Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Skim Rumah Pertamaku – Part 3

Dahulu tuanbri.com ada membuat posting mengenai skim Rumah Pertama Ku yang masih ramai tidak tahu cara implementasinya. Ramai yang masih kabur kabur.

Skim Rumah Pertamaku – Part 1

Skim Rumah Pertamaku – Part 2

Masih jugak Kabur…..apakah pengumuman kali akan menerangkan segala galanya ?

Skim Rumah PertamaKu

Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan oleh Perdana Mentari kita ketika pembentangan bajet 2011, kini telah dilancarkan secara Rasmi Bulan Mac 2011. (5 bulan)

Apa kata suratkhabar :

KUALA LUMPUR 8 Mac – Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.

Najib berkata, skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

CAGAMAS ? Masih ingat lagi email aku kepada mereka ? Mereka kata merekaakan umumkan di laman sesawang mereka. Cuba check.

Anda boleh layari laman sesawang Skim Rumah Pertamaku (www.srp.com.my) untuk mendapatkan maklumat lanjut, seperti yang diumumkan oleh Perdana Mentari Malaysia. Malam ni aku cuba untuk melayari www. SRP.com.my tetapi..apa yang aku dapat ialah :

Service Unavailable

“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut,” kata Perdana Menteri.

Bank yang terlibat ialah

Affin Bank Bhd,

Affin Islamic Bank Bhd,

Alliance Bank Malaysia Bhd,

Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd,

AmBank Bhd,

AmIslamic Bank Bhd,

Bank Islam Malaysia Bhd,

Bank Muamalat Malaysia Bhd,

CIMB Bank Bhd,

CIMB Islamic Bank Bhd,

EON Bank Bhd,

EONCAP Islamic Bank Bhd,

Hong Leong Bank Bhd,

Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd,

Maybank Islamic Bank Bhd,

OCBC Bank Malaysia Bhd,

OCBC Al Amin Bhd,

Public Bank Bhd,

Public Islamic Bank Bhd,

RHB Bank Bhd,

RHB Islamic Bank Bhd,

United Overseas Bank Malaysia Bhd,

Standard Chartered Bank Malaysia Bhd,

Standard Chartered Saadiq Bhd dan

Cagamas Bhd (CSC Department). – Bernama

pinjaman perumahan 100%

Dipetik daripada www.srp.com.my :

Soalan Lazim

A. Skim Rumah Pertamaku

1.Apakah Skim Rumah Pertamaku (Skim)?

Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri. Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah.

Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank yang terlibat atas pembiayaan yang lebih dari 90%.  Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.

2.Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna yang peminjam/pelanggan dibawah skim ini hanya menanggung pembiayaan sebanyak 90% sahaja?

Tidak. Peminjam/pelanggan terpaksa menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank yang terlibat (sehingga 100%). Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.

3.Adakah saya perlu membayar kadar faedah/keuntungan yang lebih tinggi atau sebarang bayaran untuk menikmati pembiayaan sehingga 100% dibawah skim ini?

Tidak. Kadar faedah/keuntungan biasa bank-bank yang terlibat digunapakai dan para peminjam/pelanggan tidak perlu membayar untuk mendapatkan jaminan daripada Cagamas SRP Berhad.

B. Pembiayaan

1.Siapakah yang layak untuk Skim ini?

Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada hari lahir berikutnya) dengan pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM3,000 bagi setiap pemohon.

2.Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk Skim ini?

Tidak. Skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja. Pemohon mesti telah disahkan dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan.

3.Saya berkerja sendiri dan pasangan saya yang bekerja di sebuah syarikat perdagangan dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Adakah kami layak untuk menjadi pemohon bersama dibawah Skim ini?

Tidak. Semua pemohon (termasuk pemohon bersama) mestilah bekerja di dalam sektor swasta dan memenuhi semua kriteria kelayakan yang lain.

4.Saya dan pasangan saya masing-masing mendapat RM1,500 sebulan dan ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% untuk membeli rumah pertama kami yang berharga RM220,000. Adakah kami layak dibawah Skim ini?

Ya. Anda layak untuk mendapat pembiayaan 100% dibawah Skim ini sekiranya jumlah pembayaran balik bulanan pembiayaan berkenaan tidak lebih dari 1/3 gabungan pendapatan kasar bulanan peminjam/pelanggan dan dalam kes ini, ianya adalah RM1,000 sebulan.  Walaubagaimanapun, pembiayaan adalah bergantung kepada kemampuan.

Contoh kiraan :

* Gabungan pendapatan kasar: RM1,500 + RM1,500 = RM3,000

*1/3 daripada RM3,000 = RM1,000

Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan adalah 30 tahun, jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM200,000. Untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000, gabungan pendapatan bulanan anda hendaklah lebih kurang RM3,300.

5.Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan dibawah Skim ini?

Tidak. Pemohon-pemohon bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

C. Harta

1.Adakah Skim ini merangkumi harta-harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan?

Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan.  Jaminan tersebut akan berkuatkuasa apabila pembayaran penuh pembiayaan tersebut dibuat.

2.Saya dan pasangan saya ingin membeli sebuah harta yang berharga RM220,000. Adakah kami layak untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000 jika kami memenuhi kriteria pendapatan yang ditetapkan?

Secara amnya, bank-bank yang terlibat akan memberi pembiayaan berdasarkan harga belian atau penilaian (nilai pasaran terbuka) daripada panel jurunilai mereka, yang mana lebih rendah.Penilaian harta tersebut adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank yang berkenaan.

3.Pembiayaan sedia ada saya diambil semasa saya membeli rumah pertama. Adakah saya layak untuk  mendapat pembiayaan semula bagi pembiayaan tersebut dibawah Skim ini?

Tidak. Skim ini tidak merangkumi pembiayaan semula bagi pembiayaan sedia ada.

4.Adakah sebarang had ditetapkan bagi jenis harta kediaman atau lokasi dibawah Skim ini?

Jenis harta kediaman dan lokasi adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank-bank yang terlibat.

D. Soalan Lain

1.Bagaimanakah cara untuk saya memohon pembiayaan dibawah Skim ini?

Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

2.Bolehkah saya memohon untuk pembiayaan Islam dibawah Skim ini?

Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua pembiayaan konvensional dan Islam.

3.Apakah tempoh maksimum pembiayaan?

Tempoh maksimum pembiayaan ialah 30 tahun, tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

4.Perlukah saya membeli insurans/takaful kebakaran dan Insurans Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTA)/Takaful Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTT)?

Peminjam/pelanggan mesti membeli insurans/takaful kebakaran. Walaubagaimanapun, keperluan bagi MRTA/MRTT bergantung kepada keperluan bank-bank yang terlibat.

Ciri-ciri dan Faedah Utama

Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

* Pembiayaan sehingga 100%

* Harta kediaman sahaja

Kriteria Kelayakan

Peminjam/Pelanggan Yang Layak

* Warganegara Malaysia

* Pembeli rumah pertama

* Individu berumur sehingga 35 tahun

* Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan

* Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan

*Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Harta Yang Layak

* Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia

* Nilai minimum hartanah RM100,000

* Nilai maksimum hartanah RM220,000

* Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan

* Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun

*Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)

* Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap

* Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)

* Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Permohonan

Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

  • bagi yang belum berkahwin dan pekerja kilang yang telah disahkan jawatan gaji kurang dari rm3000 adakah mereka layak untuk mendapat pinjaman ini?

    • layak…boleh apply kat SRP.
      Janji bawah RM3,000.
      hutang lain kurang…so bila apply dengan bank, loan masih boleh lepas lagi

  • banyak betul syarat2nya…dan hanya utk pekerja sektor swasta shj. Apa pun, masih tertungu-tunggu bila Najib nak umumkan Skim Rumah Ketigaku huhuhu..

  • Salam,

    Kalau dah ade rumah sampai 49 bijik atau 3 bijik rumah, tak payah la nak bangga riak sampai macam tu sekali. Diam sudah. Bukan semua orang ade rezeki macam tu. Bersyukur & diam tu lebih baik.

    No offence.

    • betul2…dah ada nak tamak2 wat pe lagi…harta donia tak bawak ke ku bo pun…tapi nak apply cane jer? tak de site tuk apply online pun….bagi mcm tak nak bagi..pape tah..

    • Sebenarnya semua orang boleh buat macam dia, bukan kira rezeki sahaja. Kena usaha..

      caranya ?

      Salah satu – Kelab Hartawan Hartanah

      Macammana nak menyertai Kelab Hartawan Hartanah ?
      -baca blog ni dan cari.

      -Kita share untuk kebaikan semua. Kalau diam, kaya sorang sorang je la…nak simpan sorang sorang ke ?

      no offence.

  • sekarang ni susah nk jumpe rumah dlm 220k lg,
    kebanyakan pemaju naikkan harga rumah.
    walaupun skim ni ada,rumah yg ade pun mungkin apartment je

  • Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan

    … so gaji kasar/pokok laaa

  • bagaimana pula jika saya berumur 26 tahun dan suami saya berumur 41 tahun..adakah kami masih layak untuk membuat pinjaman ini? atau hanya salah seorang dari kami saja yg layak? TQ

    • ohh..ok..jika saya hendak apply, adaka saya diminta untuk terus berhubung dengan pihak bank atau dengan pihak pemaju perumahan itu? n 1 lagi, bagi negeri sabah pula, dimana letaknya tapak perumahan itu?boleh bagi nama dan tempatnya?tq

  • soalan2 yg mungkin berguna kalau tuan bri boleh jawab:

    1. Interest rate dia sama tak dgn rate loan org 90%?

    2. Boleh co-loan tak dgn ayah,ibu,suami, isteri,adik yg gaji lebih drpd 3k? Ada effect apa2 kat kelulusan?

    3. Rumah utk didiami sendiri tapi mcm mana diorg check? setiap tahun dtg survey rumah?

    4. katakan rumah harga rm230k, kalau 10k keluar duit sendiri, baki tinggal 220k, boleh tak beli guna skim nie.

    5. Boleh ke org yg jadi guarantor utk loan(personal loan, kereta dll) lain beli umah guna skim nie… ada apa2 effect ker…

    6. semua kata putus bergantung pd bank atau cagamas? nk tahu sbb adakah ia akan memanjang kan masa proses loan?

    tq tuan bri….

  • untuk sesiapa yang eligible untuk SRP ni, better consult dengan banker. Diff bank diff guidelines. ni guidelines dr one of the bank ..

    – Customer is required to self finance the MRTA/MRTT, legal fees and valuation fees.
    – Malay Reserved Land is not allowed by the Bank under this scheme.
    – a) The applicant must individually show savings habit with average balance equivalent to more or equal to 3
    instalments in the past 3 months.
    Eg. instalments of RM1,000 per month, average savings balance should be more or equal to RM3,000 in
    the past 3 months.
    b) Savings may include ASB, fixed deposit, savings account and current account.
    – a)If the property is located on a leasehold land, the property should have a remaining leasehold tenure of at
    least 60 years for Peninsular Malaysia at the time of application.
    b)Financing of leasehold property with remaining of leasehold tenure of less than 60 years is allowed for East
    Malaysia.
    – Customers are not allowed to refinance until full
    disbursement.
    – a) All types of under construction and completed residential properties–landed or non-landed (from
    developers or sub-sale) for residential purpose only.
    b) To exclude resort home, shophouses and Soho.
    c) Only 1st party charge allowed.
    d) Under construction property by individual/appointed contractor is not allowed.
    e) Malay Reserved Land is not allowed by the Bank under this scheme.

  • rumah value 100k,seller jual 150 k…so mcamana ek??

    loan skim rumah pertamaku ni dapat 100% untuk value rumah 100k ,atau selling price 150k tu??

    hhhmmm..musykil2….

  • salam..tgh sy mcari info camana nak cancel pembelian rumah..tjumpa blog ni..menarik jg sbb byk sgt ilmu yg sy perolehi dr cni dan sepertinya bpengetahuan luas dlm bidang ni..kes sy ni dah sign deed of assignment, facilities agreement, loan agreement ngn public bank..rumah tu subsale..pas tu dh byr deposit plak..peguam kata proses strusnya diorg siapkan segala dokumentasi dan tgu surat dri developer bru lah bleh sign S&P..skrg ni tetiba tfikir nak batalkan plak tp takut sbb xda pengetahuan lgsg ttg semua ni n takut tertipu..deposit tu dpt blik ke klu cancel?bingung..

  • Jess – Boleh cancel tapi
    kena bayar Penalti…
    kepada bank

    Kepada developer, kena bayar Admin fee.

    Kepada lawyer, kena bayar Legal fee. tapi tak penuh.

    Boleh buat, biar rugi sikit daripada Rugi banyak

    • tima kasih banyak2 atas info berguna ni tuanbri..ianya sangat berguna untuk saya bersedia dari segi mental sebelum bjumpa dengan lawyer nanti..

  • bagaima pula jika rumah itu telah full booking?? n jika kita disenaraikan dalam kumpulan waiting list, adakah kita menunggu dengan harapan atau sebaliknya..adakah si pemaju akan membina lagi apartment bagi memenuhi permintaan si pembeli? tq

    • Pemaju Takkan bina lagi Apt….mana ada org buat camtu.

      Waiting list = tunggu orang lain punya loan tak lepas, then dapat la kat waiting list

  • Skim Rumah Pertamaku nie, org gomen boleh apply tak? .. Hehe, sayang nak guna loan gomen untuk beli rumah pertama..
    Baik guna loan bank selagi boleh..kan kan kan

    • Skim Rumah Pertamaku nie, org gomen boleh apply tak? .. Hehe, sayang nak guna loan gomen untuk beli rumah pertama..
      Baik guna loan bank selagi boleh..kan kan kan

      Sorry.. Skim ni hanya untuk pekerja Swasta sahaja….yang makan gaji sahaja…

      Kakitangan Kerajaan, sila pinjam daripada Perbendaharaan

  • contoh:
    kalau basic salary rm1600
    so 1/3 dari rm1600 = rm533
    harga rumah contoh 150k
    kalau 90% loan dpt rm 630 bulanan
    kalau 100% kena bayar dlm rm700
    so mampu ke org tu dpt skim rumah pertamaku??
    jadi kene bayr brape sebulan?
    rm700 ke?
    aiyaaaaaa..sulaaa pening maaaaaaa

  • ni sy nak tnya sy baru berumur 18 tahun bln 8 ni baru 19 tahun sy telah berkerja melebihi 6 bulan di sebuah syarikat swasta jumlah pendaapatan sy Rm1700 layak ke saya menjadu nama ke dua utk srp ini…abg sy berkerja di syarikat swasta pendapatan nye pun RM2700…sy masih ragu kerana umur sy adakah layak

    • ya itu sy terslh klik di quote…

      ni sy nak tnya sy baru berumur 18 tahun bln 8 ni baru 19 tahun sy telah berkerja melebihi 6 bulan di sebuah syarikat swasta jumlah pendaapatan sy Rm1700 layak ke saya menjadu nama ke dua utk srp ini…abg sy berkerja di syarikat swasta pendapatan nye pun RM2700…sy masih ragu kerana umur sy adakah layak

  • >