Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: skim rumah pertamaku

Skim Rumah Pertamaku – Part 3

Dahulu tuanbri.com ada membuat posting mengenai skim Rumah Pertama Ku yang masih ramai tidak tahu cara implementasinya. Ramai yang masih kabur kabur.

Skim Rumah Pertamaku – Part 1

Skim Rumah Pertamaku – Part 2

Masih jugak Kabur…..apakah pengumuman kali akan menerangkan segala galanya ?

Skim Rumah PertamaKu

Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan oleh Perdana Mentari kita ketika pembentangan bajet 2011, kini telah dilancarkan secara Rasmi Bulan Mac 2011. (5 bulan)

Apa kata suratkhabar :

KUALA LUMPUR 8 Mac – Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.

Najib berkata, skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

CAGAMAS ? Masih ingat lagi email aku kepada mereka ? Mereka kata merekaakan umumkan di laman sesawang mereka. Cuba check.

Anda boleh layari laman sesawang Skim Rumah Pertamaku (www.srp.com.my) untuk mendapatkan maklumat lanjut, seperti yang diumumkan oleh Perdana Mentari Malaysia. Malam ni aku cuba untuk melayari www. SRP.com.my tetapi..apa yang aku dapat ialah :

Service Unavailable

“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut,” kata Perdana Menteri.

Bank yang terlibat ialah

Affin Bank Bhd,

Affin Islamic Bank Bhd,

Alliance Bank Malaysia Bhd,

Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd,

AmBank Bhd,

AmIslamic Bank Bhd,

Bank Islam Malaysia Bhd,

Bank Muamalat Malaysia Bhd,

CIMB Bank Bhd,

CIMB Islamic Bank Bhd,

EON Bank Bhd,

EONCAP Islamic Bank Bhd,

Hong Leong Bank Bhd,

Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd,

Maybank Islamic Bank Bhd,

OCBC Bank Malaysia Bhd,

OCBC Al Amin Bhd,

Public Bank Bhd,

Public Islamic Bank Bhd,

RHB Bank Bhd,

RHB Islamic Bank Bhd,

United Overseas Bank Malaysia Bhd,

Standard Chartered Bank Malaysia Bhd,

Standard Chartered Saadiq Bhd dan

Cagamas Bhd (CSC Department). – Bernama

pinjaman perumahan 100%

Dipetik daripada www.srp.com.my :

Soalan Lazim

A. Skim Rumah Pertamaku

1.Apakah Skim Rumah Pertamaku (Skim)?

Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri. Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah.

Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank yang terlibat atas pembiayaan yang lebih dari 90%.  Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.

2.Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna yang peminjam/pelanggan dibawah skim ini hanya menanggung pembiayaan sebanyak 90% sahaja?

Tidak. Peminjam/pelanggan terpaksa menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank yang terlibat (sehingga 100%). Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.

3.Adakah saya perlu membayar kadar faedah/keuntungan yang lebih tinggi atau sebarang bayaran untuk menikmati pembiayaan sehingga 100% dibawah skim ini?

Tidak. Kadar faedah/keuntungan biasa bank-bank yang terlibat digunapakai dan para peminjam/pelanggan tidak perlu membayar untuk mendapatkan jaminan daripada Cagamas SRP Berhad.

B. Pembiayaan

1.Siapakah yang layak untuk Skim ini?

Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada hari lahir berikutnya) dengan pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM3,000 bagi setiap pemohon.

2.Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk Skim ini?

Tidak. Skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja. Pemohon mesti telah disahkan dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan.

3.Saya berkerja sendiri dan pasangan saya yang bekerja di sebuah syarikat perdagangan dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Adakah kami layak untuk menjadi pemohon bersama dibawah Skim ini?

Tidak. Semua pemohon (termasuk pemohon bersama) mestilah bekerja di dalam sektor swasta dan memenuhi semua kriteria kelayakan yang lain.

4.Saya dan pasangan saya masing-masing mendapat RM1,500 sebulan dan ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% untuk membeli rumah pertama kami yang berharga RM220,000. Adakah kami layak dibawah Skim ini?

Ya. Anda layak untuk mendapat pembiayaan 100% dibawah Skim ini sekiranya jumlah pembayaran balik bulanan pembiayaan berkenaan tidak lebih dari 1/3 gabungan pendapatan kasar bulanan peminjam/pelanggan dan dalam kes ini, ianya adalah RM1,000 sebulan.  Walaubagaimanapun, pembiayaan adalah bergantung kepada kemampuan.

Contoh kiraan :

* Gabungan pendapatan kasar: RM1,500 + RM1,500 = RM3,000

*1/3 daripada RM3,000 = RM1,000

Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan adalah 30 tahun, jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM200,000. Untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000, gabungan pendapatan bulanan anda hendaklah lebih kurang RM3,300.

5.Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan dibawah Skim ini?

Tidak. Pemohon-pemohon bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

C. Harta

1.Adakah Skim ini merangkumi harta-harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan?

Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan.  Jaminan tersebut akan berkuatkuasa apabila pembayaran penuh pembiayaan tersebut dibuat.

2.Saya dan pasangan saya ingin membeli sebuah harta yang berharga RM220,000. Adakah kami layak untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000 jika kami memenuhi kriteria pendapatan yang ditetapkan?

Secara amnya, bank-bank yang terlibat akan memberi pembiayaan berdasarkan harga belian atau penilaian (nilai pasaran terbuka) daripada panel jurunilai mereka, yang mana lebih rendah.Penilaian harta tersebut adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank yang berkenaan.

3.Pembiayaan sedia ada saya diambil semasa saya membeli rumah pertama. Adakah saya layak untuk  mendapat pembiayaan semula bagi pembiayaan tersebut dibawah Skim ini?

Tidak. Skim ini tidak merangkumi pembiayaan semula bagi pembiayaan sedia ada.

4.Adakah sebarang had ditetapkan bagi jenis harta kediaman atau lokasi dibawah Skim ini?

Jenis harta kediaman dan lokasi adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank-bank yang terlibat.

D. Soalan Lain

1.Bagaimanakah cara untuk saya memohon pembiayaan dibawah Skim ini?

Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

2.Bolehkah saya memohon untuk pembiayaan Islam dibawah Skim ini?

Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua pembiayaan konvensional dan Islam.

3.Apakah tempoh maksimum pembiayaan?

Tempoh maksimum pembiayaan ialah 30 tahun, tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

4.Perlukah saya membeli insurans/takaful kebakaran dan Insurans Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTA)/Takaful Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTT)?

Peminjam/pelanggan mesti membeli insurans/takaful kebakaran. Walaubagaimanapun, keperluan bagi MRTA/MRTT bergantung kepada keperluan bank-bank yang terlibat.

Ciri-ciri dan Faedah Utama

Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

* Pembiayaan sehingga 100%

* Harta kediaman sahaja

Kriteria Kelayakan

Peminjam/Pelanggan Yang Layak

* Warganegara Malaysia

* Pembeli rumah pertama

* Individu berumur sehingga 35 tahun

* Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan

* Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan

*Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Harta Yang Layak

* Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia

* Nilai minimum hartanah RM100,000

* Nilai maksimum hartanah RM220,000

* Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan

* Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun

*Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)

* Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap

* Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)

* Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Permohonan

Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

>