Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: shah alam

Temui Tuanbri di MSU untuk Property Talk KHAS buat students

Hi There! Its about time saya kembali menulis di blog ini. Kebetulan petang ini saya akan ke MSU (Managament and Science University –> The Global University of Choice) di Shah Alam. Pihak universiti telah menjemput saya untuk berkongsi dengan para pelajar dan pensyarah mengenai hartanah la…apa lagi…

Nak tahu tajuk apa yang mereka bagi untuk slot saya tu ?

.

.

“How to be a Real Estate Millionaire” –> satu tajuk yang saya kira agak POWER dan HYPE, yang bakal membuatkan ramai pelajar tertarik untuk menghadiri slot saya ini. Pihak universiti menjangkakan kehadiran seramai 200 pelajar yang bakal memenuhi auditorium Fakulti Perakaunan MSU Shah Alam.

Slot saya di MSU ini adalah salah satu acara sempena Minggu Akaun dan Kewangan Fakulti Perakaunan di MSU…

Kenapa mereka NAK saya kongsikan RAHSIA ini kepada pelajar mereka ?
Kenapa mereka JEMPUT saya untuk slot hartanah ini ?

 

MSU Shah Alam Akaun
– sebenarnya saya pernah dijemput oleh MSU sebelum ini, kalau tak salah saya, tahun 2013.
– kali ini mereka dah bagitau awal-awal lagi, nak book masa saya utk slot ini…sehinggakan saya pun hampir hampir terlupa pasal program ni

– kalau tak silap saya, bulan Ogos lagi pihak MSU telah menghubungi saya
– dan mereka nak appoint / lantik saya sebagai salah seorang Adjunct Professor untuk Fakulti Perakaunan…(alamak…saya sampai sekarang ni rasa goyang….) Agak agak korang, sya dah terima ke belum tawaran tersebut ? (tinggalkan komen anda di bawah tau!)

MSU Shah Alam

so guys, that’s it. Cukuplah posting setakat ini. Saya nak siapkan slide tambahan untuk slot hari ini di MSU Shah Alam. Semoga apa yang saya akan kongsikan kepada mereka boleh mengubah hidup mereka. Kalau tak banyak, sikit pun ok. Kalau tak ramai, 1 orang pun ok. Alhamdulillah. Tugas saya hanyalah menyampaikan apa yang saya tahu kepada mereka di luar sana.

Orait… nanti saya akan update kat blog Tuanbri.com ini pasal event ni , ok ?

Jumpa lagi!

 

Alam Impian, Shah Alam Untuk Dijual, Rumah 2 1/2 tingkat

Shah Alam Seksyen 35 merupakan satu tempat yang sesuai untuk keluarga menetap disebabkan tempat yang cantik, kemudahan awam yang terbaik di Shah Alam dan mudah untuk anda sekeluarga beriadah.

Unit yang hendak dijual ialah di Jalan Tun Teja 35/25, Alam Impian 42450 Shah Alam.

Build up area ialah 3,378 square feet manakala land area pula ialah 3,773 square feet.

Rumah ini ialah unit 2 setengah tingkat.

 

Siapa berminat, sila tinggalkan komen di bawah dan saya akan menghubungi anda secepat mungkin.

p/s: Gambar akan disiarkan selepas mendapat persetujuan daripada Pemilik Asal.

Alam Impian Peta

Sila hubungi saya Tuanbri sekiranya anda mahu menjual rumah anda di Shah Alam, Selangor.

Saya sedia berkhidmat untuk anda!

Alam Impian

Rumah Untuk dijual shah alam selangor

 

 

>