelaburan Hartanah

Tergerak saya untuk kongsi dengan pembaca Blog tuanbri yang tak seberapa ni.

Blog ni yang tak seberapa, bukan pembacanya…

Ini petikan dari tulisan peserta Seminar Pelaburan Hartanah anjuran Tuanbri.com bersama sama dengan
Kelab Hartawan Hartanah.

“Dulu saya ingat baca buku Azizi Ali jer dah cukup untuk pelaburan hartanah ni. Tapi lepas menghadiri seminar ini barulah saya tahu banyak benda lagi yg saya tidak tahu & kena belajar lagi.

Terima kasih Tuanbri! atas ilmu yang dicurahkan.

Seminar Pelaburan Hartanah

Pelaburan Hartanah


walaupun saya sudah mempunyai 4 property sebelum nie, rupa2xnya banyak juga perkara2x/selok belok pasal hartanah yg saya tidak tahu.

Kalau dulu saya concentrate to new launch property sahaja, tapi kini subsale dan lelong pun saya belasah jer!”

Testimoni peserta Seminar Pelaburan Hartanah anjuran Tuanbri.com dengan kerjasama Akademi Hartawan Hartanah dalam tahun 2012.

Tuanbri :-

Saya bercadang untuk mewujudkan Akademi Hartawan Hartanah (AHH) bagi meramaikan lagi Hartawan Hartanah
di Malaysia.

Ini kerana masih ramai lagi di luar sana yang tidak menyedari akan kekuatan Pelaburan Hartanah ini.

Bagaimana dnegan anda ?

>