Bankrap – Nak buat apa ?

Aku bentangkan kes ini disebabkan ada kaitan dengan kes-kes rumah lelong di mana pemilik asal ada yang bankrap. Disebabkan hutang yang lain, rumah tergadai.

Jadi sekiranya anda bankrap, ingat balik artikel ini…..

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang – sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.

JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.

Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.

Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.

Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.

Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.

Gangguan

Bak kata Mokhtarudin: “Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain – takut dirampas.

“Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank.”

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan’ menjadi bankrap.

Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable – tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.

Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.

Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, “seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.”

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.

Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya – sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil – dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan

Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.

Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman’nya.

`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,” kata Mokhtarudin.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,” kata beliau.

Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.

PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.

Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.

PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

`JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.

`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,” kata Mokhtarudin.

dipetik daripada artikel :

`Keistimewaan’ Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan)
Sumber : Utusan Malaysia Online

Wowow—berlumba laa orang nak jadi bankrap lepas ni…

Related posts:

Why Invest In Properties ?
RPGT - Kena Bayar ke ?
Pemaju Terbaik 2009

Related Posts via Categories


banner ad


191 Responses to “Bankrap – Nak buat apa ?”

  1. lela says:

    Jawapan yang atas 2 membuatkan jantung saya terhenti seketika..

    tetapi..
    jawapan yang bawah seperti ada sinar juga dalam kehidupan ni..

    terima kasih byk2 di atas info2 yang tuanbri berikan..sekurang2nya dapat juga menguatkan diri untuk ke court minggu depan..

      (Quote)

  2. mumie says:

    terima kasih tuan..mmg sangat berdebarkan jwpn tersebut.saya telah diistiharkan muflis lps keja gomen..sngt risau skrg..isunya jd penjamin utk sykt sdn bhd. msa sya keja situ..tuan boleh bagi email..nak personally advise dr tuan,,,utk makluman sy dah g jumpa pegwai insolvensi..dia minta declare semuanya apa yg ada..kereta,rumah, bekerja k x..acc bank,,tak keruan hidup sy skrg..terima kasih atas kesudian berkongsi..mohon email add. tk

      (Quote)

  3. titan says:

    berebut-rebut status bankrupt? wahh..

      (Quote)

  4. sabrina ibrahim says:

    Saya adalah seorang penjamin. Si peminjam telah diistiharkan bankrap dan kemudiannya saya juga diistiharkan bankrap pada tahun 2009. Saya telah bermastautin di luarnegara sejak 2001 sehinggalah sekarang. Saya tidak mendapat apa2 surat tentang kebankrapan saya sehinggalah saya pulah ke msia untuk bersalin (at the same time, my passport is expiring – and came to know that i cant renew due to the case).
    Saya diminta ke pejabat insolvensi dan alhamdulilah, passport dapat diperbaharui dan permohonan untuk keluar negara juga dalam proses.

    Soalan saya -

    1) bolehkah bank atau pihak insolvensi menyita rumah saya yang masih dalam pinjaman?

    2) peminjam telah bersemuka dgn pihak insolvensi dan akan bertanggung jawab sepenunya terhadap hutangnya

    3) Bolehkah mereka menjatuhkan hukum “bankrap” ke atas saya – sedangkan saya menetap diluar negara ?

    4) Pihak insolvensi telah menetapkan bayaran bulanan sebanyak RM500 ketas saya – bolehka mereka masih menyita rumah saya ?

    5) Tidak adakah undang2 yang melindungi hak2 penjamin ? sedangkan saya tidak pernah “defaul” ke atas segala hutang2 saya di malaysia?

      (Quote)

    • tuanbri says:

      1) boleh. Pihak Insolvensi mempunyai kuasa.

      2) soalannya ? ya.

      3) Boleh. Tak kira anda duduk di mana pun.Ramai yang dijatuhkan Bankrup walaupun mereka melarikan diri ke Luar Negara.(bukan anda!)

      4) Bergantung kepada budi bicara mereka. Mereka ok je.Boleh dibawa berbincang.

      5) Apa hak penjamin ?
      Hak anda sebagai seorang Penjamin ialah menangung segala hutang yang anda jamin.

      Anda sudah pun dapat hak itu.

        (Quote)

  5. mauji says:

    Selepas diberhenti kerja akibat reccession 1999, saya diajak 2 org(Ah Chong dan Ah Keong-nama samaran) untuk buka syarikat enterprise construction sekitar tahun 2000. Walaubgmana pun Ah Keong tidak memasuki namanya dlm syarikat tapi dia yg menguasai syarikat dan pemegang akaun. Urusan perniagaan, keluar masuk duit dan pemberian cek diuruskan oleh dia.
    Selepas beberapa bulan saya dpt surat minta bayaran dr pembekal. Bila saya hubungi Ah Keong-dia kata akan uruskan.Tetapi selepas beberapa bulan berlalu hutang yg rm14000 sudah meningkat kpd lebih rm50000. Selepas dihubungi lagi Ah Keong masih kata dia akan settle hutang.
    Setelah surat peguam drp pembekal keluar menunjukan hutang sudah mencapai >rm150000 pd 2002, saya pun guna khidmat peguam untuk menguruskan masaalah ini.
    Perkara ini didiamkan sehinnga tahun 2007 apabila saya nak buka akaun untuk gaji saya, bank beritahu saya telah diisytihar bankrap pada 2003.
    Soalan saya;
    1.Oleh kerana masaalah ini timbul akibat penipuan, ada atau tidak ruang dilm peruntukan Jab. Insov. utk menolong org yg menanggung beban hutang ini-samaada menketepikan notis kebankrapan atau mengurangkan jumlah tersebut.
    2. Memandangkan pemilik syarikat yg disenaraikan adalah 2 org, blh atau tidak jumlah tanggungan tersebut dibahagi
    mengikut kuantum pemegang saham
    3.Boleh atau tidak Jab. Insov. meminta penuntut hutang mengurangkan jumlah yg dituntut disebabkan faedah yg terlalu tinggi dikenakan(dari rm 14,000 kepada 160,000+)
    4. Adakah pemiutang jika umur sudah melebihi umur yg produktif iaitu sepatutnya bersara(57tahun) boleh dikecualikan dari tindakan lazim kebankrapan atau boleh memohon kepada Jab Insov. tersebut untuk dilepaskan dari tindakan kebankrapan secara terus.

    Saya mohon jasa baik Tuanbri atau sesiapa yang arif tentang prosidur ini.

      (Quote)

    • consultant says:

      mauji, sila refer terus pada jabatan insolvensi putrajaya untuk dapatkan nasihat yang lebih tepat. anda boleh telefon terus ke jabatan tersebut. nombo telefon ada di website insolvensi. boleh google. tq

        (Quote)

    • tuanbri says:

      terima kasih banyak Miss Consultant. Really appreciate it.

        (Quote)

  6. ina says:

    saya ada masalah…hubby beli rumah di tasik puteri rawang, ingat nak invest tapi rupa2nya kawasan tak maju….sewa kan org tak sampai setahun dah bla….so selama ni mmg tak pernah dpt apa2 surat, tapi alih2 2 3 hari lepas ada agent dari bank call ckp rumah dah lelong and ada balance 100k. dia mintak bayar, siap bagi acc number…tapi yg pelik bukan nama bank, mcm ada nama satu compay…hubyy dah pening, dah la kerja kontrak jer ngan satu company courier ni….apa akan jadi pada kami anak beranak sekiranya hubby mmg tak mampu nak byr? nama rumah dan nama kereta semua nama saya…adakah harta2 akan dirampas dan hubby kena tahan dlm lock up? hubby dah 2 3 hari tak tidur sampai demam memikirkan masalh ni…apa patut kami buat?

      (Quote)

  7. bibiana says:

    Assalamualaikum…

    sya ingin bertanya lebih detail lagi tentang bankrupsi.
    tidak lama lagi saya akan di bankrupkan. tetapi saya tidak ada cukup wang untuk tukar nama rumah kepada suami.
    adakah rumah tersebut akan di rampas oleh esovensi?
    rumah kos rendah hak milik kerajaan?

      (Quote)

    • Yati says:

      rumah tersebut tidak akan dirampas cuma tidak boleh dijual tanpa pengetahuan insolvensi. berapa RM yang buat anda muflis?kalau jual rumah tu boleh cover RM yang bankrup x?jika boleh cover jual rumah tu pd adik beradik (guna nama sahaja) dan insolvensi akan ambil berapa rm yg muflis.

        (Quote)

    • consultant says:

      sebarang pertukaran hak milik pada tempoh 5 tahun sebelum di bankrapkan adalah tidak sah. kalau u tukar nama sekarang pun, lepas tu bulan depan bankrap, pertukaran hak milik tu tidak sah.

      saya nasihatkan u contact terus jabatan insolvensi, putrajya utk dapatkan maklumat lebih lanjut dan tepat. nasihat2 dari website dan forum di internet kadangkala tidak tepat.

        (Quote)

  8. mohd shahie says:

    Assalam tuan,saya ada masaalah dgn bank,ada satu bank ni dah datang rumah dah untuk sita barang dalam rumah saya kerana tak bayar hutang kad kredit,kerana saya tak pergi ke mahkamah haritu jadi bank kata ada hak utk sita barang2 saya,betul ke?
    Masaalah kedua, bila di jumlahkan semua hutang kad kredit dan personal loan dah melebihi rm30ribu,jadi saya pergi ke jab insolvensi ni,mereka nasihatkan saya bankrupkan diri sendiri jika saya tak mampu bayar,dan mereka meminta wang sebanyak rm1500 utk mulakan file saya,adakah prosuder ini betul?
    Masaalah ketiga,bagaimana dgn rumah saya,masih berhutang dgn bank,nama rumah berdua dgn isteri,jika rumah dilelong,dimana kami nak tinggal,payment utk rumah takda masaalah,saya tetap membayar tiap bulan.
    diharap tuan dapat menjawab dgn masaalah saya ni.
    TQ

      (Quote)

  9. man ampang says:

    Salam.. Saya ingin bertanya. Jika seseorang itu diisyhtiharkan bankrap, Adakah segala simpanan KWSP juga akan diambil untuk diselesaikan hutang sibankrap? Kedua, betulkah seseorang itu diisyhtiharkan bankrap jika hutang melebihi rm30K utk 1 pinjaman atau berlainan pinjaman (cth : bank A = rm15K + bank B = 15K jumlah kasar = rm30K)? Ketiga, jika seseorang itu sudah berkahwin dan diisyhtiharkan bankrap, adakah siisteri juga diisyhtiharkan bankrap? dan adakah harta si isteri juga akan di ambil kira sebagai untuk membayar hutang walau yg diiyhtiharkan bankrap adalah suami?? Terima kasaih

      (Quote)

  10. bibiana says:

    A’kum…

    Saya ada idea yang baru mungkin berkesan…
    macam mana pendapat anda…?
    pergi ke unit AKPK untuk menstrukturkan semua hutang-hutang di bank.
    untuk mengelakkan dari bankrupt.
    adakah AKPK dapat menolong tentang kes macam ini?

      (Quote)

    • consultant says:

      bibiana,

      akpk boleh bantu sekiranya anda belum bankrap. sekiranya perintah belum dijatuhkan dan tidak terdapat sebarang prosedur mahkamah yang berjalan. tapi kalau dah bankrap, akpk tak boleh tolong lagi ye. tq.

        (Quote)

  11. rabiatun says:

    salam.saya nk tnya. sy berminat nk beli rumah second hand under skim rumah pertamaku. rumah yg saya minat tu di bawah geran bersama, iaitu 1 ekar untuk 7 orang. salah seorangnya nak jual bahagian nya. apakah prosedur yang saya perlu buat untuk membeli rumah tersebut?

      (Quote)

  12. Noor says:

    Saya telah telah diistiharkan bangkrup pd 2007…sebuah rumah saya telah dilelong oleh pihak bank kerana saya tak mampu nak byr…sebuah rumah lagi atas nama saya tapi bayaran dibuat oleh suami saya sebyk rm1500 sebulan….sekarang bank telah naikkan bayaran ansuran rumah tersebut kpd rm2000 sebulan dan suami saya tak mampu nak byr sebyk itu..sebelum ini saya telah maklumkan kpd pihak insolvensi mengenai rumah tersebut dan saya dibenarkan membuat byr kpd pihak bank…apa yg harus saya buat….jika saya rujuk perkara ini kpd pihak insolvensi adakah rumah tersebut akan dilelong…

      (Quote)

    • Noor says:

      Salam Tuan Bri..

      Saya telah telah diistiharkan bangkrup pd 2007…sebuah rumah saya telah dilelong oleh pihak bank kerana saya tak mampu nak byr…sebuah rumah lagi atas nama saya tapi bayaran dibuat oleh suami saya sebyk rm1500 sebulan….sekarang bank telah naikkan bayaran ansuran rumah tersebut kpd rm2000 sebulan dan suami saya tak mampu nak byr sebyk itu..sebelum ini saya telah maklumkan kpd pihak insolvensi mengenai rumah tersebut dan saya dibenarkan membuat byr kpd pihak bank…apa yg harus saya buat….jika saya rujuk perkara ini kpd pihak insolvensi adakah rumah tersebut akan dilelong…bolehkah saya membuat bayar kpd pihak insolvensi utk pembayaran rumah tersebut..saya sangat2 berharap agar Tuan Bri dpt memberikan nasihat kpd saya supaya rumah tersebut tidak dilelong kerana kasihan kpd suami yg telah membayar sekian lama ansuran utk rumah tersebut….
      Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas segala nasihat drp Tuan Bri…

        (Quote)

    • consultant says:

      Noor, kalau dan bankrap, dah ada kes/fail, sila contact terus jabatan insolvensi putrajaya (HQ) untuk semak kes anda di tadbir di cawangan mana. Lepas tu terus contact cawangn yg handle kes tu untuk dapatkan nama pegawai fail anda dan buat appointment.

      hutang dan kebankrapan anda adalah tanggungjawab anda.anda tidak boleh lari daripada undang2. kita pandai berhutang mestilah kita pandai menanggungnya kan? so silalah hubungi officer yg handle kes anda untuk keterangan lanjut.

        (Quote)

  13. ade says:

    Husben tlh di sahkan bankruptcy sbgai penjamin around 60K..but ada account bank yg telah di block ex.maybank tapi ada lagi yg ok..so dia still continue used acc.yg ok lagi..and kami juga buka acc.anak main nama husben and 2nd nama anak..ada tak possibility saving anak and acc.yg tak di block nie in future akan di rampas…

      (Quote)

    • consultant says:

      ade, kalau husband dah disahkan bankrap maknanya dah ada kes/fail. Kena check dgn putrajaya kes dia di cawangan mana dan berjumpa dengan pegawai terlibat. suami anda perlu bertanggungjawab terhadap hutang dan kebankrapannya. jangan bila nak keluar negara, pasport kena block baru nak merintih mintak bantuan insolvensi.

      meminta nasihat daripada website dan forum tidak akan membantu menyelesaikan masalah suami anda. harap maklum. tq.

        (Quote)

  14. ade says:

    Nak tanya sikit..jika telah disahkan bankruptcy mmng tak boleh melancong ke overseas ker?Pergi haji or umrah pun tak boleh jgk ker?

      (Quote)

    • consultant says:

      ade, sila dapatkan nasihat terus daripada jabatan insolvensi di putrajaya (HQ). boleh google nombor telephone di website insolvensi. pastikan anda hubungi jabatan di putrajaya bukan di cawangan2 kecil. tq

        (Quote)

  15. Zek says:

    Tuanbri,

    Artikel yang tuan terbitkan ini amat bernilai bagi saya yang sekarang menghadapi musibah. Sekurang-kurangnya kurang sikiti rasa gundah di hati.

    Saya telah membeli sebuah rumah dalam tahun 1996 dan dibiayai melalui pembiayaan Perbankan Islam BBA. Rumah tersebut terbengkalai sehingga kini dan hampir mustahil untuk dipulihkan.

    Harga jualan kepada bank ialah RM95K (pinjaman) dan harga beli ialah RM237K dibayar secara tertangguh utk 25 tahun. Oleh kerana terbengkalai bank hanya telah bayar kepada pemaju RM40K. Manakala saya bayar kepada bank sebahagian daripada bayaran bulanan selama 7 1/2 tahun berjumlah RM32K.

    Rundingan demi rundingan dengan bank, penyelesaian tidak diperoleh .. semua proposal ditolak. Terasa sangat dibuli oleh bank

    Akhirnya pada awal bulan Okt. 2011, bank telah memfailkan notis saman. Awal bulan Nov. nanti saya kena hadir untuk sebutan kes. Bank tuntut RM213K untuk saya bayar (belum masuk kos-kos guaman). Melalui carian kes-kes di internet, nampaknya tidak berpihak kepada peminjam.

    Jadi… rasa-rasanya saya akan dimufliskan ….. Niat dihati untuk bermuamalat mengikut syariah Islam … akhirnya menjadi mangsa kepada sistem Perbankan Islam yang rasanya belum matang bagi kes-kes terbengkalai. Jumlah terhutang tak logik langsung …hanya perpandukan kepada perjanjian yang telah dipersetujui masa memohon pembiayaan.

    Kalau boleh ingin sangat saya mendapatkan no. telefon tuan untuk saya dapatkan nasihat tuan.

    Apa pun, terima kasih kerana artikel ini.

      (Quote)

    • Syam says:

      Salam,

      ambil pembiayaan islam dari bank mana?

      cuba check atau buat laporan dgn Bank Negara Malaysia. sangat tak logik bank hanya keluarkan RM40k tapi tuntut hutang sebanyak 213k. lain lah kalau bank dah keluarkan semua jumlah RM95k…

        (Quote)

    • zek says:

      Salam,

      ambil pembiayaan islam dari bank mana?

      cuba check atau buat laporan dgn Bank Negara Malaysia. sangat tak logik bank hanya keluarkan RM40k tapi tuntut hutang sebanyak 213k. lain lah kalau bank dah keluarkan semua jumlah RM95k…

      Affin Islamic. Dah rujuk kepada Bank Negara, dah berkali-kali..BNM, standard prosedure ..mereka majukan kepada bank yang berkenaan. ..tak selesai masalah.

      Memang tak logik. Berdasarkan kes-kes yang lepas, ada yang mulanya menang dipihak defenden ..tapi apabila dirujuk ke Mahkamah rayuan kembali berpihak kepada bank.

      Anyway, thanks for asking.

        (Quote)

    • syam says:

      Padan lah org kata perbankan Islam sekarang zalim dan tak adil…memalukan agama je..memang betul semua yg bank buat berdasarkan kontrak dan perjanjian yang dibuat masa beli rumah. tapi dalam kes ni takkan takde budi bicara dari pihak bank. kalau perjanjian dulu dibuat oleh manusia, perjanjian tu pun boleh juga diubah oleh manusia; dan tentunya atas dasar dan sebab-sebab tertentu.

      Nabi pernah kata kalau ada bagi hutang kat orang, kalau mampu halalkan, halalkan je lah hutang tu. patutnya perbankan islam guna lah kaedah ni untuk masalah rumah tergendala ni. kalau bank janji nak biaya rm100k masa awal perjanjian, tapi cuma bagi rm40k je kat pemaju dan lepas tu tergendala, bank patut tuntut hutang rm40k tu je lah; sekali dengan keuntungan dorg. halalkan je lah rm60k tu sebab bank tak keluarkan pun rm60k tu…

      nak untung dari org islam guna sunnah nabi, tapi bila ada org islam yang susah dan tertindas taknak pulak guna sunnah nabi…nasib la umat islam zaman sekarang.

      btw sy tumpang simpati atas apa yg terjadi kat pihak tuan. ada pernah tanya kat TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA tak? cuba buat laporan pasal isu ni. kalau tak silap free je..tuan harus pertahankan hak tuan selagi boleh sebagai seorang pengguna…

      *sekadar apa yang saya dpt kongsikan*

        (Quote)

  16. suzana says:

    Saya joint laon rumah dengan suami saya, rumah pun dah di lelong tapi masih belum ada orang beli. Saya takut dengan masa depan saya, Macamana saya nak settlekan hutang saya dengan bank. Saya ada anak ramai. Macamana prosedur yang saya patut buat.

      (Quote)

    • consultant says:

      saya tak faham macam mana u boleh buat joint loan dgn suami lepas tu rumah kena lelong? rumah tu cuma dilelong kalau u tak bayar installment loan tu je kan? kenapa buat loan bila tau tak mampu bayar hutang?

      sekiranya rumah itu berjaya dilelong, masih terdapat baki yang perlu diselesaikan (jumlah lelongan adalah lebih murah dr jumlah loan anda). So, bank ada hak untuk failkan baki yg tak terbayar tu. Sekiranya baki tu lebih rm30K, bank boleh mohon untuk failkan ke mahkamah utk proceedkan ke bankrapsi.

      bila dah bankrap, macam biasa, seperti yg dinasihatkan sebelum ini. segeralah berhubung dgn pegawai yg incharge kes anda di jabatan insolvensi utk menguruskan pembayaran hutang2 yg ada. masih ada budibicara dgn pegawai insolvensi selagi anda berbudi bahasa dgn mereka.

      tiada apa yg perlu dirisaukan untuk berjumpa dgn pegawai di jabatan itu, mereka semua tak makan org.t api yg jadi masalah bila anda tidak hadir lepas bankrap, kehidupan anda yg makin musnah.

        (Quote)

  17. siti says:

    saya dah diisytihar bankrup tahun 2010..skrg keja kerajaan.dlm tempoh 3 thn br tetap..ada effect ke status muflis sy ni yg boleh mnyebabkan sy dbuang keja?sy dah buat psetujuan byr ke insovensi rm500 sebulan utk hutang 60k yg patut byr..jd kalo kira sepanjg tempoh bayaran sy x dpt membeli rumah atau ke luar negara?

      (Quote)

  18. consultant says:

    siti, kalau sudah ada kes/fail di insolvensi, sila dapatkan nasihat terus daripada pegawai yang handle file u di jabatan terbabit. pihak admin website dan forum tidak bertanggungjawab terhadap sebarang nasihat yg diberi disini. harap maklum.

      (Quote)

  19. bibiana says:

    baru-baru ini saya sudah settle kes saya melalui AKPK untuk pinjaman peribadi dari bank. Jadi AKPK telah luluskan untuk menstrukturkan pinjaman selama 10tahun.

    tetapi saya ada satu lagi masalah. Saya pernah pinjam dengan koperasi KOWAJA. intrest mmg tinggi. saya tidak bayar selama 16 bulan. kerana saya kehilangan pekerjaan.

    saya disuruh pihak peguam koperasi tersebut untuk bayar hutang sebanyak 25%. tetapi saya tidak dapat bayar kerana saya tidak ada wang simpanan.

    lepas tu dia cakap kalau tak bayar, kamu akan diambil tindakkan makamah dan makamah akan keluarkan waran untuk sitakan harta benda.

    saya pun dah biggung dengan perkara tersebut.

    bolehkah sesiapa yang ada pengalam boleh beri komen sikit??

      (Quote)

  20. sue says:

    Salam, sy baru dapat surat untuk kes bicara bankrap. rumah saya sekarang masih ada loan dgn bank tapi saya hanya nama kedua…adalah bank akan melelong rumah saya?

      (Quote)

    • consultant says:

      sue, dapatkan nasihat dan penerangan lanjut daripada jabatan insolvensi yang mentadbir kes anda. bila dah bankrap, anda harus berhubung terus dengan jabatan/pegawai yg incharge case anda. Jangan lengah dan tangguh. Jangan bile dah tergadai semua baru nak bising sana sini (- saya tak mengatakan anda, tetapi seperti sesetengah bankrap yg lain).

      sila ambil tindakan segera untuk terus hadir ke jabatan insolvensi yg berkenaan.

        (Quote)

  21. hamba Allah says:

    Assalamualaikum,
    terima kasih atas artikel yang best ini.

    Saya ingin bertanya.

    Adakah saya & penjamin akan diisytiharkan bankrap/muflis sekiranya saya pecah kontrak SLAB (skim latihan belajar) meskipun membuat rayuan bayaran ansuran?

      (Quote)

  22. pewaris tunggal says:

    terima kasih atas artikel ini,
    saya ada satu pertanyaan,
    jikalau kakitangan kerajaan diisytiharkan muflis, adakah wang pencen & wang gragiviti nyer akan disekat?

      (Quote)

  23. amirul says:

    salam,

    sy ingin bertanya,sy ada hutang credit card berjumlah 7k,dan buat masa sekarang dh 5 bulan sy x bayar sbb ada masalah kewangan.sy dh hubungi bank untuk buat bayaran bulanan sebanyak rm100 sebulan.Tapi reject sbb pihak bank check CCRIS sy semua ok kecuali utk credit tersebut.Sy risau jika diishtiharkan muflis rumah yg sy beli kne sita atau lelong.Bayaran utk rumah x pernah sangkut dan bayaran cantik

      (Quote)

  24. Azan Hasan says:

    Amirul.
    Saya cuba bantu jawab.
    Untuk diisytihar muflis, hutang minima adalah RM30K. itu syarat asas. tapi jangan cuai, hutang prinsipal serendah $20K kadang2 boleh meningkat ke $30K atas alasan kos perundangan telah dimasukkan.

    Berkaitan bank yang reject plan awak utk bayar $100 sebulan, pasti ada alasan tertentu. Lazimnya, jika kad kredit terhutang banyak dan tidak dibayar, wakil bank akan hubungi pemegang kad utk cadangkan baki hutang kad ditukar kepada pinjaman berjangka (term loan). tempoh byran lebih panjang, kadar lebih rendah dan bayaran bulanan yang rendah. Tetapi kemudahan kad kredit ditarik, bahasa mudah kad kredit kena potong.

    Cuba hubungi semula bank, mohon convert jadi term loan.

    Untuk legakan diri awak, mohon dari KWSP (jika ada) untuk cover ansuran bulanan. Ansuran rumah, gunakan untuk bayar hutang kad kredit.

    Berhutang, biasalah…

      (Quote)

  25. amirul says:

    salam,

    terima kasih azan hasan atas nasihat tuan.sy telah menelefon kpd pihak bank yg kemudian nya memberitahu sy pihak bank telah outsource kn sy punya akaun kpd debt collector walaupun sy cuba berunding dgn pihak bank dan bertanya berkenaan term loan seperti yg diberitahu..namun jawapan pihak tidak ada term loan…”lain bank lain caranya”..itu lah jawapan yg diberikan.dan dia juga menyuruh sy ke AKPK..sy ada bc dkt forum2 debt collector ni akan ugut dan dtg ke rumah serta akan menyita brg2 dlm rumah…sakit kepala dan rasa nk demam bila bc forum menceritakan perihal debt collector nih…

      (Quote)

  26. siti69 says:

    salam.., saya menjadi penjamin kepada suami dan hutangnya sekitar 34k. adakah saya boleh memohon untuk membayar separuh sahaja hutang manakala suami saya menanggung separuh hutangnya. suami telah diistiharkan mufis

      (Quote)

  27. Lysa80 says:

    Salam,
    Saya adalah di antara orang2 yg telah di istiharkan muflis,umur saya baru mencecah 30 tp dah muflis.hutang saya lebih kurang 100k..masaalahnya sekarang saya nk keluar negara dah tak boleh nk renew pasport.ada kah saya bole minta pelepasan untuk keluar negara…dan saya juga telah bercadang untuk membayar hutang2 tersebut.

      (Quote)

  28. Hamzah says:

    Tuan, saye nek tenya sikit, pasal bankrupt ni , loan punya loan dari dulu sehingga sekarang akhirnya gaji di statement tinggal RM sikit lagi, pertanyaannya, kalo tiba-tiba elaun2 ditarik balik dan gaji menjadi negatif, adakah itu akan menyebabkan saya bankrupt? negatif lebih kurang -RM800.00 …

    Thanks

      (Quote)

  29. SuriRumah says:

    bagaimanakah prosedur peyitaan barangan rumah? Hutang kredit kad suami saya mencecah rm13++ yang awalnye hanye rm3000 kredit limit., sudah ke AKPK tapi ditolak oleh pihak bank permohonan suami saya sbb tindakan makamah telah dikenakan. AKPK dah tak boleh tolong ….bayaran ansurans rumah ok …Pihak bank dah antar lawyer n pegawai makamah dtg nak sita brg pd bulan oktober 2011 tp saya tak benarkan dgn alasan saya tak ada terima apa-apa surat dari makamah. Mereka suruh hubungi bank bincang ….dah bincang masalahnye bank nak tunai rm3000 utk hentikan penyitaan brg jika gagal sediakan mereka akan dtg lg tanpa perlu minta izin saya untuk masuk membuat penyitaan. Memang macam tu ke cara nak sita brg tanpa saya mendapat apa -apa surat dr makamah…..pegawai makamah tu ada cakap surat telah dihantar pada 2007 itu saya kurang pasti tp rasenye tak ade. Sampai ari ni suami masih tak dapat cari wang tunai rm3000 memang diluar kemampuan kami…disini saya yakin dalam 3 tahun ini saya dan suami memang tidak pernah mendapat surat dr makamah. kami memang tunggu surat makamah kerana pada fahaman saya dimakamah kami dapat berbincang @ merayu untuk membuat bayaran mengikut kemampuan kami.

      (Quote)

  30. nohag says:

    Saya telah dapat notis kebankrapan kerana saya jadi penjamin untuk pinjaman kereta suami dan suami telah diistihar muflis. Saya telah berunding dengan pihak bank dan bersetuju membayar upfront RM2 ribu manakala bulan2 RM200 bagi bayar jumlah baki hutang dalam RM32 K. Namun, masuk bulan kedua dan seterusnya (7 bulan) saya tidak dapat bayar kerana suami tidak ada sumber pendapatan tetap dan hanya baru-baru ini diterima bekerja. Oleh kerana tidak mengikut perjanjian diatas, saya menerima sekali lagi notis kebankrapan dan saya telah memohon pihak bank memberi tempoh untuk menyelesaikan bayaran tertunggak berkenaan bagi tempoh 7 bulan yg tertunggak tetapi belum dapat respon. So, saya nak tanya, apa tindakan seterusnya di pihak bank selepas notis kebankrapan dikeluarkan? kalau ada cadangan penyelesaian dari pihak peminjam camna dan kalau takde penyelesaian dari peminjam camna?

      (Quote)

  31. mummy says:

    Saya ada masalah berkaitan dengan hutang kereta & rumah. Kereta atas nama suami saya dan saya sebagai penjamin. Rumah pula atas nama saya dan suami. Masalhnya, kereta dan rumah sudah 3 bulan tertunggak. Jumlah semua RM 4k. Adakah saya dan suami sudah di istiharkan muflis / bankrap?
    Masalah hutang kad kredit saya dah tujuk pada AKPK. Cuma selepas saya join AKPK, saya terima panggilan dari satu lg bank yang mengatakan saya masih ada lagi baki kad kredit dgn bank tersebut. Sedangkan semasa saya rujuk kepada AKPK, saya ada print dari Bank Negara perihal hutang saya tetapi Bank tersebut tiada dalam senarai. Macam mana?

      (Quote)

  32. Rosmadi Khairi says:

    1) Bolehkah seseorang yang diisytihar bankrap menjadi saksi di dalam apa2 perjanjian?
    2) Bagaimana dengan simpanan Tabung Haji dan/ atau ASB/ ASN? adakah ia juga diuruskan oleh PPH?

      (Quote)

  33. amat says:

    Salam sejahtera,

    Saya telah diisytiharkan bankrap oleh ambank diatas kereta yang saya beli dahulu, tetapi rasa tertipu kerana kereta telah ditarik lepas 3bln tetapi tidak dimasukkan didalam store untk dilelong selama 4thn dan kete tersebut hilang ditangan repo team. Bank menuntut hutang saya tidak kisah tapi ini kesalahan mereka yg mengupah repo team tersebut.. Saya dah lama buat laporan polis tapi nampaknya seperti menyiram air didaun keladi.

      (Quote)

Leave a Reply

CommentLuv badge

Subscribe without commenting