Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: sehelai baju

Program Amal Sehelai Baju buat Mengesat Air Mata

Projek Amal Sehelai Baju Buat Mengesat Air Mata kembali lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Salam semua pembaca blog Tuanbri.com. Apa khabar semua? Ingin saya kongsikan sesuatu dengan anda.

anak melipat baju

 

 

“Projek Amal Sehelai Baju Buat Mengesat Air Mata”

 

INTRO – Bersempena dengan program www.SehelaiBaju.com yang mengumpulkan sehelai baju raya baru untuk anak-anak yatim di Malaysia,

Tuanbri dan Kelab Hartawan Hartanah akan menyumbangkan sedikit sebanyak Baju Melayu dan Baju Kurung untuk anak-anak yatim yang terlibat.

Bagi mereka yang ingin turut serta, bolehlah melayari laman web www.SehelaiBaju.com untuk mengetahui cara cara untuk menyertai Program yang Super Mudah ini

Atau

menyalurkan SUMBANGAN ANDA kepada Tuanbri (Pemilik Satu Solution Corp Srvc) dan Kelab Hartawan Hartanah dalam bentuk Wang Ringgit agar kami dapat menyalurkan kepada anak anak yatim ini.

SehelaiBaju

CARA-CARA – Untuk memudahkan perkiraan, sumbangan anda dikira sebagai harga 1 set baju = RM40. Kami akan membeli sehelai baju tersebut dan memberikan sehelai baju tersebut kepada mereka.

AMARAN – Kalau tak yakin dengan saya atau kami, JANGAN terlibat dengan program ini. Sila layari www.SehelaiBaju.com dan berhubung dengan penganjur tersebut.

Bagi yang mengenali saya, boleh sms kepada 016.310-6500 :-

 

FORMAT SMS – nama (jarak) email (jarak) Sedekah

 

dan saya akan sms kan no akaun Satu Solution untuk memudahkan pihak Tuan/Puan memindahkan derma anda.

Insya Allah mereka akan bergembira dengan Baju Baru mereka.

 

Sehelai Baju

 

 

Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan.

Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.

Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi.

Begitu juga harta – belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

(Di pinjam dari www.amalansedekah.blogspot.com)

 

Jom Sedekah Baju Raya kepada Anak-Anak Yatim

Salam Ramadhan.

Bersempena dengan program www.SehelaiBaju.com yang mengumpulkan baju raya baru untuk anak-anak yatim di Malaysia,

Tuanbri dan Kelab Hartawan Hartanah akan menyumbangkan sedikit sebanyak Baju Melayu dan Baju Kurung untuk
anak-anak yatim yang terlibat.

bagi mereka yang ingin turut serta, bolehlah melayari laman web www.SehelaiBaju.com untuk mengetahui cara cara untuk menyertai

Atau

memeberikan sumbangan kepada tuanbri (Pemilik Satu Solution Corp) dan Kelab Hartawan Hartanah dalam bentuk wang ringgit agar kami dapat
menyalurkan kepada anak anak yatim ini.

Untuk memudahkan perkiraan, sumbangan anda dikira sebagai harga 1 set baju = RM40.

Kami akan membeli baju tersebut dan memberikan baju tersebut.

Kalau tak yakin dengan kami, JANGAN terlibat dengan program ini.

Bagi yang mengenali saya,
boleh sms kepada 016.310-6500 :-

nama (jarak) email (jarak) Sedekah

Insya Allah mereka akan bergembira dengan Baju Baru mereka.

Sedekah Anak Yatim Sehelai Baju Buat Mengesat si Air Mata

Sehelai Baju buat mengesat Si Air Mata

Salam Menyambut Ramadhan.

Untuk makluman tuantuan dan puanpuan, bila bulan Ramadhan menjelma maka ramailah yang berpusu pusu untuk membuat kerja kerja kebajikan.
Termasuklah saya. hehehe…sebab apa ? bukannya bulan lain tak buat kebajikan, cuma dalam bulan Ramadhan ni kita lebihkan amalan.

Pernah tak anda dengar pasal program Sehelai Baju buat menyapu si air mata ?

Matlamat : Mengumpul baju raya untuk anak anak yatim di luar daerah yang tidak mendapat liputan.

Sumbangan : Anda cuma perlu beli sehelai baju Melayu/Kurung beserta butang (sahaja) dan poskan kepada urusetia.

Wang Ringgit tidak diterima, Dinar dan Dirham juga tidak diterima.

Bagaimana untuk anda mendapatkan maklumat lanjut ?

Sila layari :

www.SehelaiBaju.com

Mari kita ramai ramai memeriahkan sambutan Aidilfitri rumah anak anak yatim yang miskin, walaupun anak anak yatim bukan asnaf penerima zakat.

p.s.: Aku lagi suka guna perkataan mengesat, lagi sedih….apa pendapat korang ?
p.s.s. : Kalau nak tumpang pahala juga, klik “Share on Facebook” atau “Recommend” (yang kat BAWAH ni!!) kat facebook korang.
Ok tak ?

>