Rumah Nur Hikmah Pusat Jagaan Anak Yatim Dan Ibu Tunggal,
Lot 11552, Jalan 18, Taman Mesra, Kajang
menempatkan 60 anak yatim (30 lelaki dan 30 perempuan)
dari berumur setahun setengah hingga sekolah menengah.
Rumah Anak Yatim Nur Hikmah ini diuruskan oleh Hj Osman dan
dibantu oleh Pn Fatimah berserta beberapa pembantu lain
Seramai 20 ahli Kelab Hartawan Hartanah menghadiri Projek Amal ini
dan dibantu oleh 3 sukarelawan dari Universiti Malaya. Tiba-tiba
sahaja mereka ini muncul entah dari mana datang dengan niat untuk
membantu KAMI. PAda mulanya agak terkejut juga kehadiran mereka
di sini atas kerelaan diri sendiri. Alhamdulillah.
Ashraf,Amir dan Amylia (if i am not mistaken)
Kerja amal ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 6.30 petang.
Berikut adalah aktiviti yang dijalankan:
1. Tukar pagar yang dah usang dan memasang pagar dawai hijau baru
2. Mengecat bahagian dalam beranda dan luar rumah serta pagar
3. Membaiki kebocoran atap
4. Tukar 6 unit kipas dinding yang rosak dengan kipas yang baru
5. Tukar 2 unit lampu kalimantang yang rosak dengan lampu kalimantang yang baru
6. Membetul dan menukar kepala paip, kepala shower dan pelampung
7. Beli 4 unit tilam bujang
8. Membetulkan tandas cangkung yang tersumbat dengan tandas duduk yang baru
9. Membantu anak-anak yatim melipat pakaian mereka dan mengatur semula kedudukan locker mereka
Alhamdulillah. Secara overall, saya sangat berpuas hati dengan Projek Amal Kelab Hartawan Hartanah kali ini. Dapat melihat raut wajah anak-anak yatim yang kesepian. Selain pelaburan hartanah, kita juga terlibat dengan pelaburan akhirat.
Amin. Ya Rabbal Alamin.
Pakar Pelaburan Hartanah Malaysia Pelaburan Hartanah Untuk Masa Depan Anda



Kalimantan adalah nama tmpat di indonesia manakala lampu kalimantang pula adalah jenis lampu.. Harap mklum :b
thanks.
dah diperbetulkan
Alamak! Bestnya bro. Ruginya tak dpt join program mcm nie
baguznet recently posted..Projek Hari Raya 2012
semoga segala amal dn perbuatan yg baik di berkati… amin…