Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: pelabur underground

Pelabur Underground 2014

Seminar selama 2 hari yang terkenal, Kolokium Pelabur Underground kini kembali lagi.

Kali ini diadakan di tempat yang lebih besar lagi, dengan gabungan speaker-speaker yang lebih mantap.

Barisan Pelabur Underground 2014 ialah :

1. Tuanbri – Hartanah

2. Zaidi Ismail – Manipulasi Kewangan

3. Raja Kamil – Duit Pasif “online”

4. Faisal Abdullah – Pemasaran Underground

5. Anuar Abd Rahman – Beli Emas Harga Kilang

6. Aqif Azizan – Penulisan Berjutawan

 

JEMPUTAN KHAS :- Haji Dr. Ann Wan Seng, penulis buku “Rahsia Perniagaan Orang Cina” dan juga “Rahsia Black Metal”, Setiausaha Kehormat Persatuan Orang Cina Islam Malaysia (MACMA).

Maklumat Lanjut boleh didapati di Facebook Event – http://bit.ly/INFOpu1234

 

Tarikh : 1 dan 2 Mac 2014 (Sabtu dan Ahad)

Lokasi : Dewan Mutiara, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh Kuala Lumpur

Pelabur Underground Peta1Pelabur Underground Peta2

 

Hotel yang berdekatan :

1. Hotel Cairnhill – Jalan Kaki pagi-pagi ke Dewan Mutiara akan mengambil masa dalam 15-20 minit.

2. Dynasty Hotel – Kena Naik Bas, Dalam 10-12 minit

3. Hotel Leo – Hotel dalam berdekatan dengan Hotel Dynasty

4. Bestotel City Centre – Naik bas dalam 7 minit

 

Pelabur Underground

Kolokium Pelabur Underground

  • Diadakan Sekali Setahun
  • Telah masuk kali ke -5 penganjuran bersama oleh SatuSolution Corp dan Urus Insan
  • Gabungan pakar pakar pelaburan yang selama ini bergerak secara UNDERGROUND
  • Medium perantaraan adalah bahasa Melayu
  • “One of its kind”
  • Kolokium bermaksud HIMPUNAN.
  • Anda akan jumpa ramai lagi pelabur yang bergerak secara UNDERGROUND di Kolokium Pelabur Underground ini.
  • Pastikan anda mengambil peluang ini yang jarang-jarang sekali hadir dalam hidup anda.

 

 

Peta ke Kolokium Pelabur Underground 2014

Kolokium Pelabur Underground 2014 :

 

Tarikh : 1 dan 2 Mac 2014 (Sabtu dan Ahad)

Masa   : 9 pagi – 5 petang

Lokasi : Dewan Mutiara, Jalan Ipoh Kuala Lumpur

Koordinat GPS : N3 11.344 E101 40.834

Dewan Pelabur Underground

Dewan Pelabur Underground

 

Maklumat Lanjut PU1234 (Kolokium Pelabur Underground 2014) :

 

www.PU1234.com

Pelabur Underground pun SCAM gak ?

Ini adalah komen salah seorang peserta Seminar Strategi Pelabur Underground 2013 yang berlansung di Dewan PGRM Cheras anjuran bersama Satu Solution dan Urus Insan.

 

Pelabur Underground

THANKS BRO SEBAB MERACUNI AKU !

Penatnya! Baru jer sampai rumah.baru jer habes hari pertama PU….

Sebulan yg lepas, saya heboh mempromosikan Seminar Pelabur Underground (PU) 2013 di wall saya yg berlangsung pd 2 dan 3 Feb iaitu hari ni dan esok.

Akhirnya, 5 org kawan saya mendaftar utk mengikuti seminar ini. Saya pun join juga.

Yang lain2 tu, mungkin tak hadir atas sebab2 lain, termasuk juga perasaan skeptikal bila tgk tajuk seminar ni.

Tadi, saya dapat sms drpd sorg kwn saya yg hadir ke PU tu tadi. Lebih kurang begini sms beliau :

“…Thanks bro sebab racun aku attend seminar PU ni. Aku selalu skeptical seminar2 mcm ni. Tapi rasa berbaloi gak attend PU ni. Tadi aku dah daftar Kursus Hartawan Hartanah anjuran Tuan Bri dan Bisnes Vending Machine…”

Selain drpd kwn lelaki saya tu, sorg lagi rakan perempuan saya juga mendaftar utk mengikuti Kursus Hartawan Hartanah anjuran Tuan Bri…pehhhh…mmg mantap la aura Tuan Bri ni…. Hehehe…tu dia penangan seminar ni.dah join baru tau.

Itu baru hari pertama,belum masuk lagi hari kedua. Memang baek punya kena racun nanti….heheh Nway, thanks to Ikram Adi sebab membuka mata hampir 400 peserta mengenai pelaburan silver dan mengaitkannya dgn emas. So, klau ada yg dah terbuka minda utk memiliki emas dan silver, bolehlah hubungi saya sebab saya juga pengedar jongkong emas dan silver 🙂

Owh yer…tadi nampak drpd jauh jer..tak sempat nak tegur Rozi Saarey…maklumlah org glamer…heheh..kalau ada kwn2 yg nak meningkatkan Kuasa Minda, leh g fanpage beliau —> https://www.facebook.com/rozi.saarey?fref=ts Ok lah yer…manyak penat wooo..mau rilex2 dulu.

Esok bersambung pula seminar PU Hari Kedua….

psttt : Memang bestttt racun kawan2 ni…heheh… — with Tuanbri Pakar Hartanah and Ikram Adi.

pelabur underground

Tuanbri & Zaidi

 

Mereka Yang Berpuashati

Mereka Yang Berpuashati

Pelabur Underground masih lagi berpenyakit!

Bagi mereka yang menghadiri Kolokium Pelabur Underground 2013, rata-rata masih lagi terkena dengan angau PU 2013.

 

Berikut adalah sinopsis peserta yang bernama Muhammad Faris:

Assalamualaikum semua~~~

Lama saya tak post kat muka buku ni…
Sebenarnya banyak nak share dengan kawan2 tapi masa sangat2 limited.
Saya tengah sibuk dengan latihan industri (praktikal) jadi tak sempat nak mengarang panjang2.

Di mana?

Jauh~~ Di Gym FSR UiTM Shah Alam.

Kan? Xp

Okay apa saya nak share kali ni?
Saya nak share dengar korang semua seminar yang saya pergi sabtu dan ahad tempohari.

Apa nama seminar ni?

Seminar Strategi Pelaburan Underground Ke-13 (PU13)

Best ke? Best la!!!

Okay, secara umumnya,seminar ni berlangsung selama 2 hari iaitu pada 2 & 3 Feb 2013 di Menara PGRM, KL.

Ada 10 orang speaker dalam seminar ni antaranya tuan Zaidi Ismail, Tuanbri Pakar Hartanah, Pakdi Suzardi M, tuan Ikram Adi, tuan Faisal Abdullah, dan penulis buku WTF tuan Faizul Ridzuan.

PU 2013_820815_462672857131604_1941002217_o (2)
Okay ramai speaker, so?

Baik, untuk pengetahuan korang semua, PU13 telah di adakan untuk mengumpulkan pelabur2 “underground” bagi berkongsi dengan para peserta kepakaran mereka masing2. (di namakan underground sebab mereka ni jutawan senyap). Contohnya, Tuanbri dan tuan Faizul Ridzuan ni pakar dalam bidang hartanah sementara tuan Ikram Adi pula pakar dalam pelaburan silver fizikal.

Macam best, cerita la lagi Faris?

Untuk pengethuan korang semua, saya pergi dengan tunang tercinta, Faizatul Azra. So, macam2 jadi sebenarnya (ni selingan).

Jadi, hari pertama ditakdirkan saya lewat. Program mula jam 9.00pg tapi dekat jam 8.30pg baru nak gerak. Tunang saya merajuk la sebab dia dah prepare sejak pagi lagi. (kami bawak bekal dari rumah, tak mampu nak makan di kedai). Jadi dia gerak dulu dan saya gerak kemudian (saya kena tinggal) T-T. Nak jadi cerita,akhirnya kami bertemu semula di tempat seminar. Dengan skill pujukan over 9000 saya,akhirnya berbaiklah kami. Malangnya, kami terlepas slot tuan Raja Kamil – Internet marketer iaitu slot yang paling tunang saya nak dengar. Takde rezeki la kan?

Okay berbalik kepa

da cerita asal. Hari pertama kami sempat duduk dalam slot Tuan Bri, Tuan Ikram Adi, Tuan Wafi Hartawansilver dan Tuan Jamal. Hari kedua pula slot tuan Faizul Ridzuan, Pak Di, tuan Faisal Ibrahim, tuan Wahi, dan tuan Zaidi Ismail.

Tuan Bri berkongsi 2 topik iaitu
1. kenapa melabur dalam hartanah
2. kenapa beli rumah lelong

PU 2013_820815_462672857131604_1941002217_o (1)
Tak paham? Masih ada peluang, klik sini —-> http://tinyurl.com/ilmuhartanah

Tuan Ikram Adi pula berkongsi dengan peserta tentang pelaburan perak.

1. Carta Musim Ekonomi
2. Sebab silver naik
—-> bullmarket
komoditi
—-> krisis matawang
3.Potensi silver naik dan teori ratio 1:16

Apa tu? Nak taw lebih lanjut klik sini —-> http://tinyurl.com/ilmusilver

Tuan Wafi pula share berkenaan technical analysis. Ape mende tu?

Secara asasnya, beliau memberi pendedahan berkenaan kaedah menganalisa graf pelaburan. (bakunya bahasa aku).
Kemudian be
liau cerita pasal japanese candlestick, daily timeframe, moving average dll.
Ramai peserta yang tak faham slot beliau.

Saya?

Saya pun tak la faham sangat tapi saya pernah baca dan usha sikit2 pasal FCPO jadi takde lah blur sangat. Tapi dari mata h
ati saya, saya tahu beliau ni genius.

Tuan Jamal (Jermi) ni pengusaha jualan vending machine. Apa yang saya boleh ulas, bisnes vending machine ni mempunyai potensi besar untuk dikembangkan. (1 mesin beliau boleh dapat rm1k-3k sebulan.kalau ada 10 mesin?)

Tuan Faizul Ridzuan pula berkongsi pengalamannya dalam pelaburan hartanah. Berbeza dengan tuan Bri, tuan Faizul Ridzuan ni bersinar dari celah2 komuniti forum hartanah. Populariti beliau semakin memuncak dengan terjualnya buku WTF? 23 Property by 30 yang telah membuka mata ramai anak muda untuk berkecimpung dalam bidang
hartanah yang 10-20 tahun lepas,sangat asing bagi anak melayu.

Pak Di atau Tuan Suzardi Maulan berkongsi tentang pelaburan saham patuh syariah. Penerangan beliau sangat santai dan mudah di fahami.

Ada 3 cara main saham:
1) DIY,
2) beri pada profesional
3) pelabur he
nsem
Untung
dari saham ada 2:
1) Capital gain
2) Dividen (jika ada)
Ada bengkel cashflow di UiTM S. Alam sabtu ni. boleh rujuk sini
—> https://www.facebook.com/muhammadfaris.binomar/posts/211644722313003
Faisal Abdullah, internet marketer ke2 sebagai speaker PU13. Beliau mengetengahkan bisnes fizikal online (Raja Kamil lebih fokus kepada produk maya —> pada pendapat saya).
Beliau menyangkal kenyataan Tuan Bri dengan menyatakan bahawa bisnes online juga low risk, high return. Presentation beliau sangat mencuit hati. Beliau menggunakan medium FB dan Google untuk memasarkan produk beliau.
Tuan Wahi pengusaha bisnes kereta sewa. Pada pendapat saya, bisnes kereta sewa juga berpotensi besar untuk di majukan kerana pinjaman mudah lulus dan sektor pelancongan negara semakin berkembang. Beliau kini ada 6 cawangan di seluruh malaysia.

Akhir sekal

i ialah tuan Zaidi Ismail. Secara jujurnya, beliau lah speaker yang paling saya tunggu2. Beliau berkongsi secara santai berkenaan falsafah pelaburan dan pentingnya menetapkan matlamat pelaburan.

Antara kata2 hikmat beliau,
“Anda hanya ada 2 pilihan; tunggu peluang atau cipta peluang”
“Kemiskinan bukan 1 pilihan”

Beliau turut menjelaskan bahawa setiap ilmu pelaburan yang di bawa oleh speaker2 sebelum ini hanyalah investment tools atau alat pelaburan. Jika investment tools yang di kongsi kan bertepatan dengan matlamat kewangan kita, maka gunalah tools tu.

Panjang nya~

~

Hehehe…saya memang suka post panjang2…

Boleh tak share lagi?

Boleh. Tapi, mana larat nak tulis semua dalam FB. kalau sapa2 berminat, kontek la saya via hanset 013-6394591. Boleh kita jumpa kongsi2 ilmu.
PU 2013 483543_534923443195952_498269044_n
Kena bayar ke?
Saya sendiri pergi ke seminar ni keluarkan rm150 (yuran, makan minum + pengangkutan). Jadi, saya akan share ni FREE. Kenapa?
PU 2013_820815_462672857131604_1941002217_o (3)
“What you give you get back more” (Tuanbri-2012)

Insyaallah saya lapang saya akan turun dan lapangkan masa untuk korang.

ps 1: balik dari seminar tu hari selasanya terus demam…ni pun tak baik demam lagi tau. T-T

ps2: kalau post ni bermanfaat, share lah dengan kawan2. tak rugi kongsi ilmu dan maklumat berfaedah.

ps3: saya dan tunang ada online shop jual makanan2 sunnah, jom like!
—> https://www.facebook.com/AzfarSunnahShop?fref=ts

Enjoy the Pictures…more to come!

Pelabur Underground

TB : budak ni bagus, ada potensi tapi ………

Berakhirnya Seminar Pelabur Underground 2013

Sesiapa pun pasti tertanya tanya siapakah yang menggelarkan diri mereka Pelabur Underground ? Masih saya ku ingat orang bertanya ini pelaburan akhirat ke ? selepas kita masuk dalam tanah ? Pelabur alim ke? Untuk jawab Mungkar dan Nangkir ke ?

Seminar Strategi Pelabur Underground diwujudkan oleh Tuanbri dan Zaidi Ismail selepas satu sesi Pecah Kepala oleh mereka berdua ini. Seminar ini pertama kalinya diadakan di Dewan Mini Satu Solution dengan jumlah peserta yang kecil. lebih kurang 20 orang sahaja. Memang padat dan fokus. Yang turut hadir menjadi speaker pelabur underground pada masa itu ialah Razif Yusuf, Pakdi, Tuanbri, Zaidi dan beberapa lagi speaker lain.

Pelabur Underground

Pelabur Underground

Alhamdulillah masuk sahaja 2013, kita dikejutkan lagi sekali dengan Kolokium Pelabur Underground yang telah diadakan pada 2 dan 3 Februari 2013 bertempat di Dewan Cempaka Menara PGRM Cheras Kuala Lumpur. Kali ini jumlah peserta telah meningkat ke lebih kurang 400 orang. Para peserta datang dari pelusuk negara seperti Sabah, Sarawak, Johor, Perlis malah dari Brunei pun turut serta. Kegamatan Pelabur Underground terasa di Kuala Lumpur pada hari Sabtu dan Ahad itu. Penuh Dewan dengan bakal pelabur pelabur underground….

 

Siapa Sangka mereka semua yang hadir boleh menjadi Pelabur Underground ?

 

nantikan sambungan artikel ini minggu depan….

(Saya akan cerita mengenai komen dibawah ini pula)

 

 

testimoni pelabur underground

testimoni pelabur underground

 

Di bawah ini pula adalah nukilan penulis penulis lain mengenai PU 2013

 

Aqif Azizan 

As salam Tuanbri.

Terima kasih atas jemputan ke Seminar Pelabur Underground. Semoga Allah meriahkan lagi kehadiran Tuanbri dan seluruh tim ke syurga kelak. Amin Ya Rabb. Berikut adalah puji-pujian saya terhadap seminar ini:

Baca di sini:
http://mantrapersuasion.com/seminar-pelabur-underground-para-komander-kongsi-cara-buat-duit-senyap-senyap

 

Rohaniah Noor

Pada pandangan saya, seminar ini sangat hebat
kerana menghimpunkan orang-orang yang hebat di bawah satu bumbung
dari speakernya, jemputan khasnya dan tak kurang juga peserta-pesertanya

Baca di sini:

http://www.propertywaltz.com/2013/02/pelabur-underground-2013.html

 

Majalah Niaga

Seminar ini dianjurkan khas untuk membantu para peserta supaya celik wang, celik kekayaan. Oleh sebab itu, penyertaannya adalah terhad.

Baca di sini:

http://www.majalahniaga.com/seminar-pelabur-underground-7-pakar-7-teknik-7-corong-kekayaan-dihebahkan

 

 

Seminar Strategi Pelabur Underground?

Seminar Strategi Pelabur Underground yang menghimpunkan lebih drpd 6 pakar pakar. Terkenal dengan pakar pelaburan hartanah, pakar pelaburan perak, pakar pelaburan saham, pakar pelaburan hartanah maya dan pakar perancangan kewangan. Seminar ini sentiasa akan menggegarkan DUNIA pelabur Underground yang jarang keluar dari kepompong mereka untuk berkongsi. Mereka ini lebih suka berkongsi secara senyap tanpa perlu digembar gemburkan.

 

Jadi, bagaimana anda mahu berjumpa dengan mereka yang bergerak secara underground ini?

Anda pasti tertanya-tanya, SIAPA mereka ini? Betul ke mereka ini Pakar ?

 

Saya akan perkenalkan satu per satu mereka ini. :

 

Yang Keempat :

Saudara Suzardi bin Maulan @ Pakdi ( www.pakdi.net )
Pakdi, pengasas dan pewakaf forum BicaraJutawan.com dan pengarang buku #1 pengurusan kewangan secara Islami khusus untuk membantu mereka yang baru memulakan hidup iaitu Rancang Wang Dari Sekarang terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Kepakaran & Jenis Pelaburan: Pelaburan Patuh Syariah , Pelaburan saham Indeks.
 Topik Seminar: Pelaburan Saham
Topik yang diperbincangkan :-
  • Pelaburan patuh syariah
  • Asas pelaburan saham
  • Pelaburan Indeks
  • Tips Pelaburan saham

 

Yang Kelima:

Saudara Ikram Adi (www.pelaburansilver.com)
Saudara Ikram merupakan seorang pelabur emas dan perak fizikal. Beliau telah berjaya menghasilkan satu formula yang berinovasi khas untuk pelaburan fizikal emas dan perak di Malaysia. Formula ini dijangka memberikan purata pulangan sekitar 15% setahun tanpa menggunakan khidmat pajakan seperti Ar Rahnu. Mengambil peluang dari potensi emas dan perak, beliau juga telah menyiapkan kajian kes formula tersebut untuk dibukukan, segala maklumat mengenai pelaburan emas dan perak terutama pada pelaburan perak boleh didapati pada laman web beliau diwww.pelaburansilver.com
Kepakaran & Jenis Pelaburan:
Pelaburan Emas & Perak
Topik Seminar: Pelaburan Perak
Topik yang diperbincangkan :-
  • Kenapa Perak ?
  • Asas Pelaburan Perak
  • Tips Pelaburan Perak
  • Teknik Menyuburkan Pelaburan Perak

 

 

 

Pelabur Underground – Satu Mitos?

Lokasi : Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
Tarikh : 16 & 17 Jun 2012 (sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 7.00 petang

 

Kolokium Pelabur Underground

Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana melancarkan perjalanan Kolokium Pelabur Underground 2012 yang bertempat di Dewan Sivik MBPJ pada 16 & 17 Jun 2012. Perancangan rapi telah dilakukan seawal bulan Mac 2012 dan pelbagai halangan terpaksa dihadapi oleh Team Pelabur Underground. Namun kalau hidup tanpa cabaran, bukan HIDUP namanya!

Pada mulanya ada seorang pakar Internet Marketing ingin berkolaborasi dengan Pelabur Underground untuk mengadakan satu Program yang akhirnya dipersetujui dan diberi nama “Strategi Pelabur Underground versi IM”. Program ini diwujudkan atas 2 dasar :-

1) ingin mendedahkan golongan yang tidak menggunakan internet dengan pendedahan pelbagai Sumber Pendapatan yang boleh dijana melalui Internet.

2) ingin mendedahkan golongan yang asyik sibuk dengan internet supaya tahu akan pelaburan yang WAJIB mereka buat selain daripada perniagaan internet sahaja.

Projek “Strategi Pelabur Underground Versi IM” ini gagal untuk dilancarkan atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh Pakar Internet Marketing (pemasaran internet) tersebut.

Jadi Team Pelabur Underground diketuai oleh Tuanbri dan Zaidi Ismail mengambil inisiatif untuk melancarkan “Kolokium Pelabur Underground” tahun 2012. Kami juga bersetuju agar Kolokium ini akan dijalankan setiap tahun.

beratur untuk pelabur underground

Barisan Speaker di Kolokium Pelabur Underground 2012 :

Zaidi Ismail – Pengurusan Kewangan
Tuanbri – Pelaburan Hartanah dan Pengurusan Diri
Pakdi – Saham Index
Ikram Adi – Logam Berharga (Perak)
Raja Kamil – Pemasaran Internet
Wafi – Analisa Teknikal Carta
Mior – Pembiayaan Hartanah
Ikram Vietnam- Usahawan Borong Vietnam

dan jemputan KHAS :

Saudara Faizul Ridzuan
Penulis Buku Hartanah yang bertajuk WTF?
Pelaburan Hartanah sebanyak 23 unit pada umur 30 tahun.

Pengasas Kelab Hartawan Hartanah

Kenapa Pelabur Underground diwujudkan?

  • Seperti kebanyakan orang, adakah anda penat menunggu hasil dari simpanan dan pelaburan yang tidak seberapa?
  • Penat menyimpan wang di ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan hanya memperolehi 7 atau 8 peratus setahun?
  • Adakah ini satu-satunya bentuk pelaburan yang anda tahu?
  • Adakah anda memiliki rumah sewa tapi mengalami masalah penyewa & hasil yang tidak seberapa?
  • Menunggu sehingga 20 tahun untuk menjadi jutawan?
  • Apa yang terlintas di fikiran anda apabila disebut “Pelaburan”?
  • Adakah rumah satu pelaburan?
  • Adakah tanah satu pelaburan?
  • Adakah emas & perak satu pelaburan?

Bagaimana pula dengan jenis pelaburan yang tidak biasa didengari seperti :

  • pelaburan ke atas logam berharga atau
  • pelaburan sewa atas sewa atau
  • pelaburan pemasaran Internet atau
  • pelaburan Indeks.

Menarik bukan?

Ini adalah peluang anda untuk bersama kami menyelami jenis pelaburan-pelaburan yang diluar kebiasaan umum.

Ketahui teknik dan kaedah bagaimana kami dapat menghasilkan 10 hingga 30% pulangan dari pelaburan kami.

Ianya bukan disebabkan oleh apa yang kami laburkan tetapi apa yang kami tahu tentang sesuatu pelaburan tersebut.

Senjata seorang pelabur adalah maklumat, saya ulang lagi sekali MAKLUMAT!

ia membezakan antara untung atau ruginya sesuatu pelaburan selain daripada kemahiran.

 

akan disambung……(Part 2)

Hadiah Hari Lahir Tuan13ri

Ramai yang terpengaruh dengan ideologi barat yang diterapkan melalui pelbagai bentuk media, online atau offline. Ramai orang yang yang terpengaruh dengan idealogi barat yang tidak mengambilkira pegangan Agama.

Contoh : Friday the 13.
Bagi orang barat, Nombor 13 di anggap “Bad Luck”.

Kalau ikut Rahsia Tarikh Lahir pula oleh “ehem ehem”, 13 akan merujuk kepada 1+3=4.
Bagi orang cina , nombor 4 bunyinya sama dengan perkataan “mati”.
Jadi mereka akan seboleh bolehnya menjauhi nombor 4 ini dalam hidup mereka.
Kerana bagi mereka, setiap bunyi yang keluar dari mulut kita ini adalah doa.

Sama juga seperti seorang Ibu yang aku jumpa semalam menjerit jerit kepada anak anaknya sambil mengeluarkan
kata kata seperti bodoh dan sebagainya. Bagi aku, itu adalah Doa Si Ibu untuk anak-anaknya.

Lets cut the chase.

Hari ini ialah hari lahir aku.
Jadi sempena hari lahir aku, aku bermurah hati untuk menawarkan SATU tempat (SATU sahaja!) khas untuk pembaca blog tuanbri.com
bagi menghadiri Seminar Strategi Pelabur Underground.

Bagaimana untuk mendapatkan tempat PERCUMA ini ?

1. add friend dengan tuanbri dalam Facebook ( www.facebook.com/tuanbri )

2. Buat Posting dengan komen ” Saya akan menyertai Strategi Pelabur Underground – Tuanbri PERCUMA kerana ……(sambung ayat anda!) di Facebook (klik Sini

3. Tag Tuanbri dalam Posting anda tadi.

4. Add link komen anda di bawah.

5. Komen yang terBAIK akan dipilih dan diumumkan sehari selepas tarikh tutup : 26 Jun 2011.
(bagi yang telah membuat pembayaran, saya akan pulangkan)

Strategi Pelabur Underground

Siapa Speaker Seminar Strategi Pelabur Underground ini ?

1. Pakdi
2. Razif Yusof
3. Ikram Adi
4. Mior Nurzaidin
5. Zaidi Ismail
6 Tuanbri

Harga ?
– Seminar Strategi Pelabur Underground yang Julung Kali diadakan di Malaysia.
– Akan diadakan Road tour Seluruh Malaysia.
– Next Stop – SREMBAN (minta bantuan orang Seremban untuk joint Venture, sila sms saya)
– Next Stop – IPOH (minta bantuan orang IPOH utuk joint venture, sila sms saya)
– Next Stop – Pulau Pinang (minta bantuan orang Pulau Pinang untuk join venture, sila sms saya)
– Next Stop – ANDA tentukan! sila sms saya

>