Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Kini aku Perunding Hartanah

Salam.

Sebelum ni aku cuma Perunding Hartanah Lelong. (Ini pun ayat yang aku rasa aku create, tak sure la pulak kalau ada org lain dah pakai. Sebelum ni semua pakai ayat “agen rumah lelong”.)

Sebagai seorang Perunding Hartanah Lelong, aku terhadkan Market aku kepada hartanah yang dilelong sahaja. Maknanya kalau Klien nak beli rumah Sekunder (Subsale), aku tak buat. Lama kelamaan aku rasa macam rugi aku tak berkhidmat untuk semua jenis orang….tak kira la nak beli rumah lelong atau rumah sekunder atau rumah dalam pembinaan…


Aku nak luaskan Pool of Client aku….aku nak belajar benda baru…aku nak cari pengalaman baru…ilmu aku dalam bidang hartanah ni sungguh cetek sekali….

Dah agak lama aku mencari….untuk start Perunding Hartanah bagi pasaran Sekunder. Dulu aku ada mention pasal kerjasama dengan Firdaus & Associates di Melawati…setelah beberapa kali mesyuarat…akhirnya jalan mati…ada hikmah…Sebab sebelum tu aku rasa rezeki aku dengan FAPP, atas beberapa sebab..(ikut instinct jugak)…

Setelah menemui jalan buntu, aku teruskan pencarian aku…..Jumpa beberapa Owner Real Estate Agency, seperti Abu Hassan & Associates di Setapak….cuma fokus kepada Penilaian…(kebanyakan agensi melayu buat Penilaian je).


Akhirnya, aku pergi ke Together Properties yang beribu pejabat di Diamond Square, Gombak. Dah lama aku nak pergi pejabat ni. Sebab aku dulu selalu di Diamond Square, lepak di pejabat Sepupu aku yang buat insuran am.

1. Aku telefon dulu. Receptionist dia kata aku kena hantar resume dulu.
2. Aku pergi pejabat. Jumpa dengan receptionist tu. Dia cakap tak terima lagi resume aku. Dia suruh isi borang dan tunggu panggilan daripada Pengurus Agensi.
3. Aku telefon lagi. Dia kata tunggu Pengurus buat Sesi Temuduga. (tak tau lagi bila).
4. Aku telefon terus Pemilik Agensi, En. Saiful Hadi dan tetapkan temujanji. Susah sangat nak jadi agen ni…Macammana aku boleh dapat no telefon En. Saiful Hadi, itu jangan tanya. Pernah dengar “Nak, seribu usaha. TakNak, seribu dalih”.
5. Esok terus datang untuk temujanji dan alhamdulillah aku diterima untuk bernaung di bawah payung Together Properties.
6. Bayar duit callcard, Hari berikutnya terus hadiri kelas.
7. Sesiapa yang baca ni, kalau nak jual rumah, sila telefon aku di talian 016.310.6500 (tuanbri). I am at your service.


Nama Agensi : Together Properties
No Pendaftaran : E(3)0503
Alamat :
Together Corporate Office,
Suite 1-4-1, Block C, Diamond Square Commercial Centre,
Jalan 3/50, Off Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia

Pemilik : En. Saiful Hadi bin Sirat daripada UTM (University of Technology Malaysia) – degree in Bachelor of Property Management, Valuation and Estate Agents.

Laman Web : http://www.together.com.my


kini aku sudah mereka satu laman sesawang tuanbri.com/rumah untuk portal jual beli rumah di gombak, selayang, batu caves, shah alam, petaling jaya, subang jaya dan di sekitar Lembah Klang (belum lagi Greater KL)

  • bro…

    pilihan u adalah tepat…buat masa ni Together Properties adalah tempat yg terbaik…dan en hadi pun berpengalam dlm hartanah ni..

    Kirim Salam pd En. Hadi

  • salam,
    nak tanya tuan..jika sesebuah rumah lelong tu tak berjaya untuk dijual,bank simpan balik ke?bgaimana jika saya nak beli rumah yg tak terlelong tadi secara terus..direct deal..boleh ke?atau saya perlu menunggu untuk rumah tu dilelong semula?berapa lama plak bank nak lelong balik?

    masalah saya apabila call agen nk beli,dorang ckp dah tamat tempoh lelong..kan lebih baik saya beli terus je..

  • hm…pasni kalo nk minta tolong carikan penyewa rumah agak2 bleh ke tuan bri?..i mean area gombak..=0)

  • >