banner Satu Solution Corporate Services
menyediakan perkhidmatan membida hartanah.

Ingin membeli rumah lelong ?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
-016.310.6500- atau
bri[at]satusolution.com
Stay tune and dont forget to subscribe my blog.
More...
Jan
20th

Taktik Kotor

Author: tuanbri | Files under Putrajaya

Location : Megan Avenue 2 , Ehsan Auctioneers
Date/Time : 18 January 2010 / 3 pm

Kali ini lelongan yang diadakan di Ehsan Auctioneers mendapat perhatian ramai. Ada beberapa unit yang agak hot.

Tumpuan diberikan kepada Apartment Harmoni di Presinct 9, Putrajaya. Pada mulanya terdapat 2 unit untuk dilelong. Pada hari lelongan, 1 unit telah dibatalkan.
Tinggal satu sahaja unit Putrajaya ini.

Client satusolution pun dah ada 3 orang yang nak masuk unit tersebut. Aku tidak disclose kepada mereka berapa budget client-client aku. Confidential.
Bila dah register, ada lah satu agen ni datang approach aku. Seperti biasa, untuk buat deal. Aku ketika itu tengah berborak dengan En. RIzal, Pemilik unit Tiara BEach Resort yang dikendalikan oleh Satu Solution Resort ((Link). Agen cina tu sanggup nak bayar aku. Pada mulanya aku berkeras tak mahu buat deal, tapi untuk melihat permainan mereka, akhirnya aku accept. Aku tanya dia, ada berapa bidder? Dia kata ada 7 orang. Bila aku dah accept, dia mula mencari pembida-pembida yang lain…

Bila Lelongan bermula, Encik Ali (Ehsan Auctioneers) membuka sesi lelongan dengan unit yang terpanas pada hari itu. Apartment Harmoni dengan Jumlah Pembida = 19 orang. Reserve Price RM75,000 dinaikkan kepada RM80,000. Aku menggunakan taktik kotor aku dengan menjadi pembida yang pertama mengangkat Kipas Bida.

“94k!”
Silent sekejap hal tadi, sekejap je….pastu sambung lawan sampai naik kepada 114,000.
Sebenarnya itulah bajet client aku. Aku dah boleh ramal dengan kehadiran pembida seramai itu, unit ini akan dijual melebihi RM100,000. Buat apa buang masa lagi…

Ramai pembida yang tidak langsung mengangkat Kipas Bida sebab…aku dah angkat 94k. Aku dapat agak bajet mereka pun lebih kurang itu. Tapi pesanan Aku, jangan putus asa…cuba lagi….0118_1513440118_151348

Unit Tiara Beach Resort studio type pula telah ditarikbalik drpd lelongan (called off). Minta maaf Encik Cengkuk !

apapun, Jom Cuti..bersama Satu Solution Resort di Port Dickson!

13 responses. Wanna say something?

  1. matjoe
    Jan 20, 2010 at 08:13:32
    #1

    salam, dulu aku komen guna nama azizul

    tak mcm kotor sangat laa bri. bersih tulus mulus gebu jer aku baca. kepada yang kalah cuba lagi.kalau nk menang resevre price beli je laa kat rawang. muahaha  

    (Quote)

  2. faris
    Jan 20, 2010 at 10:22:48
    #2

    pengotor aa kau ni Bri..  

    (Quote)

  3. cengkok
    Jan 20, 2010 at 13:43:35
    #3

    bagus teknik ni nampak garang…pahtu terkencing dlm seluar..naik 114k.ishh..tbr nego lah kalau ada rezki.
    x aper byk lg menyusul.ape2pun tq Bri kerna wakilkan.
    aku akan support 1solusi  

    (Quote)

  4. eezone
    Jan 20, 2010 at 13:56:43
    #4

    tang mana yang kotornyer? aku pon tak clear…weh korang ni manjang bz…jum la lepak minum2…  

    (Quote)

  5. palie
    Jan 20, 2010 at 15:54:22
    #5

    bri ni main kotor…
    ishhh…bri..org utara kata loklaq la hang ni…hahaa  

    (Quote)

  6. tuanbri
    Jan 20, 2010 at 16:30:10
    #6

    taktik kotor tu..
    aku terus angkat ikut bajet Client…

    so aku rasa drpd 19 org yang masuk auction,
    aku dah tamatkan riwayat 16 pembida dengan taktik aku..

    hahaha  

    (Quote)

  7. arepit
    Jan 21, 2010 at 01:53:15
    #7

    asal muka kecik mcm kecewa jer? teruskan usaha lg…hahaha  

    (Quote)

  8. njemari
    Jan 21, 2010 at 04:16:01
    #8

    hahahahahahahahaha  

    (Quote)

  9. k3cix
    Jan 21, 2010 at 08:50:01
    #9

    arepit….bak kate bri, aku tak mandi bunga lagi….unit aku nak masuk called off buat kesekian kalinye berturut2…hauhauhau  

    (Quote)

  10. noza
    Jan 21, 2010 at 10:11:54
    #10

    salam…

    aku pun selalu gak guna taktik tu bila dah dapat agak situasi mcm bri tuu huhu…
    tapi 114k tuu, market 90k-96k je… bnyk laa kena top up nanti…padan muka sapa suh bid gila2 hehehe…  

    (Quote)

  11. fitri
    Jan 22, 2010 at 07:50:10
    #11

    kecik da tobat da haha..  

    (Quote)

  12. arepit
    Jan 28, 2010 at 10:42:00
    #12

    ko g mandi bunga+buah la. g auction dgn aku p call off gak. hahhaa x pe usaha tangga kejayaan.  

    (Quote)

1 Trackback(s)

  1. Feb 10, 2010: Rumah di Putrajaya - Page 35 - BicaraJutawan.com: Portal Finance, Investment & Business

Post a Comment

Subscribe without commenting