Riba jenis Al-Fadhl dan An-Nasiah
banner Satu Solution Corporate Services
menyediakan perkhidmatan
membida hartanah.

Ingin membeli rumah lelong ?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
-016.310.6500- atau
bri[at]satusolution.com
Stay tune and dont forget to subscribe my blog.
More...
Aug
10th

Riba jenis Al-Fadhl dan An-Nasiah

Author: tuanbri | Files under Auction Articles


wow…


I just learned a new lesson today….with my ustaz. Sorry for Non muslim reader. This is also for you to think about.

I quote directly from the author :

Pemaju Hartanah (developer) menawarkan pembelian lot hartanah dengan menawarkan PULANGAN TETAP 45% selepas 2 tahun sehingga 12 tahun di web (i have to hid it, to avoid sudden increase in traffic) , adakah ini dibenarkan islam?

Konsep ini memerlukan para rakan kongsi untuk membeli lot dengan nilai yang minima bagi membantu syarikat untuk membangunkan projek di atas lot yang telah dipersetujui.

Konsep Perkongsian ini bermula apabila RakanKongsi membeli sejumlah lot di atas tapak projek tersebut, dengan nilai
Pembelian Serendah RM2,500.00 per lot,
Rakan Kongsi dijanjikan pulangan sebanyak 145% selepas 24 bulan tempoh matang,
Rakan Kongsi tidak perlu risau akan status tanah tersebut yang mereka beli kerana tanah yang akan di bangunkan pilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat.

Beli Harga lot Pulangan Jangkamasa
1 lot RM2,500.00 RM3,625.00 24 bulan
1 lot RM2,500.00 RM7,621.56 72 bulan
1 lot RM2,500.00 RM23,235.29 144 bulan

Jawapan :Setelah meneliti web site yang anda beri, saya dapati ia adalah satu bentuk perlaburan yang RIBA.

Ini kerana, Ia tidak ubah seperti pelaburan cepat kaya internet yang memerlukan pelanggan meletakkan satu jumlah duit untuk mendapatkannya kembali dalam satu tempoh yang telah ditetapkan, beserta dengan keuntungan yang telah ditetapkan dan dijamin. bentuk sebegini adalah Riba jenis Al-Fadhl dan juga jenis An-Nasiah menurut Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, Majlis Penasihat Shariah Lembaga Akauntan Islam Dunia dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa keputusan Majlis Fatwa kebangsaan yang mengharamkan Pelaburan Melalui Internet adalah kerana beberapa ciri tertentu, yang paling utama adalah kerana jaminan dan promosi keuntungan tetap dan jaminan modal dalam sebuahPELABURAN SAMADA MELALUI INTERNET ATAUPUN SECARA BIASA. Sebenarnya ciri ini juga telah diputuskan haram secara sepakat Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada tahun 1992 yang mewartakan :

“??? ?? ???? ?? ???????? ?? ???? ??????? ??? ????? ??????? ?????? ?? ????? , ???? ?????? ?? ????? ???????? ????? ?????? ????? ??????”

“Sebarang pelaburan yang mana pihak pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah Riba” ( Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat)

Malah Ijma dalam hal ini juga telah ada, ia di catat di dalam Keputusan Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia apabila disebutkan

??? ???? ?????? ???????: ??? ?? ?? ???? ??? ????????? ?? ???? ????? ?????? ??? ?? ????? ????????? ??? ????? ??? ???? ???? ??????

Ertinya : “Telah ijma seluruh imam-imam (mujtahid) di mana termasuk dalam syarat sah sesebuah pelaburan “mudarabah” itu adalah mestilah pembahagian keuntungan dibuat secara nisbah untuk si pelabur dan pengusaha tanpa menentukan jumlah tertentu bagi sesiapa antara mereka “

Jika ditentukan samada 2.5 % dari modal akan diberi sebagai untung atau 250 % dari modal sebagai untung atau RM 2500 selain modal akan diberikan selepas beberapa tempoh. Ia adalah RIBA dan yang dimaksudkan dari fatwa di atas, kerana ia sudah ditetapkan,

Berbanding cara yang sah di sisi Islam iaitu meletakkan peratusan 30 % dari keuntungan (jika ada -dan hanya mampu diketahui setelah tamat tempoh dan ditolak semua revenue yang diperolehi dengan kos pengurusan dan modal, maka apa yang berbaki itulah UNTUNG, 30 % darinya akan diberi kepada pelabur- INILAH CARA ISLAM)..

Jumlah untung hanya akan diketahui apabila perusaha itu sampai tempoh matangnya, kiraan untung akan dibuat tatkala itu, dan barulah boleh diketahui berapa jumlah 30 % dari untung itu. Malah jika tiada untung, maka tiadalah guna lagi 30 % itu.

My Point of View : totally agree with this. To understand this, we have to look at different angle, perspective. Not only as investors, as Investment Mgt Entity as well.

Do you know that Conventional Insurance is Haram ?

Why ? Do your own research. I will discuss it in next posting.


In the meantime, keep buying auction proerties through :

tuanbri@016.310.6500

2 responses. Wanna say something?

  1. rohaniah noor
    Aug 11, 2009 at 17:06:27
    #1

    saya langsung takde insurans.
    hehehe  (Quote)

  2. ~tuah.rimbun~
    Aug 12, 2009 at 03:22:36
    #2

    tuan.bri,maybe pasni maybe boleh cerita sekali conv bank vs islamic bank…
    it just my idea

    konv insuran haram sbb ada unsur ragu2 (gharar)

    tapi, sebelum ambik insuran/takaful, faham betul2 what is your need sbb ramai ambik insuran tapi tak faham apa yg dia ambik…  (Quote)

Post a Comment

Subscribe without commenting