Assalamualaikum.
Hari jumaat lepas, baru dengar Al-Kulliyah kat TV3, menyentuh mengenai perbankan Islam / Islamic Banking.
Ustaz jemputan adalah Zaharuddin Abd Rahman – http://www.zaharuddin.net
Islam atau tidak Perbankan Islam ?
Pendapat orang ramai masa kini mengenai Perbankan Islam :
1. Sama aje Bank Islam atau Bank Konvensional.
- Logo pun sama je. Cuma yang tukar ialah Warna Merah kepada Warna Hijau (proses pengislaman)
- interest / faedah ditukar kepada ‘Keuntungan’.
- Ada ceiling rate. Itu sahaja bezanya. (ini saya dengar sendiri daripada staff Maybank KLCC yang bertudung)
2. Saya lagi suka Konvensional daripada Bank Islam.
- produk Konvensional lebih jelas dan senang.
- produk Konvensional lebih senang dimanupulasi.
3. Saya terpaksa ambil produk perbankan Islam
- tiada pilihan untuk saya
- walaupun berat sebelah, saya orang Islam.
4. Saya tidak pinjam duit daripada Bank.
- -Perbankan Islam adalah Back Door Riba ! Riba juga. Nama je lain. Menghalalkan yang haram.
Apa Pilihan Anda ?
dan kenapa ?
Pernah baca Kes ini di Suratkhabar ?
Mahkamah Tinggi kurangkan hutang pembeli rumah RM376,000
KUALA LUMPUR 29 Dis – Dalam satu penghakiman bersejarah hari ini, Mahkamah Tinggi di sini mengurangkan sebanyak RM376,000 jumlah yang perlu dibayar seorang pembeli rumah kepada sebuah bank setelah beliau gagal membuat pembayaran terhadap satu pinjaman yang dibuatnya di bawah kemudahan kewangan Islam.
Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dari Bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi memerintahkan rumah itu dilelong mengikut Kanun Tanah Negara untuk mendapatkan balik sebanyak RM582,000 dan bukannya hampir RM959,000 seperti yang diminta oleh bank berkenaan.
Affin Bank Berhad telah menyaman Zulkifli Abdullah, seorang bekas kakitangan bank itu kerana gagal membuat pembayaran pinjaman di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil yang diberikan bank berkenaan pada Disember 1997 untuk sebuah rumah tepi, dua tingkat berangkai.
Al-Bai Bithaman Ajil merupakan prinsipal Syariah yang melibatkan pembelian hartanah dan penjualan serta pembayaran harga jualan yang termasuk margin keuntungan terhadap tempoh bayaran tertunda.
Zulkifli, yang meninggalkan bank itu pada bulan yang sama beliau membuat pinjaman rumah itu, diberikan kemudahan pinjaman sebanyak RM346,000 yang disebut Harga Pembelian Bank, tetapi pada hari yang sama, bank itu menjual hartanah berkenaan kepada beliau dan beliau perlu membayar balik pinjaman selama tempoh 18 tahun dengan 216 bayaran ansuran bulanan.
Bagaimanapun beliau tertunda dalam pembayarannya sebanyak dua kali selepas melunaskan beberapa pembayaran berjumlah RM33,454 hingga Jun 2001.
Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Wahab berkata isu yang dihadapkan ke mahkamah ialah jumlah seorang pelanggan itu perlu bayar kepada penyedia kemudahan itu jika berlaku bayaran tertunda selepas membuat bayaran ansuran.
“Dalam erti kata mudah, kesusahan defendan ialah selama dua tahun lapan bulan selepas ia diberikan, kemudahan itu menjadi tuntutan hutang sebanyak RM958,909.21.
“Walaupun nilai pasaran keselamatan di bawah tuduhan itu dikatakan RM400,000 dan harga itu didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang sebanyak RM558,909.21.
“Berbeza dengan pinjaman konvensional, peminjam yang gagal membuat bayaran hanya diperlukan membayar balik jumlah pinjaman dicampur dengan faedah berakru dan bayaran lain termasuk denda bayaran lewat. Berdasarkan tanggapan yang serupa pelupusan hartanah pada nilai pasaran, biasanya tidak banyak yang boleh ditambah oleh peminjam bagi melepaskan dirinya daripada liabiliti lain.” katanya.
Beliau berkata sebab perbezaan itu ialah apabila berlaku peminjam tidak membayar balik sebelum tamat tempoh pemegangan, jumlah yang peminjam dalam pinjaman konvensional perlu bayar atas jumlah yang dipinjam _ faedah dan faedah bayaran lewat _ adalah terhad kepada tempoh daripada pengeluaran pinjaman hingga penyelesaian penuh dan bukannya bagi pemegangan penuh pinjaman asal.
Hakim Abdul Wahab memberikan contoh dua kes terdahulu di Mahkamah Tinggi, satu melibatkan kemudahan pembiayaan Islam sebanyak RM265,000 dan satu lagi RM150,000, di mana defendan diperintahkan membayar bank harga jualan masing-masing RM583,000 dan RM217,500 apabila peminjam gagal membayar balik.
Oleh itu, kemudahan sebanyak RM265,000 menjadi hutang sebanyak RM583,000 dan jika pun satu lelongan harga penuh RM265,000 didapatkan, defendan masih berhutang sebanyak RM318,000.
Dalam kes kedua, defendan diperintahkan membayar balik bank harga jualan sebanyak RM217,000 dan walaupun nilai pasaran rumah itu sebanyak RM150,000 dan harga yang didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang RM67,000.
“Apabila kepuasan untuk memenuhi hasrat suci mengelak daripada pembiayaan itu mengandungi elemen Riba (faedah) menyebabkan kedukaan kepada yang mungkir sebelum berakhirnya tempoh pemegangan kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil. Pendedahan bahawa walaupun selepas sekuriti telah dilelong pada harga penuh pasaran masih terdapat jumlah besar yang terhutang dengan bank, adalah sesuatu yang mengejutkan,” kata hakim.
Beliau berkata ini lebih mengejutkan apabila disedari bahawa kedudukan seorang peminjam di bawah pinjaman yang mengandungi riba adalah jauh lebih baik.
Hakim Abdul Wahab berkata kesan mungkir di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil terbukti lebih membebankan peminjam.
Beliau memerintahkan lelongan rumah yang bayaran pinjamannya gagal dilunaskan Zulkifli diadakan pada 29 Mac tahun depan dan harga tempahan ditetapkan pada anggaran nilai pasaran.
Bank itu juga layak untuk memperoleh kembali sebanyak RM98.54 keuntungan sehari hingga penyelesaian penuh pinjaman itu. – Bernama
p/s: Bank Islam kalah.
Lagi Artikel mengenai Perbankan Islam Najahudin.Com – Sistem Kewangan Islam
ada banyak ke kes yang melibatkan perbankan islam ni. secara kebetulan, hari ni pun saya ada baca artikel tentang ketidak adilan perbankan islam dari majalah persatuan pengguna pulau pinang (CAP). baca free je kat kedai buku popular. heh..besok saya beli dan cuba kongsi dengan pembaca lain (dengan izin tuanbri)
yang merisaukan saya, saya baru je menandatangani pinjaman perumahan perbankan islam dari standard charted. harap lebih bnyak perbincangan disini untuk ‘clearkan’ isu ni…
Syam(Quote)
islam atau tidak perbankan islam adalah berbeza dengan isu adil atau tidak ..
1. akad dipersetujui oleh kedua belah pihak
2. kalau tak setuju, berat sebelah atau sebagainya, jangan akad.
Syam – Tolong share …kita discuss.
tuanbri(Quote)
interesting.. sy kurang cerdik pasal perbankan islam ini namun mmg terasa ia agak kurang adil.. just berlindung disebalik akad sebagai penghalal cara untuk mendapatkan untung setaraf bank konvensional esp. to the non muslim banks yg just join in the bandwagon of islamic banking.. just my two cents..
ojah(Quote)
erk risau gak…. baru sign dengan affin islamic… huhuhu…
ctfarazila(Quote)
Semua bentuk loan aku guna perbankan islam. Mmg rasa mcm lagi tinggi nilai kena byr
haas(Quote)
info yang menarik ….harap ada yang bincang lebih lanjut….
askrool(Quote)
masalah bila org bank sdr tak faham konsep islam..
tgk la kebanyakan pegawai2 bank yg menjalankan perbankan islam ni.. bukan pakar dlm syariah pun..
last2 ubah sikit2 mana yg patut je la…
perbankan islam yg wujud ni, margin keuntungannya tinggi sgt. tu yg menekan kita sebanrnya… adakah ini selari dgn konsep islam iaitu ke arah keadilan dan tidak menindas?
even akad pun, hanya satu bank je yg ada akad secara verbal. yg lain main akad bertulis yg kita tak pernah baca pun akad tu
propertywaltz.com(Quote)
Saya lebih suka buat perumpamaan…perbankan Islam kat Malaysia ni macam kita makan nasi dengan lauk yang sedap tapi dalam tandas.(maknanya x sesuai)
sebabnya Malaysia meletakkan perundangan TERTINGGI dalam negara ialah Perlembagaan Malaysia=sekular,
sedangkan negara Islam yang HAK meletakkan Al Quran,Sunnah(hadis),Ijmak dan Qias sebagai sumber perundangan yang utama.
sistem perbankan Islam yang digunapakai di Malaysia memang pada dasarnya diambil dari sistem yang di praktikan dalam Sistem perundangan(kenegaraan) Islam tetapi keberkesanannya(segala yg positif) tidak akan dirasai kerana ia berada di bawah satu sistem yang batil(sekular=memishkan agama dgn pentadbiran negara)
Sistem Islam tidak boleh diambil secara terpisah-pisah..contoh sistem perbankan Islam kita ambil tapi sistem jenayah Islam kita tolak,sistem ekonomi Islam kita Ambil tapi sistem politik dan sosial Islam kita tolak.Jadikan masyarakat majmuk sebagai alasan bukan sesuatu tindakan bijak.
mungkin 2 ayat ni boleh difikirkan…
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam KESELURUHAN, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”-Al baqarah 2:208
“Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian yaitu Al Kitab, mereka DISERU kepada kitab Allah supaya kitab itu MENETAPKAN HUKUM diantara mereka; kemudian sebahagian dari mereka berpaling, dan mereka selalu membelakangi (kebenaran)”. -Ali Imran 3:23
ekor tupai yang tumbuh pada tubuh cipan tidak boleh di label sebagai ekor tupai lagi…(maknanya tak sesuai) pendapat aku mungkin salah..harap maaf.
edy5007(Quote)
as syed akbar ali put it.. we are actually practising Arabic banking. not islamic banking. banyak pendapat dah pasal islamic banking nih. kalo tak konpiden, jgn ambik. ambik aje conventional. ambik conventional banking certainly does not make one any less muslim.
gerbert(Quote)
gerbet,
Do you realise what you’ve stated here? Taking riba is one of the greatest sin in islam! What is the punishment for it? You’ll be burnt in hell forever, forever! The prophet says, those who’re taking riba, those who’s giving riba, those who record the transaction and tho who bear witness to it, they’re all equally guilty. They’re going to be burnt in the hell fire, forever!
And if you’re curious enough to seek for the truth you’ll soon find out that there is a super power in the world who’s goal is to enslave every human being through the banking system. Go to youtube and watch “When the central banks rule the world” by the late Joan Veon. I weep watching it all the way through the 9-th clip when she concludes we are at the mercy of God only, so pray!
zane(Quote)
kes yg menarik.. Tapi memang perbankan islam lebih mahal dari konvenyional.. Ramai org islam ambil konvensyional..
shahriman(Quote)
Ambil pembiayaan Islam di Bank Islam yg original, bukan bank islam yg mencedok sistem konvensional… Selepas lelongan rumah, jumlah yang sepatutnya dituntut adalah baki terkini dan bukan baki harga jualan. Sistem sepatutnya menghentikan profit yg dijana apabila rumah telah dilelong….
Nizam Ke Ni(Quote)
Itu la yg sebenarnya perbezaan perbankkan islam dan konvensional iaitu aqad jual beli. jika bank setuju membeli rumah idaman berharga rm300k dan menjual rumah tersebut kpd plgn yg ingin membayar dlm tempoh masa 30 thn pada harga rm900k dan …jika plgn setuju dgn harga jualan rm900k tersebut, maka aqad adalah sah. macam mana boleh jadi haram pula???
Tuan, dlm kes affin bnk tersebut menuntut harga jual iaitu 900k. Sebenarnya bank islam juga mempunyai rebate yang dipanggil ibraa’ dan muqasah. Muqasah adalah rebate automatik spt mana penyelesaian awal di bank konventuonal. Ia adalah jumlah keuntungan yng septutnya dijana pada masa depan (unearn income). Apabila hartanah dilelong, bank sepatutnya menuntut jumlah baki selepas muqasah. Walaubagimana pun muqasah akan berkurangan hari demi hari dan ini menyebabkan jumlah baki dituntut semakin meningkat. Ramai pelanggan berpendapat baki semakin meningkat ini adalah interest tetapi yg sebenarnya ia adalah keuntungan bank yg telah termasuk dalam aqad jual beli. Keadaan ini menyebabkan bank biasanya menuntut harga jual iaitu dlm kes affin bank tadi rm900k yg mana sebenarnya ia masih mempunyai muqasah…
Nizam Ke Ni(Quote)
Bila pulak ada ayat dalam Quran dan hadis menyatakan bila sebut akad, maka riba itu sah? Tolong bagi sini tengok…
Bank Islam mengira harga keuntungannya berdasarkan masa 30 thn bukan? Atas dasar apa mereka mengira begitu? Inflasi? Mengapa berlaku inflasi? Mengikut sistem kewangan islam, inflasi tidak berlaku. harga dua ekor kambing di zaman rasulullah SAW ialah satu dinar dan masih satu dinar sekarang, kalau dipakai emas, bukan dinar kertas ya..jgn silap faham. jadi mengira keuntungan berdasarkan sistem manipulasi bank adalah tidak tepat malah memperdaya.
Bank adalah entiti perhambaan. Objektif pengusaha bank terbesar dunia iaitu keluarga Rothchild ialah memperhambakan seluruh manusia kepada bank. Sama ada di peringkat individu atau negara, anda dijajah melalui hutang dan riba. Perbankan seluruh dunia berhubungkait dan berakhir di bank dunia, bank pusat kaum kapitalis yahudi eropah. ini hakikat yang harus kita faham. Faktanya ada di youtube yang dikeluarkan oleh orang2 barat sendiri, bukan orang Islam. Mereka sedar dan mereka tunjukkan atas dasar kemanusiaan.
Jadi apa penyelesaian kita? Jangan buat pinjaman bank. kita tidak mati kesejukan kalau tidak meminjam bank untuk membeli rumah, percayalah. Lebih baik menyewa atau tinggal di kuarters2 kerajaan. kalau tidak mampu beli kereta baru, beli kereta second hand saja, tunai! kalau kita boleh membayar bank beratus ribu selama beberapa tahun, mengapa tidak buat saja rumah kecil-kecilan di atas tanah peninggalan ayah bonda dan tinggal di sana bila sudah pencen nanti. Kepala tak sakit, kita pun tak takut kena seksa di neraka kelak! Itupun kalau anda orang beriman….
zane(Quote)
Dalam zaman moden ini, terdapat banyak Khilaf…(Perbezaan pendapat).
Para ulamak berpendapat adalah hampir mustahil untuk hidup di zaman moden ini tanpa terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam benda benda yang haram.
TETAPI
ada limit benda yang haram. BUkan main telan sahaja.
tuanbri(Quote)
Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba. itu die ayat quran..ok jgn buat pembiayaan bank..habis tu mcmane?pinjaman adalah Qard…pembiayaan adalah terhasil daripda aqad jualbeli..
ali(Quote)
Salam ,
Yang hebatnya islamic loan ini adalah keuntungan yang tetap .. bermakna tenure dan monthly installmentnya tetap sehingga tamat tempoh.. persoalan jelas kini adalah conventional VS islamic loan mana yang lebih murah dan adil ? islam tu dah cantik dan sempurna mungkin perlaksanaan nya yg tiris.. copy & paste .. ditambah pulak ayat² cantik yg dipetik dari hadis ..ibarat wajah yg ditempel dengan makeup ?? conventional pulak berdasarkan BLR naik dan turun..tak kekal.. tak sampai 6 bulan loan disbursed.. aku dpt surat .. blr 3 kali naik dlm thn 2010 — jadi installment anda telah dinaikkan..haha ingat jadi tuan rumah ni senang ka ??? pilihan di tangan kita .. ilmu dan pengkajian sebelum akad atau tandangan pada loan letter offer tuh perlu.. if not tanggungla akibatnya.. wallahualam..
Helmo(Quote)
Salam bang,
Nak betul kan. Perbankan Islam, monthly installment tetap, tapi tenure tak tetap. kalu ekonomi teruk,BFR naik, baki akan dibawa ke bulan hadapan & tenure akan bertambah. Please check with bank for confirmation.
Tq
Azree(Quote)
memang setiap kali BFR naik, bank akan adjust installment, bukan tenure. Sebab islamic financing,kita dah aqad selama 30 tahun(jadi tak boleh ubah)
tuanbri(Quote)
Tapi the real is, bila dorang adjust installment means bawak baki tu ke bulan dpn, that would mean tenure akan berubah. Dlm akad kita buat 30 tahun, but the real is tempoh tu akan bertambah kalau ekonomi teruk. Its confirm. Thats y I ask u to check with bank for confirmation.
Azree(Quote)
ok. saya akan check dengan LO yang saya sign daripada Bank dan saya akan check dengan banker…thanks bro
tuanbri(Quote)
Gerbert – i dont really like that wording “does not make one any less muslim”
kalau pakai baju Liverpool yg ada Logo ‘Carlsberg’=Ulama menjatuhkan hukum Haram, it is Haram. No matter u drink it or not.
tuanbri(Quote)
tuan – dalam masyarakat islam sekarang, banyak sangat orang yang menjatuhkan hukum. sikit2 hukum. pastuh bila bab hukum, ambik yang dia suka sahaja. yang dia tak suka tinggal kan. in fact, kalo ikutkan ulama dah sepakat kata merokok itu haram. tapi takde pon orang bising2 nak kata rokok itu haram.
to me, there’s no point arguing whether islamic banking is more islamic than conventional banking. even the so called ulamak have differing views. and to some extent, the conventional banking sometimes seem to be more ‘islamic’ than islamic banking. by just claiming to be a muslim doesn’t mean that we are truly muslim. and by using the term islamic banking, doesn’t mean we are more islamic than others.
i’m trying not to judge
gerbert(Quote)
“bila pelanggan dah aqad dgn harga yang dia dan bank persetujui, itu tandanya halal” ~ islamic banking.
persoalan yang pelanggan tanya balik ialah tentang keadilan dan penindasan secara tersirat oleh islamic banking ni ialah:
1) mengapa pelanggan perlu membayar perbezaan harga yang tinggi selepas lelongan yang mengikut pasaran semasa sedangkan jumlahnya lebih rendah dan berbeza dalam bank konvensional (rujuk kes makhamah dalam petikan akhar di atas)
2) mengapa penalti yang dikenakan kepada pelanggan yang ingin menamatkan tempoh pinjaman (samada nak refinance, jual rumah, dll) adalah terlalu tinggi, iaitu kadar penalti dikenankan adalah berdasarkan harga jualan balik (bank selling price yang biasanya 3 kali ganda dari purchase value) dan bukannya daripada jumlah pinjaman sebenar dicampur faedah terakru dan denda lewat seperti bank konvensional?.
Jawab 2 soalan di atas sebagai orang Islam yang sepatutnya tidak menindas dan memakmurkan ekonomi orang islam.
p/s: semua loan saya islamic, so bukan nak sokong konvensional, tetapi saya tidak suka bila kita ditindas dengan alasan “Islamic memang macam tu”
dodi(Quote)
walaupun dalam perjanjian ia halal tapi kalau dah menindas tu kira tak bagus la.. tu la masalahnya org fikir untung je.. tapi kalau untung sampai menindas macam mana pulak.. maybe ia berbaloi beli rumah harga 200k dgn harga 500k dengan alasan peminjaman itu diuruskan selama 30 thn yg mana bank perlu survive utk bayar gaji dan sebagainya.. tapi kalau dah settle awal takkan takde hujah utk kita kurangkan kos.. meletakkan harga perjanjian adalah satu cara bank nak ambil mudah settlekan benda ni.. macam nak denda.. semua org ada masalah.. bukan org saja tanak bayar.. dan kebetulan dlm hartanah kita ada cara win2 utk settlekan masalah.. ini bank saja nak ambil kesempatan ke atas org yg bermasalah..
faizan(Quote)
Tapi Islam suppose to be adil. It should promote keadilan dalam semua bidang..
hareez(Quote)
Kalo nak dilihat dari pandangan kasar memang kita akan rasakan perbankan islam itu zalim or sama je dengan bank konvensional(riba)..dari sudut syariah,Islamic Banking bertujuan untuk menghalang cengkaman sistem riba ciptaan yahudi itu sendiri..Berbalik pada hukum syariah riba pon tergolong dalam salah satu dosa besar .dan pengamalnye kekal di dalam neraka (Al-Baqarah ayat 275)..
Soal perbankan islam kat Malaysia skang ni zalim or tak saya tanak komenlah sebab hanya pakar dalam bidang ni saje yang layak mengulasnye,takut2 tergelincir pandangan.Tapi satu je yang kita kene pengang,apa2 saje larangan Allah ada tujuanye,bukan suke2 kita diperintahkan.
Erk..saya bukan ustaz,tapi sorang muslim yang cuba memahami n mengikuti sebaik mungkin apa yang telah disyariatkan.
Ye,semuan loan rumah saya pon jenis Islamic,dan tengah berazam untuk lupuskan segala transaksi riba dalam kehidupan saya.Saya sokong sistem kewangan islam…sebab saya seorang muslim.
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=287&Itemid=72
nogix(Quote)
hmm.. susah nk cakap mende camni..
ada sorang ustaz yg dtg ceramah di sebuah surau taman saya.. beliau mmg pakai kete buruk (low profile).. dah nak reput.. rumah skdr menyewa.. tp sbenarnya ustaz ni kaya.. sbb dia slalu berceramah diseluruh malaysia.. saya tanya mengapa.. dia kata sbb takut sgt2 utk terlibat dgn riba.. even islamic bank pn. so skang dia sdg kumpulkan wang utk beli rumah cash.. fuhhh..
pastu sy tanya.. mmg konpem haram ker even islamic loan ni.?? dia jawab mudah.. kalo anda reda, halal la..tp andai dahi ada berkerut bila bank cakap lu kene byr lebih.. haramm..
p/s: err… kita reda ker byr lebih kt bank??
p/s: tabik spring kt ustat tu..
atok(Quote)
setiap bank islam kan ada panel pengawasan syariah..mesti panel tu dah buat kajian..saya tak pandai nak komen banyak sebab saya tak pandai sgt..cumanya, kalau kita sanggup cari makanan halal walaupun mahal, kenapa kita takut nak bayar mahal untuk tempat yang menjadi perlindungan untuk membina keluarga..sekadar pandangan dari insan daif..waallahualam..
mizie7(Quote)
Para Ulama di Malaysia Berselisih pendapat mengenai Pembiayaan Perumahan.
3 Pihak :
1- Perbankan Islam Halal
2- Perbankan Islam Haram
3- Tidak akan wujud perbankan Islam
yang kita ni, belajar agama pun tak cukup, macammana ?
Nak ikut siapa ?
tuanbri(Quote)
Masalah ini juga sama dgn zakat pendapatan. Ada ustaz setuju dan ada ustaz tak setuju. Saya juga ambil konvensional kerana rasa ada ketidakadilan dlm sistem perbankan islam. Bagi saya kedua-dua sistem ini mengamalkan riba. Wallahualam.
Nan(Quote)
mungkin kurang tepat pandangan saudara
pinjaman bank bukan setakat isu riba atau keuntungan yang dikenakan oleh pihak bank sahaja. antara yang paling penting adalah dimana sumber wang yang diambil oleh pihak bank untuk membiayai rumah yang dibeli.
perbankan islam = mesti dari sumber yang halal. mesti di pantau oleh panel syariah. kalau panel syariah tak ambil dari sumber yang halal, panel syariah harus tanggung segala urusan yang haram.
konvensional = tak pasti. mungkin bercampur aduk. halal+haram = haram
mungkin kat sini kita cuma bicara tentang loan rumah. cuba kita ambil contoh seseorang itu ambil pinjaman peribadi untuk buat kenduri kahwin. dari sumber pinjaman yang mana yang digunakan untuk menyuap mulut sanak keluarga dan tetamu?
errr tentang zakat pendapatan, ayat Al-Quran dah tulis jelas tentang ni. AQ vs Ustaz = AQ sentiasa menang
Syam(Quote)
Salam,
“setiap perbincangan adalah input kepada yang mambaca”
kebanyakan artikel yang saya baca, menulis tentang perbankan islam menggunaka kaedah “fixed rate” untuk menentukan jumlah pembayaran bulan si peminjam. pinjaman konvensional adalah haram kerana berasaskan kepada “BLR” [haram apabila ada riba, gharar (ketidakpastian ) & maisir (judi)]. BLR adalah gharar. sebab tu perbankan islam guna kaedah “fixed rate”.
soalan saya ialah, bila pergi ke kebanyakan bank utk tanya tentang pinjaman perbankan islam ni, hampir semua ada dan syorkan ambil pinjaman “islamic loan but float rate; (BLR-1.8%)” maka kat sini pinjaman islamic pun berasaskan BLR juga? macam mana dengan pengawasan panel syariah? harap dibincangkan.
p/s: tuanbri, saya dah emel artikel drpd CAP tu
Syam(Quote)
almost 90% loan yg aku ambil adalah islamic financing. based dari islamic financing yg aku ambil, aku dapati ade yg fixed dan ada juga yg flexible (dia tak cakap BLR tapi BFR.. lebey kurangla tu)… pada aku konsep islamic tu hanya pada akad.. so, dengan adenya akad, jadinya halal.. itu kata org/ustaz/shariah advisor yg support islamic banking.. kata dorang, dengan ada nya akad dan konsep beli dan jual rumah, takde riba yg berlaku.. hanya keuntungan dari jualan.. dan dorang pun cakap, pelanggan dah bersetuju.. jadi bukan paksaan.. pada aku la kan, pelanggan sign agreement tu bukan nya tanda setuju.. aku mmg taksetuju cara islamic financing yg macam itu.. tapi apa pilihan yg aku ada.. aku paham bank akan charge lebih untuk tampung perbelanjaan operasi tapi kalau ianya dah lebih mahal dari yg diambild dari perbankan konvesioanal.. ape ke hal nya.. aku lagi angin kalau ada org keluar statement ” kalau nak halal, mestilah mahal skit sbb barag yg baik” ape kena mengena halal mesti mahal.. sepatutnya yang berlandaskan shariah la yg kurang menindas.. ini terbalik pulak..
samsul(Quote)
satu artikerl menarik.. bleh baca full artikel http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/04/mengapa-saya-kata-pinjaman-rumah_25.html
Katalah salah seorang dari saudara saya Mat datang kepada saya dan meminta bantuan kewangan iaitu pinjaman wang untuk membeli baju sekolah anak-anaknya (yang juga sudah semestinnya saudara saya). Jumlah yang mahu dipinjam adalah sebanyak RM100 dan Mat berjanji akan membayar balik secara ansuran. Terdetik didalam hati saya,”ni boleh buat duit ni, kalau mintak faedah/bunga/riba’ haram jadinya, baik aku ubah sikit”.
Saya: “Okla Mat, macam ni je lah, sebenarnya dari aku bagi kat engkau lebih baik aku letak kan tabung haji, bertambah gak duit aku nanti, tapi sebab engkau saudara aku, jadi aku pinjamkan kepada engkau tetapi dengan syarat.
Mat: “Syarat macamana pulak tu?.
Saya: “Aku belikan baju untuk anak-anak engkau dengan harga RM100 dan aku jual kepada engkau dengan RM120, lepas tu engkau bayarlah bulan-bulan RM10 selama 12 bulan, bagaimana? setuju tak? Ini cara islam yang mana aku berjual-beli dengan engkau dan bukan aku kenakan faedah, kalau ada orang lain bertanya engkau cakaplah aku memberi pembiayaan kepada engkau, jangan sebut pinjaman sebab itu nampak tak islamik”.
Mat: “Baiklah, sebab aku terpaksa dan tak ada cara lain lagi dah maka aku terima sahajalah syarat engkau tu lagi pun engkau dah tolong aku maka aku pun kenalah tolong engkau jugak. Tapi eloklah kita berakad untuk memastikan proses ini dikira pembiayaan dan jual beli”.
Apa pendapat anda mengenai sifat saya jika kisah diatas benar-benar berlaku? Bagaimana jika saya ubah tujuan untuk membeli baju anak kepada membeli rumah untuk diri Mat dan anak-anak berlindung dengan pinjaman RM100 ribu, saya jual balik kepada Mat dengan harga RM170 ribu (kadar riba’ 6% mengikut pasaran semasa) tetapi disebabkan Mat akan bayar selama 20 tahun maka bayaran bulanan menjadi RM700.
Rujuk kepada kes pertama untuk Mat membeli baju anaknya, letakkan diri anda ditempat saya, sebagai seorang saudara darah daging kepada Mat, adakah anda sanggup melakukan begitu pada saudara sendiri, sanggup menangguk di air keruh masih mahu menyedut 20 ringgit “darah” Mat dan tidak mahu membantu dengan ikhlas? Jika Mat bukan saudara sedarah sedaging sekalipun bukankah semua orang islam itu bersaudara, sanggupkah anda mengambil untung dari kesusahan orang lain?
Jika kita rujuk kes kedua untuk membeli rumah pula, tiada bezanya bagi mereka yang melabel “bank Islam” tetapi mahu memerah keringat insan lain untuk mendapatkan keuntungan atas sebab terdesaknya manusia terpaksa meminjam untuk membeli rumah. Didalam kes kedua (contoh Mat membelui rumah), 70 ribu “darah” Mat akan disedut hanya dengan goyang kaki sebagai pelabur menunggu masa sahaja mendapat “keuntungan”, adakah wang itu bersamaan dengan masa?, adakah risiko wujud disini? Mat tak bayar, Mat kena tendang, sanggupkah anda menendang keluar saudara sendiri? Letakkan diri anda ditempat Mat, sanggupkah anda diperlakukan sedemikian?
Apa bezanya jika kita sebagai individual dengan bank memberi pinjaman dan meminta balasan dari pinjaman tersebut. Bank tidak akan peduli kesusahan peminjam kerana mereka perlu memastikan “kebajikan” pelabur. Disebabkan bank adalah institusi diiktiraf pemerintah maka pihak berkuasa akan melakukan kerja menghalau bagi pihak pelabur. Sebab itu apabila melabur di bank, pelabur tidak rasa bersalah kerana “kerja kotor” ini dilakukan oleh pihak ketiga secara sah berdasarkan undang-undang sekular. Bagi saya pula jika saya tidak suka orang lain mengambil kesempatan atas kesusahan keatas diri saya maka saya pun tidak mahu melakukan sedemikian kepada orang lain kerana saya tahu ianya akan berbalik semula kepada diri saya sendiri satu hari nanti baik didunia mahupun diakhirat. Inilah salah satu sebab manusia terpinga-pinga kehairanan mengapa manusia lain jahat atau mengambil kesempatan keatas diri mereka sedangkan mereka sendiri melakukannya tanpa sedar keatas orang lain.
samsul(Quote)
saya petik dari artikel UZAR
Hadith Nabi;
“Sesungguhnya Nabi SAW memberi ‘Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia datang bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung” ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )”
“Hadith ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, bermakna 1/2 dinar seekor, dan kemudian menjualnya degan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.
Justeru, tindakan bank-bank Islam yang menjual rumah atau asset kepada pelanggan yang dibelinya dengan harga 100% lebih dari harga asal adalah halal selagi mana pasaran dapat menerimananya.”
saya nak tanya saudara samsul, sekiranya saudara ada membeli rumah pada harga RM50,000 pada tahun 2010 dan ingin menjual rumah tresebut pada tahun 2012, berapa harga saudara mahu jual? sekiranya saudara jual lebih dari RM50,000 maka saudara juga adalah orang yang hanya goyang kaki dan menyedut darah pembeli rumah saudara itu. bukan begitu?
saudara kena faham. bank islam bukan pusat kebajikan. bank islam bukan baitul-mal. bank islam adalah entiti perniagaan. semua entiti perniagaan mahukan untung. kalau saudara berniaga, adakah saudara akan jual dengan harga kos atau dengan sedikit keuntungan. bank pun nak kena bayar sewa, gaji pekerja, bil utiliti dsb…
Syam(Quote)
sama je pinjaman apa pun, bank mesti nk untung(kos pekerja+sewa etc) apa2pun, kalau dapat elak hutang, beli smua cash, alhamdulillah la..pinjaman untuk pelaburan diharuskan sebab kalau nk kumpul cash utk pelaburan, mungkin lambat la nk melabur…
isu akad tu mmg ada, seharusnya semua pihak ada isu menang-menang, bank beri pinjam(dapat untung), peminjam(dpt wang-melabur) so win-win situation…kalau anda rasa terlalu melampau casnye, bleh cancel sebelum akad(sain perjanjian) dan cari bank lain yang anda rasa sesuai.
just my opinion.
mfadhlan(Quote)
First of all, this is a very good subject of discussion. Khatib in Malaysia should be talking about this sort of stuff for khutbah Jumaat instead of mundane subjects that can easily put me to sleep
Saudara Samsul, saya nak cuba “cabar” sikit penjelasan saudara secara begini:
Katakanlah, instead of kasik Mat RM100k utk beli rumah, saudara yang beli rumah tu dan kasik sewa kat Mat.
Sebab bersaudara, kasik dia sewa RM700 ja sebulan. Takda untung pon (zero cashflow), sebab tu la amount yg saudara kena bayar bank.
Mat ni kerja kuat, tapi tak mampu nak beli rumah sendiri, pejam celik pejam celik, dah 20 tahun menyewa….
Ikut perkiraan yg sama, Mat dah bayar RM168k, tapi rumah tu tetap kepunyaan saudara. Semua ni halal sebab dua2 setuju nak menyewa/disewa.
Kalau saudara nak kira zalim, mana lagi zalim? Kasik pinjam RM100k, Mat bayar RM170k dalam masa 20 tahun & dapat rumah atau mat bayar RM170k tapi tak dapat apa2?
Untuk cerita penuh, sila baca di: http://www.islamicperspectives.com/RibaIntro.htm
Saya akhiri dengan satu petikan hadith… nabi Muhammad SAW berpesan:
1. Kepada penghutang (orang yg memberi hutang) supaya memberi lebih masa kepada pemiutang (orang yg berhutang) utk membayar balik serta memberi discount.
2. Kepada pemiutang untuk mempercepatkan bayaran hutang tersebut and membayar lebih kepada penghutang.
Jika tersilap petik, sila betulkan saya. Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah.
pejaz(Quote)
ops… bukan penjelasan samsul, tapi Helmis (syurgadidunia)… maaf.
pejaz(Quote)
assalamualaikum… cara macam tu dikiri riba…. kalau pinjamkan apa apa motor,,,duit ,,, atau lain2.. tak boleh ambil lebih dari yang dipinjamkan… walaupun dengan kiasan….agar si pemimjam memberi lebih….KECUALI… si peminjam dengan rela memberi lebih tanpa pengetahuan si yang memberi pinjam…wahai saudara seagama ketahulah AMALAN RIBA seperti kita BERPERANG TERHADAP ALLAH DAN RASULNYA…boleh rujuk kepada ustaz zaharuddin..dan ustaz2 yang sahih bidang muamalat… saya ulangi amalan riba adalah seperti KITA BERPERANG TERHADAP ALLAH DAN RASULNYA…. anda sanggup? anda sangguo makan sardin tin.. makan coklat ..makan makanan yang cuma ada cop halal yang tak pasti halal….tapi anda tak sanggup guna perbankan islam yang di pantau sendiri oleh lembaga syariah….konon 2 menindas.. gharar..dan lain lain… ekonomi islam baru nak naik… bantulah…
shafree(Quote)
lagi artikel menarik untuk dishare http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/12/islamik-kah-perbankan-islamik.html
Banyak maklumat baru yang saya perolehi dari seminar Riba’ pada awal bulan lepas. Sebelum ini saya telah pun menulis artikel mengapa saya kata pinjaman perbankan Islam haram, dan dari komen-komen oleh pembaca, dapat di lihat pelbagai reaksi yang menyokong dan menentang. Apa yang membakar lagi semangat dan meneguhkan lagi pendirian saya ini (pembiayaan bank Islam haram) adalah apabila mendengar penceramah pertama dipersidangan tersebut Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan bahawa perbankan islamik itu “double” haram. Diikuti pula oleh Sheikh Imran Hosein yang bersependapat sedemikian. Pada hari kedua pula Dr. Aziuddin dari KUIS pula menyatakan perbankan islam “triple” haram. Disini saya ingin berkongsi maklumat dan mengajak rakan-rakan merenung kembali berfikir samada islamikkah perbankan islamik itu dengan amalan-amalan perniagaan yang mereka lakukan dan juga mengapa tokoh-tokoh dipersidangan riba’ ini menyatakan sedemikian.
Perbankan Islam Menghalalkan Apa Yang Haram.
Didalam artikel saya sebelum ini, saya sudah pun memberikan sebab mengapa saya kata pinjaman perbankan islam itu haram, jika anda adalah pembaca baru dilaman blog ini, sila baca artikel tersebut beserta komen-komennya terlebih dahulu. Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan islam adalah dua kali (double) haram dan patut ditutup, kerana apa? kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba’ dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja keatas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba’ dan penindasan.
Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/12/islamik-kah-perbankan-islamik.html#ixzz1DLayuEje
samsul(Quote)
bro samsul…1 contoh comparison yg sgt menarik, jelas lg bersuluh..nampaknya ‘term’ sahaja ditukar, ttp kaedah masih sama dgn konvensional.
wadie7990(Quote)
islam meraikan perbezaan pendapat..apa yang saya nampak, perbankan islam tidak mengambil riba. apa yang diambil adalah keuntungan kerana jualan tertangguh. satu lagi, dalam perbankan islam, unsur gharar tidak ada..berbeza dengan perbankan konvesional..begitu juga unsur maysir..saya ada membaca kedua2 pendapat yang menyokong dan menentang perbankan islam, kedua2 mempunyai hujah masing2…namun, dalam dunia hari ini, ketika islam kian terpinggir, usaha menghidupkan perbankan islam pada saya adalah dakwah..barang baik mestilah mahal…betul tak? hehe…
Inilah indahnya islam..masing2 ada pendapat..mcm mazhab juga..jd terpulang kepada kita untuk memilih..hanya Allah yang akan menilai..cuma bagi sya yang daif nie, sy hnaya ikut pendapat majoriti kerana tak semua perkara dalam agama berlandaskan logik semata-mata..waallahualam..
mizie7(Quote)
perbincangan pasal isu bank islam sentiasa menyedihkan dan mengstresskan saya… btw… tahniah atas kehadiran sang putri, jaga elok2 yah
k.aida(Quote)
kenapa kena sedih? ini wajib dibincangkan.
tbtw…sempat lagi ..hehehe…tq tq..alhamdulillah
tuanbri(Quote)
Setahu aku..ada 3 jenis kaedah/rate yang digunapakai oleh PERBANKAN ISLAM untuk menentukan jumlah pembayaran bulanan si peminjam.
1. Fixed Rate (biasanya 6.85%)
2. Variable Rate (BFR-1.8%) tp ada Ceiling Rate (10.75%)
3. Variable Rate (BFR-1.8%) dan tiada Ceiling Rate/Contracted Profit Rate (no limit)
Jenis pinjaman 1 & 2 ada harga jualan bank (The bank’s selling price) tetapi mcmana pulak yg jenis pinjaman 3 / tiada ceiling rate?
wadie7990(Quote)
BBA- Bai’ Bithaman ‘Ajil kat Malaysia je halal..negara Islam lain dah lame haramkan..
klu btul2 islamic, dh lame pakai Qardul Hasan..bank skang mane dah pakai QH sbb untung skit..semua tukar ke BBA sebab nak kaya cepat..
cuba kaji sistem tawaruq, lagi baik drpd BBA dan Al Inah..
HafiZ(Quote)
Hafiz- kenapa BBA halal di Malaysia sahaja ?
ada pernah selidik ? ada sebab. Takkan Ulama kat Malaysia ni lepas pandang jer…
tuanbri(Quote)
Saudara hafiz bleh bg link tentang Qardul Hasan dan Al Inah. saya minat untuk mengetahui dgn lebih mendalam
TQ
Syam(Quote)
Bagi saya, pinjaman islam tidak membebankan, konsepnya seperti yang telah dibincangkan, bank beli dan jual kepada pelanggan. Cuma masalahnya penetapan ibra (rebat) yang boleh dipertikaikan kerana dlm perjanjian ada tertulis atas budibicara pihak bank. Perkara Ibra (Rebat) penyelesaian awal perlu buat kira-kira yang tepat utk mengelak berlaku penganiayaan kepada pembeli rumah tersebut.
Bank tidak boleh menjadikan alasan tidak memberi Ibra kerana pembeli telah melanggar perjanjian.
Hairi(Quote)
Cuma kekurangan pinjaman islamic ialah penyelesaian sebahagian tidak diberi rebat, tidak seperti pinjaman konvensional, penyelesaian melalui pengeluaran KWSP dimana baki pokok akan berkurangan, kesannya tempoh berkurangan @ ansuran bulanan akan menjadi kurang selepas penyelarasan.
Tidak seperti pinjaman islamic (BBA), tidak nampak kesan yang ketara, cuma bilangan ansuran sahaja berkurangan, jumlah loan tetap sama.
Hairi(Quote)
Cuma kekurangan pinjaman islamic ialah penyelesaian sebahagian tidak diberi rebat, tidak seperti pinjaman konvensional, penyelesaian melalui pengeluaran KWSP dimana baki pokok akan berkurangan, kesannya tempoh berkurangan @ ansuran bulanan akan menjadi kurang selepas penyelarasan.
Tidak seperti pinjaman islamic (BBA), tidak nampak kesan yang ketara, cuma bilangan ansuran sahaja berkurangan, jumlah loan tetap sama.
Hawa(Quote)
salam.
xde plak link yg dipinta kerana perbincangan permasalahan muamalah ini saya dapat daripada mendengar diskusi dan seminar oleh sarjana siswazah di universiti.. saya cadangkan saudara2 melabur ke dalam diri sendiri dengan mendapatkan kitab2 fiqh muamalat seperti usul fiqh dan qawaid fiqh dll utk mengetahui serba sedikit ttng istilah dan definisi yang digunakan oleh perbankan sekarang disamping boleh mendapatkan prosiding2 yg telah diterbitkan oleh Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam yang berdekatan utk lebih mengetahui.
Dalam permasalahn jualbeli rumah (selalunya) pembeli terpaksa meminjam daripada institusi perbankan samada Islam atau konvensional. Tapi hasrat utk pembeli meminjam wang kepada Islamic Banking ternyata tidak berlaku hakikatnya kerana Islamic banking(IB) tidak menawarkan pinjaman seperti Qardul Hasan..sebaliknya IB melaksanakan jual beli kepada peminjam di bawah BBA (bai’ bithaman ‘ajil)= jualan harga tertangguh..ini yang menjadi masalahnya kerana saya yakin ramai diantara org islam sekarang tidak sedar bahawa IB telah dan sedang berniaga dengan pembeli sedangkan niat dan didalam pemikiran peminjam bahawa dia sedang meminjam daripada IB tersebut. Pinjam dan jual beli adalah berbeza sama sekali dalam hukum muamalah.ini suatu masalah. Sepatutnya peminjam meminjam sejumlah wang untuk membayar harga rumah/barang tersebut dan bukannya berjual beli dengan pihak bank..sungguh tricky di situ.. Klu anda perasan, akad oleh IB dengan peminjam lebih dari satu (dlm BBA)..pertama pihak bank menjual asetnya kepada peminjam seperti sebidang tanah dll dgn harga tertentu..ex:rm50000.00 kemudian akad kedua peminjam menjualkan kembali kepada bank dengan harga lebih ex: rm80000.00..ini akad jual beli sebenarnya..di mana jumlah keuntungan bank sudah maklum..perkara begini berlaku apabila kita membuat pinjaman dengn IB..disebabkan perkara inilah peminjam rasakan IB lebih mahal daripada konvensional..
Jika dilihat akan jawapan para ilmuan malaysia, mereka akan berkata ‘demi maslahat’ ianya harus dan boleh dilakukan dengan alasan pegangan ekuiti umat islam (bank) adalah amat rendah berbanding dengan org kafir..sama seperti alasan ASB..contohnya, demi mengangkat bendera islam lebih tinggi drpd bendera kafir, ketua (IB) terpaksa memijak kepala semua umat islam yg taat setia kepada islam..alasan ini blh di lihat pada rancangan ‘tanyalah ustaz’ tv9 oleh us zaharuddin..
hakikatnye saya dan anda yg meminjam dan yg taat dengan hukum islam merasa tertindas dengan perbankan secara islam ini. sudah jelas, untuk mmbuat pinjaman sepatutnya konsep Qardul Hasan digunapakai dimana pihak bank hanya mengenakan caj perkhidmatan pengurusan sahaja dan bukannya keuntungan..tapi ianya sangat tidak menguntungkan pihak bank..dan inilah apa yang diperintahkan oleh Allah kepada umat islam dengan jelas tapi ramai yg alim leka dengan teori dan konsep muamalah yg meragukan ini.Ya, kita tertindas dan marah dengan perbankan islam ini.kita rasa teraniaya sehingga sudah banyak pemasalahan ini dibicarakan di mana2 sahaja..namun mereka yang menyokong konsep muamalah ini selalunya mempunyai kaitan dengan pengurusan perbankan. Dalam muamalah islam, sepatutnya tiada sesiapa terasa di aniaya..jika ada, x islam lah tu..senang cite..sepatutnya kita wajib yakin, utk menaikkan sistem perbankan islam, jangan sekali2 aniaya org islam yg telah memberi kepercayaan kepada IB setelah sepanuh hati, jiwa dan raga meninggalkan sistem haram konvensional..jangan mainkan umat islam begini..
Nak naikkan sistem muamalah islam, dari srng kene guna sepenuhnya..jgn kang dah naik, kelam kabut nak baiki sana sini sampai terjatuh x naik2 dah..bila semua org islam dah benci perbankan islam yg berpura2 islam..
HafiZ(Quote)
terima kasih saudara hafiz atas sedikit pencerahan yg diberikan. ringkas tapi bnyk ilmu yg sy dapat. maknanya sy ringkaskan kat sini:
Qardul Hasan adalah istilah utk pinjaman. pihak bank boleh bagi pinjaman dan dikira halal sekiranya pihak bank cuma menuntut kembali jumlah pinjaman beserta caj perkhidmatan sahaja. pinjaman menjadi haram apabila pihak bank mengambil keuntungan (riba?) daripda peminjam.
Bai’ Bithaman ‘ajil adalah istilah utk jualan tertangguh. pembeli jual rumah pd bank dgn harga RM50,000 dan bank jual kembali rumah tersebut pada harga RM80,000. jadi bank ambil keuntungan RM30,000.
kalau ikut drpd pa yg sy faham drpd tulisan saudara hafiz, BBA haram sebab terdapatnya percanggahan niat (pembeli anggap pinjam. bank anggap menjual). maka kalau pembeli berniat untuk meminjam drpd bank dgn perjanjian pembelian dibuat secara ansuran bulanan, adakah pembelian ini halal dan menepti syariat?
(walau bagaimanapun saya juga berpendapat sekiranya perbankan islam mengambil keuntungan yang sangat tinggi hingga menyusahkan pembeli adalah sangat tidak wajar)
harap dikongsikan lebih lagi. terima kasih…
Syam(Quote)
typo error:
maka kalau pembeli berniat untuk MEMBELI drpd bank dgn perjanjian pembelian dibuat secara ansuran bulanan, adakah pembelian ini halal dan menepati syariat?
Syam(Quote)
aku memang 100% sependapat dengan saudara Hafiz.. kita memang menyokong islamic banking.. aku sokong walaupun aku rasakan ianya bukan bertepatan dengan apa yg dikehendakkan oleh islam.. kerana aku meyokong islamic banking sekarang tak bermakna aku setuju tapi hanya kerana aku tak de pilihan lain.. jadi amat la kurang bijak kalau ader yg bagi statement “halal” sebab keduadua dah bersetuju dan bank tak paksa suruh kita ambil”.. kita bersetuju sbb kat malaysia takde konsep perbankan islam yg lain..
aku juga kurang setuju kalau ader org berkata”nak yg baik, halal.. mesti la mahal sedikit” .. ho ho ho.. dan paling best bagi perbandingan ” ayam yg disembelih halal biasanya akn lagi mahal sebab ianya halal” .. mmg xde kena mengena langsung..
ada juga yg komen..bank kena ambil lebih sbb nak cover kos pekerja..aku j tak kata, bank tak boleh charge lebihan utk cover gaji pekerja,etc.. itu mmg logiklah utk cover working cost.. tetapi sampai berlebihan hingga hilang kemanisan konsep islam itu sendiri.. bagi aku lebihan yg terlampau yg akan dishare oleh sekelumit pemegang saham atas penindasan peminjam ..itulah dinamakan riba..
harga jualan balik rumah tu pun dikira hanya berpandukan kepada interest rate yg bank konvensional tawarkan.. sejibik.. lepas dapat final price tu., iaya dikatakan harga jualan balik rurmah.. walhal formulanya sejibik guna interest rate konvensioanal.. tukar nama jer.. pada yg belum pernah ambil islamic financing toksah dok komen la sbb korang tak pernah tengok camne banker kira..
apalah salahnya jika ada satu mekanisma yg lain yg mana ianya lebih murah dari bank konvensional spt yg diceritakan oleh sdr Hafiz(yg mana kita tau bank konvensional amalkan riba n mmg untung kaw-kaw) tetapi masih bisa menampung kos operasi dan sedikit lebihan.. alangkah bagus macam tu.. aku rasa bukan sahaja org islam tapi org bukan islam pun tertarik utk ambik islamic financing dan akan terbukalah hati mereka untuk mendekati islam.. yg mana ianya secara tak langsung dapat menambah pegangan ekuiti org islam dan bank islam itu.. itu pendapat aku la.. pendapat org belajar tinggi aku tak tau la.. bukan tak boleh buat.. tapi mmg dah dasarnya bank.. mmg nak untung lebih la..
apa apa pun aku still ambik n support islamic financing yg mcm sekarang ni.. sbb aku takde pilihan lain..
samsul(Quote)
Islam menakrifkan adil tu meletakkan sesuatu kena pada tempat nya, bukan menyamakan antara satu dengan yg lain..kenapa bila bincang pasal IF, timbul isu adil, zalim, menindas apabila ianya cuba di samakan dgn dua sistem yg berbeza? contoh mudah, kenapa kita tak cakap “tak adilla sbb non-muslim blh minum arak, tp muslim tak blh?” kenapa timbul isu bila ambik IF kena bayaran balik berkali ganda bilamana kita sendiri mengetahui wujudnya penindasan terhadap sistem IF di Malaysia dari sudut perundangan, sistem cukai, zakat dan sebagainya…sbb tu aku rasa kurang tepat nak mengatakan sistem IF tak adil..
Memang tak dinafikan ada kepincangan sistem IF ni..tp dlm masa yg sama kita kena tgk jugak faktor2 lain yg menyumbang kpd kepincangan ni…kalu dah sistem ekonomi kita pun ikut sistem kapitalis, negara kita pun hanya negara umat islam (bukan negara Islam ye) macamana yg lain2 nak jadik islamic, melainkan tukar semuanya kpd pure islamic pak…bukan mustahil tu:-)…
Aku percaya ahli panel syariah yang dilantik di bank2 adalah mereka yg berilmu dan layak melakukan ijtihad di zaman “moden” ni…dan bagi aku panel syariah yang bertugas di industri perbankan Islam lbh layak utk berijtihad daripada pensyarah yang mengajar teori berkenaan Fiqh Muamalat saja sbb mereka ni yg terlibat dan terdedah secara langsung dgn sistem kewangan semasa…apalagi kita yg bukan graduan syariah ni….tp tak bermaksud tak blh discuss langsung kat sini..Islam pun menggalakkan utk kita berdiskusi selagi tak lari dari landasan2 yg tlh ditetapkan syarak…wallahua’lam
fauzi(Quote)
Saya agak hairan kerana perbicangan halal dan haram di sini berasaskan jika ianya murah atau mahal..
Jika murah, ianya halal..jika mahal maka ianya haram… mmm.. menarik..
prubono(Quote)
saya tak nampak pun.
itu adalah persepsi umum.
tuanbri(Quote)
Tersebutlah al-kesah di dalam al-Quran perihal ahli qariah (org kampung) Sabbath, juga dikenali sebagai ahli Sabtu..di mana telah sampai kepada mereka ajaran mentauhidkan Allah dengan syariat mengerjakan perkara ma’ruf dan melarang perkara munkar..
Dan suatu hari, telah diperintahkan kepada penduduk kampung ini agar pergi beribadat di rumah ibadat yang ada dengan arahan Wajib drpd Allah..walhal selama ini mereka sebagai nelayan tidak pernah lekang drpd menangkap ikan di laut di samping beriman kepada Allah, sama sahaja dengan kita pada hari ini..
Pada awalnya mereka semua taat dan akur dengan perintah Allah tersebut namun keimanan mereka tergugat apabila hari2 biasa apabila pergi menangkap ikan, jumlahnya adalah amat kurang..berbeza dengan hari Sabtu yg diperintahkan kerumah ibadat..Jumlah ikan adalah amat luar biasa banyaknya..setiap kali mereka pergi dan pulang dr beribadat..
Maka arahan wajib ini membuatkan mereka terbahagi kepada 3 kumpulan..Yang pertama, terdiri drpd penduduk kampung yg taat dan beriman..mereka terus pergi ke rumah ibadat yg diarahkan dengan patuh dan tanpa ragu2..yang kedua, mereka pergi ke rumah ibadat tersebut tapi telah siap meletakkan jaring dan peralatan menangkap ikan yg lain sblm pergi beribadat dengan niat agar dapat pahala kerana beribadat dan keuntungan lumayan setelah pulang.. Yang ketiga, terus ingkar utk kerumah ibadat dan terus leka menangkap ikan yang amat banyak pada hari Sabtu berbanding hari lain..
Akhirnya murka Allah telah ditimpakan kepada mereka dengan bertukarnya mereka daripada manusia kepada KERA..
Siapakah KERA tersebut? Kumpulan kedua dan ketiga..
Kalau kumpulan ketiga jadi kera xpelah sebab dah jelas ingkar..tp, kenapa yg kedua ni??
Sbb perintah Allah dah jelas dalam Al-quran dan sunnah.. begitu juga dengan situasi kita skrg ni..dulu hingga bila2, peristiwa yg disebut Allah ini ramai yg alpa..yg mengambil kesempatan dengan menjual ayat2 Allah adalah lebih hina drpd KERA meskipun mereka berwajah alim dan ilmunya tinggi..
Yang HALAL itu telah jelas dan yg HARAM itu juga telah jelas..
renungkan dalam2..
HafiZ(Quote)
Surah Al-A’raaf ( ???????)
Ayat 163.
Sila tulis ayat yang kamu rujuk dalam Al-Quran supaya mudah untuk orang lain buat rujukan.
terima kasih saudara.
tuanbri(Quote)
Bagi saya, walaupun tak pakar pon dlm bidang sistem perbankan islamic atau pon konvensional, tp berdasarkan ilmu yg ada….apa salahnya bagi pendapat kan…kalu sistem bank islamic ni die nak pakai konsep jual beli…kenapa perlu untung sampai berlipat kali ganda?sampai 2 atau 3 kali ganda nilai hartanah…bkn ke keuntungan nilai hartanah adalah berdasarkan nilai harga pasaran di WAKTU tersebut?jadinye kalu nak buat kiraan pembiayaan bulanan,kene bersandarkan nilai hartanah masa tuh ler…and mcm kes kat atas nuuun…lepas lelong…instead of mintak Untung atas kiraan yg kononnye ‘islamic’ yang agak tak logik untungnye….mengapa tak kira ikut nilai hartanah time tuh?!!!!kan lebih adil?
muncheng_kubi(Quote)
ada buat kajian tak kenapa bank islam ambik untung berlebihan ?
ada kaji tak kenapa bank islam tak kira ikut nilai hartanah time tu?
Apa itu adil ?
tuanbri(Quote)
takde…sy komen ikut logik jer
muncheng_kubi(Quote)
hehehe…
dalam Islam, ada part yg ikut logik, ada part yang tak terjangkau dek akal…
itu yang bahayanya bermain dengan Logik..
tuanbri(Quote)
Satu kisah yang bagus Hafiz. Untuk sama2 direnungkan dan kaitkan dengan situasi kita hari ini. Terpulang pada kita untuk join ‘which group’.
Alam bumi tuhan ni luas, jalan-jalan yang terbentang ada banyak untuk dipilih. Tapi mungkin kita lebih ‘terprogram’ untuk sanggup membuat pinjaman/pembiayaan asalkan dapat memiliki ‘material’ yang diingini nafsu.
Voltron(Quote)
Kebanyakan Orang hanya berfikir bagi Sebelah Pihak sahaja….
Iaitu Peminjam (sebab Majoriti)..
Bagaimana kalau korang pulak yang jadi Banker ?
Contoh UZAR bagi kita :
A beli barang daripada China = 20 sen
A jual di Malaysia = RM4.00
Untung = RM3.80
Peratus = 1900% untung.
Adil tak ?
Apakah untung 1900% ini HARAM ?
A setuju untuk jual RM4.00
B bersetuju untuk beli RM4.00
-ada Akad.
tuanbri(Quote)
askum..
Hari ni saya terima surat drpd bank islam yg menyatakan perubahan skim pinjaman Bai’ al-Inah kepada sistem Tawarruq.. alhamdulillah, kesan daripada kesedaran tuan-tuan dan puan-puan sekelian maka sistem perbankan islam membuka lembaran baru ke hadapan dengan betul2 memenuhi syariat islam y sebenarnye..cuma yg masih lg kureng dlm sistem tawarruq bank islam ini ialah pihak bank melantik sendiri panel bg pihak ketiga..
tp xpe, selagi kita sedar dan sentiasa memberi tekanan kepada ke arah sistem ekonomi islam yg sepenuhnya, isyaAllah kita akan berjaya..demi Islam dan anak cucu kita kita..
Tahniah!
HaFiZ(Quote)
Assalamualaikum wbt…HaFiZ…boleh share sket ttg perubahan skim pinjaman daripada Bank Islam tu? Sbb saya check balik dgn website Bank Islam, ikut pemahaman saya yg dah ditukar ke Tawarruq tu utk Personal Financing dan bukannya Home Financing. Mungkin saya salah, so minta betulkan. Wassalam.
Khairul(Quote)
Bank islam ni nak menghalalkan yg haram jer…abes cite.
muncheng_kubi(Quote)
Haram itu jelas…Mana boleh menghalalkan yang haram..Haram tetap haram…
mwadym(Quote)
bole tak tuan cter cket pe persamaan AITAB ngan konvensional HP??
daus(Quote)
Wahai saudara seagama,…. jangan kita pandai 2 meletakkan hukum…. biarlah yang ahli menentukan hukum halal atau haram sesuatu perkara…. kalau ribanya amalan bank bank islam pada pandangan kita…. habis kesemua ahli ulamak… mak bapak.. ustaz ustaz… ada kalau tak pinjaman ,,simpanan dengan bank…. so adakah hampir majoriti kesemua ahli ilmuan islam kita termasuk kita makan riba dan berperang terhadap ALLAH dan RASULnya… fikir fikir lah…. bank islam terpaksa berpaut dengan bank konvensionalk untuk naik… secara tak langsung masih ada saki baki keadaan cara konvensional yang diguna pakai..cuma lebih adil…saya pernah dengar ceramah mualamat… mengatakan ..kalau dihimpun semua aset bank islam di seluruh dunia sekalipun hanya sedikit sangat berbanding bank 2 konvensional dunia… riba juga terjadi apabila …. emas dibeli secara tangguh beli…spot .. main kutu dengan sandaran emas… so…. banyakkan ilmu mualamat anda wahai saudara seagama ku….Insyallah…. ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN DAN MAHA MENDENGAR… keluhan hambanya yang bertkwa…
shafree(Quote)
salam sy nk tnya bank mana yg menawarkan pinjaman qardul al-hassan?
myra(Quote)
Walaupun akad bank mengesahkan perjanjian, soal keadilan perlu diambilkira.
Sebagai perbandingan dalam akad nikah pun ada hukum halal, haram, harus.
Jika perkahwinan membawa mudarat maka perkahwinan itu kan menjadi haram.
pak long(Quote)