Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Asyik asyik Seminar Pelaburan Hartanah…..

Asyik asyik nak buat seminar je tuanbri ni…?

Kes rumah lelong dah jarang pulak tulis kat blog….
ntah ntah dah tak buat rumah lelong lagi ?”

INILAH keluhan yang selalu didengari dari Pembaca blog tuanbri.Com.

Mereka lagi seronok membaca cerita cerita mengenai isu isu rumah lelong daripada mereka menghadiri sendiri seminar bagaimana memulakan pelaburan hartanah.

Dalam Seminar yang dianjurkan oleh Tuanbri.com, jarang sekali beliau hanya menceritakan mengenai Rumah Lelong sahaja.

Kenapa agaknya ? Apa pendapat korang ?

Bagi aku, masih ramai lagi geng geng kita yang kabur tentang pelaburan hartanah.Mereka sekadar mengikut Gelombang Arus Zaman Moden.

Pergi Kerja, Balik Kerja, makan, Astro, tidur.
Pergi Kerja, Balik Kerja, makan, Astro, tidur.

Rutin yang sama hampir setiap hari.
Rutin Pak Pandir.

Rahsia yang aku nak kongsi bersama dengan pembaca Blog tuanbri.com ni :

Sebenarnya inilah rutin aku satu ketika dahulu. Cuma part Astro je yang tak ada…Bangga aku dapat menahan nafsu Astro aku …hahaha..aku menang!(jerit Hati aku!)

Tujuan aku mengadakan seminar Ringkas mengenai Pelaburan Hartanah ialah untuk menceriakan industri seminar.
Aku ingin menggalakkan lebih ramai Muslimin dan Muslimat berkecimpung dalam pelaburan Hartanah. Tidak semestinya anda beli rumah lelong sahaja, tidak semestinya anda beli rumah dalam pembinaan sahaja, tak semestinya anda beli rumah SubSale sahaja…

Banyakkan Pembacaan dan sering bertanya.

Antara blog blog yang korang patut baca ialah :

Abang Ensem tak Sangat
Mat Joe
PakDi
Urus Insan

dan bermacam lagi la…kalau korang ada blog atau nak letak kat sini, tinggalkan komen korang kat bawah.

Just nak INFORM semua juga,sudah ada tarikh baru untuk Seminar Ringkas Hartawan Hartanah-Langkah 1 untuk bulan NOvember ini.

Tarikh adalah tertera di link berikut :

Seminar Ringkas Bulan November 2011

Semoga dapat berkenalan dengan pembaca blog yang tak seberapa ni.

  • >