Anda masih ingin membeli rumah lelong walaupun harga rumah semakin meningkat?
kebelakangan ini semakin ramai yang berminat untuk melihat potensi membeli rumah lelong. Untuk beli rumah lelong, semakin banyak cara yang mudah diperolehi.
Dulu-dulu, saya sering ke http://prop-auction.1k.com.my/ sebab FREE..kedekut sikit.
Nak kaya CEPAT beli rumah LELONG tapi tak nak lansung keluar duit.
Lama kelamaan mulalah melihat laman laman web Pelelong Hartanah pula seperti :
1) http://www.ngchanmau.com/
2) http://www.ehsanauctioneers.com/
3) http://www.auctions.com.my/
4) http://www.tancorp.com.my/
5) http://www.leongauctioneer.com/
6) http://www.jtraj.com/
semua yang ini kena pergi tengok satu satu….sebab pelelong cuma akan iklankan hartanah yang mereka lelong sahaja. Itupun ikut bank mana yang lelong. Nak kasi upgrade sikit, mulalah kenal dengan http://www.auctiondata.com.my/ tapi laman web ni berBAYAR.
Aku pun mula belajar keluar duit sikit untuk dapat INFO yang LEBIH. Ini adlaah contoh interface laman web auctiondata.
Sekarang ni dah banyak pula laman web senarai rumah lelong yang seperti Auctiondata tu.
Macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Nanti aku akan listkan laman web semua tu.
Ni pula boss Auctiondata, Mr Gary yang peramah.
Nak beli rumah lelong, nak beli rumah lelong…(macam dalam cerita P.Ramlee daaa)
jom join beli rumah lelong Bank CIMB. RHB pun selalu ada buat Mega Auction. Yang dah jarang sekarang ialah Bank Standard Chartered. Mungkin ramai yang beli rumah lelong dari mereka dulu. So sekarang ni stok dah nak habis. Boleh ke macam tu ?
Kesian pula kepada tuan rumah yang kena lelong tu. Apa akan jadi pada mereka pula?