Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: perbankan islam

Perbankan Islam Halal

Dalam dunia moden sekarang ni, ramai Ulama yang mempunyai pendapat yang berbeza. Bayangkanlah mereka yang belajar agama (fikh, usuludin dll) pun boleh berselisih faham. apatah lagi orang orang biasa macam kita. Yang sentiasa bergelumang dengan dosa secara sengaja atau tidak.

Bagi pelabur pelabur hartanah yang beragama Islam, mereka sudah tentu aware akan sistem perbankan di Malaysia. Tetapi bagaimana mereka yang jarang jarang membuat pinjaman ataupun tidak pernah buat pinjaman bank seumur hidup mereka ?

Ini merupakan perbincangan , sambungan daripada :

http://tuanbri.com/blog/2011/02/perbankan-islam-adalah-haram/

Kenapa kita MESTI memilih perbankan Islam ?
– menurut Ustaz Zaharuddin

1. Siapa lagi yang akan menyokong Perbankan Islam jika bukan orang Islam ?

Isu lain terpaksa diketepikan dahulu sebab Perbankan Islam masih lagi baru, masih dalam proses pembaikan, masih dalam proses Kemajuan, belum lagi matang. Apabila belum matang, terdapat pelbagai kelemahan dan sebagainya. Dalam proses pembaikpulih atau menjadikan Perbankan Islam ini yang terbaik, support sokongan daripada orang Islam diperlukan. Jika tiada, maka Perbankan Islam akan terkubur begitu sahaja tanpa dapat melalui Proses Kemajuan / pembaikpulih. Ini seterusnya menyebabkan TIADA alternatif untuk orang Islam selain daripada Sistem Perbankan Konvensional yang terus terang adalah HARAM (Riba).

2. Mazhab Syafie (Ulama terkini) menyatakan Islam tidak melihat kepada niat tetapi kepada cara perlaksanaan. Halal atau tidak. Bila timbulnya isu islamic banking not fair tidak adil, Ulama mazhab Syafie berpendapat itu adalah di antara Pihak Bank dan Pihak Pelanggan. Jika cara perlaksanaannya adalah Halal, maka perbankan Islam tadi itu adalah Halal.

tetapi 3 Mazhab yang lain memandang akan Niat (buat pengetahuan semua) dan menyatakan bahawa Perbankan Islam kini adalah tidak adil. Jesteru itu adalah Haram. (Mazhab Lain!)

3. Adakah keuntungan itu riba ? :
Contoh yg diberi UZAR ialah :

Saya beli buku RM10 daripada Penerbit Buku Satu Solution Corporate Services.
Saya jual kepada pembaca blog tuanbri.com RM50.

– adakah RM40 itu riba ?
– adakah pembaca blog tuanbri.com redha dengan harga buku RM%0 itu tadi ketika membeli buku itu ?

4. Jualan tertangguh
– Pembeli bayar RM500 sebulan selama 30 tahun.
– Bank menjual balik dengan harga yang BEGITU tinggi.

A). Kerana pihak bank menganggarkan kenaikan harga hartanah tersebut pada masa akan datang.
– Saya beli buku RM10 daripada Penerbit Buku Satu Solution Corporate Services.
– Saya jual kepada pembaca blog tuanbri.com RM10 dengan Jualan Tertangguh (bayar 10 tahun)
– Selepas 5 tahun, buku tersebut naik harga kepada RM50.
-Pembaca blog jual buku tersebut RM50 dan bayar baki RM5 kepada Saya.

Saya untung ? RM 0
Pembaca Blog untung ? RM40 (RM50 – RM5 baki – RM5 jumlah byrn setiap tahun)

ADIL ?

B) “opportunity lost” ke atas duit pembiayaan.

– Saya beli buku RM10 daripada Penerbit Buku Satu Solution Corporate Services.
– Saya jual kepada pembaca blog tuanbri.com RM10 dengan Jualan Tertangguh (bayar 10 tahun)

Selepas 10 tahun baru Saya dapat balik jumlah duit Jualan.
Duit itu sekiranya saya melabur di termpat lain, saya berkemungkinan akan mendapat pulangan lebih daripada RM10. SELEPAS 10 tahun.

Contoh :

RM 10 dalam ASB
selepas 10 tahun : RM10 x 7.5% = RMRM75 (tidak menggunakan Compounding effect !)

Apa Pendapat korang ?

Menurut UZAR, terdapat 2 badan Ulama di Dunia ini yang mengeluarkan pendapat mengenai Perbankan Islam.
1 Beribupejabat di Jeddah
1 adalah di bawah OIC (Organization of Islamic Countries)
-Siapa ingat nama, sila kongsi.

p/s: siapa nak beli rumah lelong, bolehlah mendaftar di : Borang Daftar

Perbankan Islam adalah Haram

Assalamualaikum.

Hari jumaat lepas, baru dengar Al-Kulliyah kat TV3, menyentuh mengenai perbankan Islam / Islamic Banking.
Ustaz jemputan adalah Zaharuddin Abd Rahman – http://www.zaharuddin.net

Islam atau tidak Perbankan Islam ?

Pendapat orang ramai masa kini mengenai Perbankan Islam :

1. Sama aje Bank Islam atau Bank Konvensional.
– Logo pun sama je. Cuma yang tukar ialah Warna Merah kepada Warna Hijau (proses pengislaman)
– interest / faedah ditukar kepada ‘Keuntungan’.
– Ada ceiling rate. Itu sahaja bezanya. (ini saya dengar sendiri daripada staff Maybank KLCC yang bertudung)

2. Saya lagi suka Konvensional daripada Bank Islam.
– produk Konvensional lebih jelas dan senang.
– produk Konvensional lebih senang dimanupulasi.

3. Saya terpaksa ambil produk perbankan Islam
– tiada pilihan untuk saya
– walaupun berat sebelah, saya orang Islam.

4. Saya tidak pinjam duit daripada Bank.
– -Perbankan Islam adalah Back Door Riba ! Riba juga. Nama je lain. Menghalalkan yang haram.

Apa Pilihan Anda ?
dan kenapa ?

Pernah baca Kes ini di Suratkhabar ?

Mahkamah Tinggi kurangkan hutang pembeli rumah RM376,000

KUALA LUMPUR 29 Dis – Dalam satu penghakiman bersejarah hari ini, Mahkamah Tinggi di sini mengurangkan sebanyak RM376,000 jumlah yang perlu dibayar seorang pembeli rumah kepada sebuah bank setelah beliau gagal membuat pembayaran terhadap satu pinjaman yang dibuatnya di bawah kemudahan kewangan Islam.

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dari Bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi memerintahkan rumah itu dilelong mengikut Kanun Tanah Negara untuk mendapatkan balik sebanyak RM582,000 dan bukannya hampir RM959,000 seperti yang diminta oleh bank berkenaan.

Affin Bank Berhad telah menyaman Zulkifli Abdullah, seorang bekas kakitangan bank itu kerana gagal membuat pembayaran pinjaman di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil yang diberikan bank berkenaan pada Disember 1997 untuk sebuah rumah tepi, dua tingkat berangkai.

Al-Bai Bithaman Ajil merupakan prinsipal Syariah yang melibatkan pembelian hartanah dan penjualan serta pembayaran harga jualan yang termasuk margin keuntungan terhadap tempoh bayaran tertunda.

Zulkifli, yang meninggalkan bank itu pada bulan yang sama beliau membuat pinjaman rumah itu, diberikan kemudahan pinjaman sebanyak RM346,000 yang disebut Harga Pembelian Bank, tetapi pada hari yang sama, bank itu menjual hartanah berkenaan kepada beliau dan beliau perlu membayar balik pinjaman selama tempoh 18 tahun dengan 216 bayaran ansuran bulanan.

Bagaimanapun beliau tertunda dalam pembayarannya sebanyak dua kali selepas melunaskan beberapa pembayaran berjumlah RM33,454 hingga Jun 2001.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Wahab berkata isu yang dihadapkan ke mahkamah ialah jumlah seorang pelanggan itu perlu bayar kepada penyedia kemudahan itu jika berlaku bayaran tertunda selepas membuat bayaran ansuran.

“Dalam erti kata mudah, kesusahan defendan ialah selama dua tahun lapan bulan selepas ia diberikan, kemudahan itu menjadi tuntutan hutang sebanyak RM958,909.21.

“Walaupun nilai pasaran keselamatan di bawah tuduhan itu dikatakan RM400,000 dan harga itu didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang sebanyak RM558,909.21.

“Berbeza dengan pinjaman konvensional, peminjam yang gagal membuat bayaran hanya diperlukan membayar balik jumlah pinjaman dicampur dengan faedah berakru dan bayaran lain termasuk denda bayaran lewat. Berdasarkan tanggapan yang serupa pelupusan hartanah pada nilai pasaran, biasanya tidak banyak yang boleh ditambah oleh peminjam bagi melepaskan dirinya daripada liabiliti lain.” katanya.

Beliau berkata sebab perbezaan itu ialah apabila berlaku peminjam tidak membayar balik sebelum tamat tempoh pemegangan, jumlah yang peminjam dalam pinjaman konvensional perlu bayar atas jumlah yang dipinjam _ faedah dan faedah bayaran lewat _ adalah terhad kepada tempoh daripada pengeluaran pinjaman hingga penyelesaian penuh dan bukannya bagi pemegangan penuh pinjaman asal.

Hakim Abdul Wahab memberikan contoh dua kes terdahulu di Mahkamah Tinggi, satu melibatkan kemudahan pembiayaan Islam sebanyak RM265,000 dan satu lagi RM150,000, di mana defendan diperintahkan membayar bank harga jualan masing-masing RM583,000 dan RM217,500 apabila peminjam gagal membayar balik.

Oleh itu, kemudahan sebanyak RM265,000 menjadi hutang sebanyak RM583,000 dan jika pun satu lelongan harga penuh RM265,000 didapatkan, defendan masih berhutang sebanyak RM318,000.

Dalam kes kedua, defendan diperintahkan membayar balik bank harga jualan sebanyak RM217,000 dan walaupun nilai pasaran rumah itu sebanyak RM150,000 dan harga yang didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang RM67,000.

“Apabila kepuasan untuk memenuhi hasrat suci mengelak daripada pembiayaan itu mengandungi elemen Riba (faedah) menyebabkan kedukaan kepada yang mungkir sebelum berakhirnya tempoh pemegangan kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil. Pendedahan bahawa walaupun selepas sekuriti telah dilelong pada harga penuh pasaran masih terdapat jumlah besar yang terhutang dengan bank, adalah sesuatu yang mengejutkan,” kata hakim.

Beliau berkata ini lebih mengejutkan apabila disedari bahawa kedudukan seorang peminjam di bawah pinjaman yang mengandungi riba adalah jauh lebih baik.

Hakim Abdul Wahab berkata kesan mungkir di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil terbukti lebih membebankan peminjam.

Beliau memerintahkan lelongan rumah yang bayaran pinjamannya gagal dilunaskan Zulkifli diadakan pada 29 Mac tahun depan dan harga tempahan ditetapkan pada anggaran nilai pasaran.

Bank itu juga layak untuk memperoleh kembali sebanyak RM98.54 keuntungan sehari hingga penyelesaian penuh pinjaman itu. – Bernama

p/s: Bank Islam kalah.

Lagi Artikel mengenai Perbankan Islam Najahudin.Com – Sistem Kewangan Islam

>