Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Soalan daripada pembaca Tuanbri.com ?

Assalamualaikum Tuan Bri,

Saya ada persoalan dan mengharapkan pencerahan dari tuan.
Dalam akaun 2 KSWP saya ada RM25,000.

Saya bercadang membeli hartanah berharga kurang RM30K.

Saya tak tahu prosedur sebenar, bolehkah saya keluarkan RM25K tu bayar terus kepada pemilik rumah/bank lelong/etc.. ?

Bakinya saya bayar cash. Saya tak mahu buat loan bank… adakah ini masuk akal?

Jika ia rumah kos rendah ada apa-apa syarat tertentu untuk jual dan beli?

Ribuan terima kasih saya dahulukan. Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki tuan…

Terima kasih.

Yang benar,
HAMBA ALLAH

    • Boleh.

      KWSP membenarkan kita membeli rumah yg akan dibuat, sedang dibuat atau sudah siap.

      Itu duit kita. Hak kita.

      Cuma KWSP nak tahu dan sahkan kebenaran permintaan kita itu tadi.

  • Boleh keluarkan duit KWSP akaun 2 utk membeli rumah lelong. tapi deposit 5% atau 10% perlu lah dikeluarkan dulu utk masuk bidaan. KWSP akan depositkan duit ke akaun pencarum dan boleh la guna utk bayar baki pembelian tu secara tunai. Syarat2 lain boleh rujuk:

    http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1258

    bahagian (D) DOKUMEN SOKONGAN PEMBELIAN RUMAH DARIPADA LELONGAN AWAM

  • Terima kasih semua.
    Rupanya Tuanbri share soalan saya di sini… emm kalau begitu maknanya bolehla saya mulakan beli rumah untuk pelaburan. Terima kasih sekali lagi.

    • assalam syaiful n semua,

      maximum boleh keluar ialah 10% dr harga rumah tu ~3k sahaja. tp lepas tu encik leh mohon untuk pengeluaran pengurangan baki pinjaman/menyelesaikan pinjaman perumahan. 🙂

  • aisehh boss…aku ada xperience draw duit epf tuk cover deposit umah lelong…lupa nak letak dalam blog…
    nnti aku cek balik prosedurnya…

  • Saya dah rujuk kepada pihak KWSP (secara online / email melalui butang ‘Enquiry’ pada laman web http://www.kwsp.gov.my), untuk pembelian rumah secara tunai, jumlah pengeluaran yang boleh dikeluarkan daripada akaun 2 ialah sebanyak 110% daripada harga rumah yang dibeli atau keseluruhan daripada akaun 2 (sekiranya jumlah simpanan adalah lebih kecil daripada harga rumah). Tetapi untuk kes rumah lelong, KWSP memerlukan bukti pembayaran kepada pihak bank dan sekurang2nya 20% daripada harga rumah tersebut telah dibayar kepada pihak bank. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di laman web kwsp di http://www.kwsp.gov.my
    Borang boleh dimuat-turun di https://secure.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1246

    Kesimpulan, bayar cash dulu (at least 20%), pastu baru boleh kuar duit EPF.

    p/s: terima kasih pn. ct farazila kerana membantu saya mendapatkan rumah pertama saya di lelongan awam

  • ada tak cara lain,tanpa pembayaran 20% kpda bank,tapi terus shja kwsp kluarkan duit caruman mengikut jumlah harga rumah tu,melalui akaun ke2,sebabnya,mana nk cari 20% cash,

  • susah juga,duit kita untuk kegunaan hari tua,beli rumah pun untuk hari tua,knpa susah sgt kwsp nk kluarkan duit,untuk beli rumah lelong,nk beli rumah baru,nk loan bank tk lepas,blacklist plk..jadi cara mudah,beli je rumah lelong,cash dan murah kit..sesiapa ada pengalaman ni,tlg update k…tq

  • sekarang ni,standart rate home loan berapa ye? Macam mana nak beli rumah dari tangan tuan rumah? dan boleh keluarkan wang KWSP untuk beli rumah dengan cara itu?
    Thanks.

  • saya ada masaalah yang akan menerima hukuman muflis, saya ada tertunggak bayaran rumah saya dan saya ada terima surat kebengkrapan dari lawyer bank. saya punya full sattlement rm 58k . saya hubungi bank utk rundingan.jadi pihak bank suruh saya membayar sebanyak 20k dan sambung ansuran seperti biasa. masaalah saya sekarang ,saya tiada duit sebanyak yg bank minta,nak buat loan personal tak boleh. tarikh utk ke mahkamah kali kedua dan mungkin kali terakhir saya pada 27hb dec 2011 ini. saya minta pandangan macam mana nak selesaikan masaalah saya ini dan baru ni saya ada pergi akpk mereka pun beri pendapat sama seperti bank beri…tolong la saya …….

  • Salam..sy ada membeli rumah atas nama sy dan suami..ini rumah pertama kami..harga rumah rm90k..rumah kos rendah..dan kami telah membayar sebanyak rm80k secara tunai..soalan sy,bolehkan sy membuat pengeluaran kwsp acc ke 2 untuk bayar baki rumah lg 10k..harap ada jawapan..terima kasih

  • >