Anda Nak Jadi Jutawan Hartanah ?

(Mulakan Langkah Anda Di Sini)

Tag: RPGT

RPGT CKHT 2014 – Apa Kesannya ?

Bajet 2014 yang dibentangkan oleh PM kita baru baru ini menyentuh RPGT CKHT 2014 yang dijangka memberi kesan kepada pelabur hartanah khususnya. Perkara ini telah dijangka oleh ramai pelabur-pelabur tegar hartanah sebelum pembentangan Bajet 2014.

 

Apa Itu RPGT ?

RPGT – Real Property Gain Tax. Dalam bahasa melayu, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

 

Apa Itu CKHT ?

Cukai Keuntungan Harta Tanah ialah cukai yang WAJIB dibayar apabila kita buat untung.
Macammana kita boleh untung? Pastilah selepas kita menjual harta tanah kita.

 

Hasil adalah kata lain untuk UNTUNG. Bagaimana pula sekiranya kita jual harta tanah tetapi rugi?

Jelas sekali apabila kita rugi, tiada cukai dikenakan. Sama sahaja seperti kita berniaga. Kalau rugi, tak ada cukai.

Kalau untung/ada hasil, kena bayar cukai.

 

Bagaimana kiraan CKHT ?

Kiraan Mudah

  1. Harga JUAL (RM_________) – Harga BELI (RM_________) = Hasil/Rugi
  2. Hasil x __% = RM________  Ini adalah berdasarkan tempoh pegangan harta tanah tersebut.

 

Jadual CKHT untuk tahun 2014

CKHT 2014

CKHT 2014

 

Bila tarikh pegangan harta tanah akan diambil kira ?

Adakah tarikh :

  1. Tarikh SPA (Perjanjian JualBeli) ditandatangani ?
  2. Tarikh SPA dimatikan stem hasil ?
  3. Tarikh Pemilikan Kosong ?

Saya buka soalan ini untuk perbincangan. Sila Komen Di Bawah.

 

Apa kesan CKHT 2014 kepada harga hartanah di Malaysia ?

Kalau tanya pendapat saya, harga hartanah di Malaysia akan meningkat juga, tidak akan terjejas teruk dengan peningkatan CKHT dalam tahun 2014. Tetapi ianya akan membuatkan pelabur pelabur hartanah yang baru menceburkan diri dalam pelaburan hartanah akan mula mengkaji dan menyusun strategi yang berlainan. Kemungkinan exit plan yang telah dirancang sebelum ini terpaksa ditukar.

Namun, untuk ianya menyebabkan harga RUMAH turun? Tidak sama sekali.

 

Apa lagi kesan yang ketara akibat pengumuman Bajet 2014 ke atas anda?

 

 

p.s.: Seminar “Otai Rumah Lelong” pada 10 November 2014 di Dewan Jihad Ilmu, Cheras.

p.s.s.: Tempat adalah terhad.

p.s.s.s.: Daftar? KLIK sini –>> www.OtaiRumahLelong.com

RPGT – Kena Bayar ke ?

Sambungan..RPGT Part 1

Rumusan :
1) Tahun 2009 – RPGT ialah kosong.
2) 5% ni untuk hartanah yang dijual dalam tahun 2010.
3) untung RM10,000 ke bawah TIDAK dikenakan cukai. (Aku still CONFIUS on this part) Nanti aku cari details.
4) Rumah dipindahkan kepada anak, isteri dan cucu tidak dikira sebagai penjualan. (Pemindahan Dalam Keluarga)
5) Penjualan rumah diKECUALIkan CUKAI sekali sahaja seumur hidup. (Boleh pilih nak pakai sekarang atau simpan nanti)

Keuntungan =
Harga Jualan – Harga Belian ( tidak ada kena mengena dengan Loan atau interest atau Lock in penalty)

Harga Beli = RM100,000 (tahun 2008)
Harga Jual = RM150,000 (tahun 2010)
Untung = RM50,000
RPGT = RM50,000 x 5 % = RM2,500 (kena bayar kepada LHDN)

Walaubagaimana pun , Peguam S&P akan membayar 2% daripada Harga Jual (2% x RM150,000 = RM3,000) direct daripada cash disbursement daripada Bank Pembeli. Ini arahan daripada LHDN…..Tak boleh nak lawan….

Kita kena claim balik baki RM500 (RM3,000 – RM2,500) daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Makan masa tak ? hehehe..cuba dulu….

Merujuk balik kepada Rumusan No. 5 di atas, kita boleh pilih pengecualian. Pada pendapat aku, rugi pilih sekarang….sebab RPGT just 5% sahaja..jumlah yang kecik…
Better save it for transaksi yang lebih besar di masa hadapan. Kalau korang still nak beli rumah lagi next time.

p/s: Ingin membeli rumah lelong ?
Sila email kepada saya (bri at Satusolution.com)
Nama penuh :
No IC :
Alamat :
No Telefon :

Bajet : RM
Jenis Hartanah :
Kawasan :
Nama Taman/Apartment:

Budget 2010 RPGT

KUALA LUMPUR, Oct 25 (Bernama) — The real property gains tax (RPGT) will be fixed at five percent on the gains from the disposal of real property effective 1 January 2010.

Reiterating this on Sunday, Second Finance Minister Datuk Husni Hanadzlah said that the rate imposed is irrespective of the holding period and the category of the owner.

He said that this rate of five percent will be implemented through the Real Property Gains Tax (Exemption) Order 2009.

This Order will be gazetted as soon as possible and effective 1 January 2010.

“Therefore, the current rate of RPGT which is higher than 5.0 per cent as in Schedule 5 of the Real Property Gains Tax 1976 will no longer be applicable,” he said in a statement here.

This means that the previous rate of 30 per cent decreasing to 5 percent based on the holding period of the property is no longer applicable.

However, exemptions to the individuals are given as follow;

* The level of exemption is increased from RM5,000 to RM10,000 or 10 per cent of the chargeable gains, which ever is the higher;

* Gifts betwen parent and child, husband and wife, grandparent and grandchild; and

* disposal of a residential property once in a lifetime.

Rumusan :
1) Tahun 2009 – RPGT ialah kosong (pak lah bagi free).
2) 5% ni untuk hartanah yang dijual dalam tahun 2010. (hahaha..this is the trickiest thing!)
3) untung 10,000 ke bawah TIDAK dikenakan cukai.
4) Rumah dipindahkan kepada anak, isteri dan cucu tidak dikira sebagai penjualan.
5) Penjualan rumah diKECUALIkan CUKAI sekali sahaja seumur hidup. (Boleh pilih nak pakai sekarang atau simpan nanti)

Keuntungan =
Harga Jualan – Harga Belian ( tidak ada kena mengena dengan Loan atau interest atau Lock in penalty)

0804_232724

“Point” yang 2, ada satu “tax expert” Ronnie Lim drpd Deloitte Malaysia kata kadar 5% ni tidak tetap. Ia hanya untuk pelupusan hartanah yang dimiliki 5 tahun dan ke atas.
Ini disangkal oleh Datuk Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua. Seperti di atas, Datuk kata fixed 5% tak kira berapa tahun.

Apa kata Deloitte ?

0804_232736
“Alamak, kena tax pulak ke? tayar motor gua pancit, boleh claim tax ke?

>