Masalah saya ialah rumah saya nak kena lelong. Boleh ke saya menjual rumah saya tersebut sebelum ianya dilelong oleh pihak bank? Tolong beri caranya tuan.minta tolong sangat.sya tak mahu muflis nanti
Ini adalah soalan seorang Pembaca Blog SETIATuanbri.com. Beliau mungkin segan untuk bertanya kepada Abang Ensem kerana beliau adalah seorang lelaki.
Kita semua pun tahu Abangensem ni selalunya hanya melayan perempuan Chikaro sahaja.
Bagi tuanbri, itu semua tidak menjadi masalah.
Isu di sini ada 2 sebenarnya.
Isu 1 :
Boleh ke Jual Rumah Sebelum rumah di lelong ?
Jawapannya :
BOLEH
Isu 2 :
Boleh ke seseorang itu jatuh muflis atau bankrap kesan akibat rumah dilelong oleh pihak bank ?
Jawapannya :
Boleh dan Tak.
Jika setelah rumah dilelong dan MASIH lagi mempunyai baki pinjaman dengan bank, melebihi RM30,000 (minimum utk isytihar bankrap) , maka pihak bank yang melelong rumah anda akan terus menuntut baki hutang tersebut. Sekiranya TUAN/PUAN masih tidak mahu bayar (rumah dah kena lelong, still nak bayar bank?) , maka pihak bank akan teruskan usaha untuk bankrap/muflis.
Berbalik kepada isu no 1.
Boleh ke jual ?
UNTUK PERHATIAN anda! – Rumah tersebut masih lagi milik anda (tuan rumah), maka anda berhak membuat apa sahaja terhadap rumah anda itu tadi.
CARA PERTAMA –>>
Standard procedure :
1. Bayar semua jumlah tunggakan bayaran bulanan.
1.1 Secara otomatik, pihak bank akan menarik balik rumah anda drpd lelongan.
2. Jual kepada pembeli.
Mudah sahaja kan ?
CARA KEDUA –>>
Hubungi pegawai bank yang terlibat.
Bincang dengan beliau. Mungkin ada ruang utk kompromi.
Salah satu ialah pengeluaran wang daripada akaun 2 KWSP anda. Anda juga boleh memohon meminta tempoh masa untuk menjual rumah tersebut. Sudah ada pembeli dan mereka meminta pengesahan rumah itu tidak akan dilelong dalam masa terdekat ini.
–>>ini bergantung kepada budi bicara pegawai tersebut. Ada yang bagi, ada yang tak bagi.
Pakar Pelaburan Hartanah Malaysia Pelaburan Hartanah Untuk Masa Depan Anda


beli rumah pun belum mampu hehe
aaik…lain pula jawapannya ?
Tahniah tuanbri.
nice info. Keep blogging k.g
tqvm